follow me ... and i Miss u all

badan penaja

Showing posts with label Guider. Show all posts
Showing posts with label Guider. Show all posts

02 February 2018

Hiking : satu keperluan untuk khidmat Malim Gunung

ya .. hiking di mana-mana sahaja perlukan malim gunung. Tugas malim gunung ini secara umumnya bagi memastikan arah tuju yang betul . seterusnya menjaga keselamatan peserta beliau . Lazimnya khidmat malim gunung sering dipandang “tidak wajib” bagi sesetengah pendaki atas pelbagai alasan . Alasan paling kerap digunakan ialah “sudah tahu jalan (trek) .

Malim gunung berupaya untuk mengendali sesuatu pendakian agar menjadi pendakian yang selamat. Pelbagai faktor risiko musibah diambil berat oleh malim gunung. Ancaman binatang buas, serangga berbisa , lokasi tanah jerlus , tanah runtuh , batuan keras dan peroi , berpasir dan terurai , lubang dalam , lubang tersembunyi , kawasan liputan talian telefon , kawasan sarang binatang , kehadiran binatang  dan paling penting pendaki dapat masuk dan keluar hutan dengan selamat. Tidak kurang juga pengetahuan malim gunung dengan situasi kecemasan akibat kemalangan  , kesihatan mahupun kelaparan .

sering kali juga malim gunung jua yang terpaksa menggalas beg peserta yang terlampau letih atau sakit. Sedikit pun malim gunung tidak berbelah bahagi semangat dan kecekalan beliau demi membantu peserta beliau .

Jadi tugas malim gunung bukan sekadar tunjuk arah tetapi lebih daripada itu . Tanpa disedari oleh kebanyakan pendaki , mereka berjaya mencapai puncak gunung bukanlah kejayaan besar bagi seorang malim gunung sebaliknya dapat menamatkan ekspedisi dan tiba di rumah dengan selamat adalah kejayaan sebenar seorang malim gunung,


ADAM
1feb2018
Persatuan Malim Gunung Malaysia

13 November 2017

GUiders now available for Tree Top Walk ( free lance)

Guider akan bercerita dan menyampaikan maklumat sebanyak mungkin mengenai tree top walk ini. Kandungan penceritaan guider termasuk mengenal tumbuhan, kegunaan, habiata dan pada masa yg sama menerapkan semangat untuk cintakan alam. Isi cerita lain termasuk konservasi alam itu sendiri. Tidak lupa juga tentang haiwan di air, udara, tanah, pokok hatta di kanopi hutan itu sendiri.

Tanpa guider pelanggan akn ambil masa sekitar 20 minit sahaja. Guider yg bersama akan menyampaikan info sekurangnya selama 1 jam. Bayangkan banyak mana info beliau sampaikan. Jika anda nak kurang dari 1 jam, cakap saja.

Guider juga sangat sesuai untuk rombongan sekolah , universiti , tadika dan org dewasa

IMG_20140605_093917IMG_20160705_093331

19 February 2017

Light & Easy outdoors di Sungai Sedim : Keluarga

Aktiviti mudah untuk kunjungan keluarga adalah seperti berikut :-

Walk on the longest tree top walk in the world bersama jurupandu . Jangkamasa minima 1 jam sebab ada sessi bercerita, pengenalan , info , intepretasi daripada jurupandu . Berbeza dengan kunjungan biasa di mana pengunjung biasa hanya melihat pemandangan .

bawalah anak anak bersama , mereka tentu teruja untuk belajar sesuatu yang baru .

Jika ada sanak saudara yang menggunakan kerusi roda dan stroller baby tuuu.. jangan khuatir . Tree top walk ini mesra untuk mereka. Boleh dilalui dengan kerusi roda dan stroller baby .

tiket masuk dewasa RM10
tiket masuk kanak-kanak RM6

Jika perlukan khidmat jurupandu  , sila berhubung dengan Adam 0136061652 untuk tempahan . Khidmat ini adalah secara “ freelance” .  Bukan disediakan oleh tree top walk itu sendiri. Harap maklum.

Kadar jurupandu
***** Biasa RM150 per sessi : maksima 10 peserta : tempatan
***** Biasa RM200 Per sessi : Maksima 5 peserta : Pelancong luar negara
***** Rombongan sekolah RM50 per sessi : Maksima 10 pelajar
***** Keluarga bersama anak anak RM60 per sessi : Maksima 10 ahli keluarga

  • Khidmat ini adalah secara freelance
  • minima 1 jam
  • Kadar jurupandu tidak termasuk tiket .
  • Tiada GST .

tree top walk Adam 2tree top walk Adam

21 November 2015

Guider Khas : Tree Top Walk

Tree Top Walk ini panjangnya hampir 1KM . Menjadikannya terpanjang di dunia buat masa ini. Pelbagai jenis tumbuhan boleh dilihat dari atas canopy walk ini . Anda mungkin kenal dengan pelbagai jenis tumbuhan hutan , pun begitu perjalanan di atas canopy walk ini boleh menjadi lebih menarik dan berilmiah jika sudi mendapatkan guider . Insya Allah , guider ini akan berkongsi pengetahuan beliau berkaitan canopy walk ini dan persekitarannya .
Suka untuk saya maklumkan bahawa guider ini adalah “free lance” . Bukan staff pengurusan The Tree Top Walk itu sendiri . Diharap para pengunjung tidak salah faham .
Perjalanan anda dari titik mula ke titik akhir biasanya mengambil masa sekitar 15-20-30 minit bersendirian @ tanpa gudier.  Jika ada guider bersama , masa antara 40minit hingga 1 jam diambil untuk tamat. Bergantung kepada anda juga , jika banyak bertanya , mungkin mengambil masa sehingga 1.5jam . Guider Tree Top WalkGuider tidak berada di kaunter selalu . Jadi untuk dapatkan guider , boleh membuat tempahan terlebih dahulu . Lagipun hanya beberapa orang sahaja yang free lance ini .
Kadar Yuran adalah seperti berikut
RM200 / jam
Satu guider maksima 10 orang sahaja .
guider juga dikenali sebagai Pemandu Alam Semulajadi / Nature Guide
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator