follow me ... and i Miss u all

badan penaja

20 June 2023

Durian Sedim

 Tahun 2023 ini musim durian di Kampung Sedim bermula  penghujung bulan 5 dan rancak di awal bulan Jun 2023. Saat  posting ini ditulis , buah durian sudah melepasi waktu puncaknya . Maka durian pada hari ini jumlahnya berkurang. Masih boleh dapat tapi sedikit sahaja dan kualitinya bukan sebaik di masa puncak. 

Ada pelbagai jenis durian dari baka kampung. Masing-masing dengan rasa dan bentuk yang berbeza. Satu pohon dengan pohon lain rasanya tidak sama walaupun sama-sama durian kampung. 

Untuk mendapatkan durian pelawat boleh cuba dengan beberapa cara 

  1. Tempahan dengan kenalan yang ada durian 
  2. tempahan dengan peraih dan penjual durian di kampung 
  3. tempahan dengan pihak kami . 
  4. tempahan dengan operator di mana anda menginap 
  5. beli secara langsung dengan peniaga durian di bahu-bahu jalan 
Penjual di bahu jalan dalam Kampung Sedim pasti menawarkan anda dengan harga yang kebiasaannya lebih rendah daripada pasaran luar kampung sedim. Tambahan pula dari segi kualiti mereka penjual di bahu jalan menjual buah harian . Hari ini gugur  ,hari in sold out . Esok jual buah esok pula. Kais pagi makan pagi , kais petang makan petang , kais esok .. esok pula jual . Hari-hari sold out .

Rancanglah pembelian anda. 

No comments:

Post a Comment

Thank you , please keep reading this blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator