follow me ... and i Miss u all

badan penaja

14 February 2011

Outdoor Gears for rent - tent,stove, BBQ , bike

Sungai Sedim ni memang best tempatnya. sangat cantik dan airnya masih bersih, jernih dan yang penting terkecuali daripada masalah kencing tikus. yang ada pun kencing manusia yang berendam kesejukan tu jer. Letaknya dalam kawasan hutan simpan terpelihara dan masih utuh ekosistemnya. Ikan tengas, sebarau jelas kelihatan dalam air sungainya yang mengalir deras. Kicauan burung dan unggas sentiasa kedengaran. Hilang segala masalah pabila berada di sini.

Bayangkan jika berada dalam khemah ketika itu, tentu seronok terutama jika bersama di sayang, keluarga dan kawan-kawan. tapi di mana nak pasang khemah, bagaimana pasang khemah dan yang penting, nak berkhemah tapi khemah tak ada. Emm..macam mana nak memasak, sedangkan Sungai Sedim ni kawasan terjaga , tentulah pembakaran terbuka atau buat tungku api, unggun api tidak dibenarkan.. Mudah, pakai saja stove dan gas. emm...mahal tu benda ni, tak kan lah nak beli semata mata nak camping di Sungai Sedim. Pasti tidak berbaloi. Bila berkhemah atau camping kata orang saleh , mesti buat BBQ kan baru best.. tapi mana ada dapur BBQ , dan BBQ waktu malam baru seronok. Sementara tunggu malam, nak buat apa ? Apa lagi selain mandi ?

Memancing ikan. .alamak., mana ada batang pancing. Boleh ke dapat ikan ni.. dapat atau tak perkara kedua, pertama mana dia rod pancing ? atau paling sempoi, joran dari batang buluh atau batang bertam. Selain memancing, mestilah pergi melawat tree top walk yang terpanjang di dunia tu , selain tu .... ya.. berbasikal sekitar Sungai Sedim.. tapi tak ada basikal pun..tak kan nak bawa dari rumah.. ishh..susah tu nak bawa dengan kereta.. kena ada carrier baru boleh .. tapi yang paling penting. mesti ada basikal nya tu dulu .

Sebab terpikir benda2 begitu lah,.. maka tercetus idea untuk saya sediakan perkhidmatan menyewa peralatan aktiviti riadah luar / outdoors cakap omputih.. InsyaAllah antara yang boleh saya bekalkan ialah Khemah, hammock, dapur BBQ , basikal , lampu dan dapur gas ( stove) siap dengan gas.Semua barang asas perkhemahan ini boleh disewa pada harga munasabah. Pun begitu mestilah membuat tempahan dulu .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator