follow me ... and i Miss u all

badan penaja

06 February 2013

The Tree Top Walk .. info berguna

The tree top walk ini juga dikenali sebagai canopy walk . Ianya adalah yang terpanjang di dunia . imagine berjalan kaki sejauh 500 meter , tentu rasa jauh kan .. tetapi , tree top walk ini panjangnya 925meter . Senang cakap , 1Km jauhnya .

Tree Top Walk 1Tree Top Walk 2P1050064

Apa yang menariknya canopy walk ini  ? Tentulah dari segi pemandangannya . Kita melihat hutan / alam dari tempat tinggi , 360 darjah tanpa perlu panjat pokok. Boleh sentuh daun , dahan pokok pokok balak . Sangat sesuai dijadikan program kenali dan hargai alam kepada anak anak sekolah . Boleh kenal macam macam jenis pokok hutan sebab ada diletakkan info info berkaitan di checkpoint tertentu . Sesetengah pengunjung pasti berminat dengan struktur binaan the tree top walk ini dan macam mana proses binaanya boleh dapatkan info di balai info . Menariknya  pembinaan canopy walk ini tidak menggunakan jentera berat , boleh dikatakan Men power semata mata . Ini kerana proses pembinaannya mementingkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam pada tahap maksimum disamping minimumkan kerosakkan ekosistem sedia ada.

Siapa boleh melawat ? Sesiapa sahaja boleh melawatnya . Binaan guard rail sangat tinggi , jadi selamat untuk bawa anak anak . Macam mana nak tengok kalau tinggi ? tak perlu panjat sebab lantai dan dindingnya diperbuat daripada logam dan boleh lihat terus . sila lihat foto . Bagi yang ada bayi kecil , puan puan boleh bawa bersama dengan stroller baby  . Ya.. boleh .. tolak sepanjang canopy walk ini . Risau orang belakang nak potong tak boleh , iishhh..tak perlu risau sebab akan ada checkpoint yang diberi ruang untuk berehat dan orang belakang boleh potong .

tips berguna. 

  1. Bawa payung jika berkunjung tengahari
  2. Bawa teropong , binokular
  3. Jangan lupa camera , kalau boleh ada tali ..takut jatuh lantainya berlubang.
  4. simpan bebaik barang barang kecil ..takut jatuh lantai berlubang
  5. Bawa air minuman jika jenis cepat dahaga. panjangnya 1km tau !
  6. Jangan berlari , lompat atau goncang
  7. bawa duit , tiketnya RM10 dewasa dan kanak kanak RM6 sahaja .
  8. Jika berkumpulan , boleh tempah dulu melalui saya . 0136061652 – adam sungai sedim .

2 comments:

  1. berapa minit agaknya canopy walk ni?

    ReplyDelete
  2. bergantung kepada individu .
    ada yang boleh complete dalam 15 minit, 30 minit , 1 jam, malah ada yang 2 jam

    ReplyDelete

Thank you , please keep reading this blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator