follow me ... and i Miss u all

badan penaja

Showing posts with label Student / pelajar. Show all posts
Showing posts with label Student / pelajar. Show all posts

16 November 2017

apakah aktiviti sesuai terbaik untuk pelajar sekolah

Pihak kami sangat menyarankan untuk  Educational Jungle Trekking.

Aktiviti ini pelajar akan didedahkan dengan suasan hutan khatulistiwa kita sebenar. Pembelajaran dapat dilakukan oleh para guru sendiri dan juga daripada pihak kami . Aktiviti ini pelajar akan belajar tentang flora dan fauna . Melihat sendiri rupa bentuk hutan dan belajar sedikit tentang ekosistem setempat yang ada. Para pelajar juga dapat belajar dan melihat sendiri bagaimana sungai mendapat bekalan  , flora dan fauna sungai itu sendiri. Secara keseluruhannya pelajar dapat ditanam perasaan cinta dan sayang kepada hutan ,tumbuhan dan haiwan yang ada di muka bumi ini . Konservasi merupakan satu konsep yang mungkin baru kepada pelajar tetapi ia diharap dapat diamalkan dalam kehidupan mereka di masa hadapan .

Sepanjang masa aktiviti ini akan ditemani oleh para staff / malim gunung / guider yang sentiasa sudi menyampaikan ilmu untuk para pelajar. Sesi perbincangan , soal jawab sepanjang aktiviti antara pihak kami dan para pelajar.

aktiviti ini bukanlah sesuatu yang mencabar fizikal . Denai dan laluan yang dipilih adalah bersesuaian dengan para pelajar . Maka dengan itu tiada halangan untuk para pelajar dan para guru menjalankan aktiviti ini .

Safety , safety , safety adalah perkara utama kami .

19 February 2017

Light & Easy outdoors di Sungai Sedim : Keluarga

Aktiviti mudah untuk kunjungan keluarga adalah seperti berikut :-

Walk on the longest tree top walk in the world bersama jurupandu . Jangkamasa minima 1 jam sebab ada sessi bercerita, pengenalan , info , intepretasi daripada jurupandu . Berbeza dengan kunjungan biasa di mana pengunjung biasa hanya melihat pemandangan .

bawalah anak anak bersama , mereka tentu teruja untuk belajar sesuatu yang baru .

Jika ada sanak saudara yang menggunakan kerusi roda dan stroller baby tuuu.. jangan khuatir . Tree top walk ini mesra untuk mereka. Boleh dilalui dengan kerusi roda dan stroller baby .

tiket masuk dewasa RM10
tiket masuk kanak-kanak RM6

Jika perlukan khidmat jurupandu  , sila berhubung dengan Adam 0136061652 untuk tempahan . Khidmat ini adalah secara “ freelance” .  Bukan disediakan oleh tree top walk itu sendiri. Harap maklum.

Kadar jurupandu
***** Biasa RM150 per sessi : maksima 10 peserta : tempatan
***** Biasa RM200 Per sessi : Maksima 5 peserta : Pelancong luar negara
***** Rombongan sekolah RM50 per sessi : Maksima 10 pelajar
***** Keluarga bersama anak anak RM60 per sessi : Maksima 10 ahli keluarga

  • Khidmat ini adalah secara freelance
  • minima 1 jam
  • Kadar jurupandu tidak termasuk tiket .
  • Tiada GST .

tree top walk Adam 2tree top walk Adam

28 June 2015

PAKEJ V60 ( Promosi ) PELAJAR SEKOLAH

Pakej ini dibuka khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah sahaja bagi sepanjang tahun 2015 dan 2016.

KADAR

RM80/pax sekolah rendah
RM85/pax sekolah menengah

Harga ini termasuk :-

**PENGINAPAN : tapak khemah berbumbung
**MAKANAN : 8 kali sepanjang 3H2M
**KEMUDAHAN : Dewan , PA system , tandas , parking luas , 1 unit homestay untuk guru / pengiring / consultant .

Dewan yang luas ini dikira sebagai percuma kepada pelajar . kos sebenar RM900 3H2M- Dewan.

syarat :

***Minimum 60 pax
***Harga belum termasuk cukai GST 6%
***Deposit 30-50% diserahkan 2 minggu awal
***LO diterima .
***Cash diutamakan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator