follow me ... and i Miss u all

badan penaja

28 June 2015

PAKEJ V60 ( Promosi ) PELAJAR SEKOLAH

Pakej ini dibuka khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah sahaja bagi sepanjang tahun 2015 dan 2016.

KADAR

RM75/pax sekolah rendah
RM80/pax sekolah menengah

Harga ini termasuk :-

**PENGINAPAN : tapak khemah berbumbung
**MAKANAN : 8 kali sepanjang 3H2M
**KEMUDAHAN : Dewan , PA system , tandas , parking luas , 1 unit homestay untuk guru / pengiring / consultant .

syarat :

***Minimum 60 pax
***Harga belum termasuk cukai GST 6%
***Deposit 30-50% diserahkan 2 minggu awal
***LO diterima .
***Cash diutamakan .

21 June 2015

Dormitory sungai Sedim

untuk pengetahuan , dormitory di hutan lipur sungai sedim ni ada 2 tempat.

  1. Di tepi sungai sedim . Kapasiti 114 orang. (8 bilik)
  2. Dalam resort , tiada sungai tetapi ada kolam renang bersih , kapasiti 56 orang( 4 bilik)

kadarnya

  1. RM30/ pax
  2. RM30/ pax @ RM720 per unit

Dorm venue D 2Dorm venue D 4paxDorm venue D 24pax

dormshowerdormsinkdorm

20 June 2015

Pakej Berbuka Puasa

dimaklumkan pakej berbuka puasa dibuka kini . Hanya melalui tempahan sahaja.
Kami mengggalakkan anda datang seramai 40 orang / pax

Ada pelbagai kemudahan dan tarikan di sini . surau yang luas, kawasan parking , tandas , anak sungai yang tenang , boleh berehat dan berbual sebelum berbuka. pengunjung boleh hadir seawal jam 4 petang. boleh berada sehingga jam 9 malam. aturcara majlis dicadangkan

  • juadah berbuka puasa
  • Solat maghrib berjemaah
  • Juadah utama selepas solat.

#

 PERKARA :  Agensi kerajaan / swasta

 peserta

Kadar ( RM)

1

Juadah Berbuka   + BBQ

40 pax

1800

2

Kemudahan asas : surau , tandas , letak kereta

 

GST 6%

 

108

 

Jumlah

 

1908

17 June 2015

Selamat Datang Ramadhan 2015

“Kami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung , peminat , pencinta hutan lipur sungai sedim . Termasuk  tuan / puan  / cik yang sedang membaca posting ini .

Semoga ramadhan kali ini memberi keberkatan kepada kita semua”

Musim Durian 2015

hari ini , 17 jun 2015 . sukahati dimaklumkan , musim durian di kampung sedim sudah bermula .

16 June 2015

Potongan Harga 20% Homestay Bulan Ramadhan

Homestay kayu kami akan buat potongan harga sehingga 20% untuk bulan ramadhan.
antara 18 Jun sehingga 15 Julai 2015 .

Kadar biasa RM280 dan RM360  ( tidak termasuk GST )

Homestay ini sangat sesuai untuk berkumpul dan berbuka puasa. Sesuai juga untuk adakan majlis berbuka untuk korporat , kompeni , jabatan kerajaa , pihak persendirian sebab ada kemudahan penginapan , dewan , ruang makan , kawasan letak kereta yang luas.

JIka ada pihak yang ingin mengadakan tadarus al quran maka homestay ini sangat sesuai .

DSC_1234homestay

04 June 2015

MUSIM DURIAN slurrppppp best !!!!

musim durian akan tiba tidak lama lagi. kata mat saleh .. it’s just around the corner.

dijangka dalam bulan puasa ni mula gugur dan sepanjang syawal nanti musim durian .. DIsamping makan kuih raya , makan durian juga. syukur.

Bagi yang nak merasa pengalaman kutip durian dan bermalam di dangau. Tunggu.
Pihak kami seperti tahun-tahun lepas , ada Pakej Bermalam Dangau Durian.

pakej ni makan ler durian / buah apa pun sepuas hati di dangau. Dari petang bawa ke malam bawa ke pagi. Bermalam di dangau di sediakan. JIka tak puas hati tak tau lah .

stay tune. tempahan awal digalakkan !

Musim Petai .. jualan kecil-kecilan

Kalau bertandang dalam cuti sekolah Jun 2015 ini bolehlah dapatkan petai segar . Dipetik secara harian dalam kuantiti terhad sahaja. Sebab nak pastikan segar. sesuai untuk yang nak berkelah , bermalam di penginapan homestay , chalet atau camping. Untuk tempahan dijual pada kadar RM5 utk 5 papan .
Tidak dijual secara borong untuk peraih. Sebab itu tidak dipetik sekaligus bagi menjamin kualiti dan kesegaran.

0136061652 whatsap availabe

IMG_20150604_132921IMG_20150604_133540

23 May 2015

Where To Stay : Kulim accommodation

Jika anda berkunjung ke bandar kulim dan mahu bermalam tetapi tidak mahu menetap di hotel star star atau bajet hotel .. ubahlah arah berkunjung ke sungai sedim. Ada pelbagai jenis penginapan yang berhampiran sungai. Sungainya yang deras, sejuk dan nyaman.

terletak 30km dari bandar kulim . Namun pemanduan sekitar 20-30 minit sahaja . Ini kerana faktor jalanraya yang kurang aliran trafik, kurang lampu isyarat. jalan lurus sejauh 20km dan akhirnya sekali mudah dicari kerana sign board khas Hutan Lipur Sungai Sedim.

Masa cuti sekolah , sangat sesuai bagi rombongan kenduri kahwin . Tidak jauh dari bandar kulim , lunas , kilang lama , taman selasih , kota kenari , taman jati , taman burung, taman bunga , taman logam , kawasan perindustrian kulim , padang serai , kampung badang, labu besar , gunung bongsu , mahang , selama , baling , kuala ketil , sungai petani , sidam , gerik dan lain lain tempat.

Apa Kata pengunjung sungai sedim ini . review

satu terjumpa satu tulisan blog yang menarik tentang sungai sedim ini. Saya suka baca ulasan beliau .  Harap ada ramai penulis blog akan bercakap tentang sungai sedim ini lagi. Panjang lebar dan menarik untuk saya share bersama pembaca blog saya ini.

KLIK SINI UNTUK KE BLOG BELIAU

21 May 2015

Pengusaha Homestay Kulim dipelawa

kepada pengusaha homestay dan lain lain pusat tarikan pelancongan daerah kulim dipelawa untuk join dan iklankan tempat anda di facebook berikut.

https://www.facebook.com/groups/1639043399640582/?pnref=story

Kencing Tikus : TIADA

Tikus ada di merata rata tempat di dunia ini . Lagi kotor lagi banyak kuantiti tikus. Sungai sedim tempatnya tidak kotor seperti di bandar , pekan kecil , celah bangunan . Malah sungai sedim tiada sistem perparitan yang tercemar apatah lagi menjijikan.

Kes kencing tikus berpunca dari kawasan sungai sedim tidak pernah direkodkan. Jika benar ada pesakit mendakwa dapatnya dari sini , pastinya sungai sedim ini pernah ditutup kepada orang ramai . Syukur , hingga ke hari ini rekod penutupan masih tiada. TIDAK PERNAH DITUTUP .

Sebagai langkah berjaga jaga maka sign board agar pengunjung waspada dengan bahaya kencing tikus . Papan tanda ini sebenarnya mengajak pengunjung agar menjaga kebersihan . MAKA JANGAN SALAH FAHAM bahawa itu sign board ada kencing tikus di sini .

Diharap pengunjung dapat mengumpul semula sisa makanan dan sebaiknya terus dimasukkan dalam plastik selepas itu baru buang dalam tong sampah . TERBAIK SEKALI BAWA PULANG . Kita hidup di dunia ada konsep IHSAN pada alam , IHSAN pada Haiwan dan IHSAN pada manusia lain  . Sampah kita boleh mengundang tikus, akibatnya akan ditanggung oleh orang lain.

TIADA KES KENCING TIKUS DI SEDIM

Operasi Semasa Bulan Puasa

Operasi Hutan Lipur Sungai Sedim berjalan seperti biasa. Kali ini dapatlah sungai sedim berehat seketika daripada menerima kunjungan orang ramai yang dambakan kesejukan dan kecantikan flora dan fauna. Dapatlah sungai sedim memulihkan semula kawasan persekitarannya.

aktiviti berkelah dibenarkan kepada non muslim sahaja. Orang islam tidak dibenarkan . ada ke orang picnic malam hari ? siang hari puasa , mana boleh makan !

Tree Top Walk :ON
Aktiviti outdoors :ON
White water Rafting: ON
Teambuilding : ON
Camping : ON
Majlis Berbuka Puasa : ON
Majlis Khatam Quran : ON

Hari raya nanti baru kami tutup . Tetapi aktiviti mandi manda dan berkelah tiada halangan. Memang ada orang yang picnic pada hari raya . Saban tahun ada saja yang beraya di sungai sedim ni.

PAKEJ PELAJAR CUTI SEKOLAH

PAKEJ  KHAS UNTUK PELAJAR SEMPENA CUTI SEKOLAH JUN 2015

MINIMA 20 orang .
CAMPING & AKTIVITI

# Perkara 1 unit 20 unit
1 campsite 96 1920
2 makan 
3 Tree Top walk
4 Trekking
5 tubing
    96 1920

CAMPING
MINIMA 10 orang .

# Perkara 1 unit 10 unit
1 Khemah 50 500
2 peralatan memasak
3 bahan mentah ( makan x 3)
4 Guider
    50 500

20 May 2015

Pakej Cuti Sekolah JUN 2015

Cuti Sekolah akan bermula pada Jun 2015 . Bagi ibu bapa yang inginkan anak anak merasai dunia outdoors , bolehlah sign up untuk anak anak anda merasai pengalaman camping.

Program ini dijalankan bagi memberi peluang kepada kanak kanak merasai bagaimana suasana berkhemah . Mereka akan diajar menggunakan peralatan khemah termasuk mencuba memasak . Sepanjang masa staff ada berada bersama mereka.

MINIMA 10 kanak2 .
KADAR RM50 seorang untuk 2Hari 1Malam .  2H1M .


Khemah , staff , makan , peralatan memasak  disediakan .
ibut bapa digalakan turut serta. kadar RM50 untuk orang dewasa .

camping sedim2 - Copycamping sedim3

08 May 2015

Chalet Sungai Sedim

Chalet tersedia ini letaknya dalam hutan lipur sungai sedim . Setiap unit mengadap sungai ( River View) . Sangat sesuai kepada yang inginkan berada di celah hutan hujan tropika. Seringkali didendangkan suara alam . Cengkerik , katak ,monyet , burung saling bersahutan . Tidak berhenti bunyinya.

Chalet ini juga sesuai bagi yang berkeluarga atau baru berkeluarga. Pasangan muda yang baru berkahwin datanglah untuk berbulan madu di sini .

RM148 semalam .
Sarapan untuk 2 orang disediakan.  
Kadar tetap termasuk hari minggu @ cuti umum.

30 April 2015

Hubungi kami

whatsapp-logo

email sedim

28 April 2015

Jungle Trekking special

Pakej jungle trekking special ini ditawarkan bagi mereka yang inginkan cabaran dan kelainan berbanding pakej trekking biasa. Pakej ditawarkan dalam kumpulan 10 orang maksima. Peserta akan dibawa meredah hutan . Tiada trek sebaliknya pokok pokok hutan menjadi panduan untuk mencari laluan . Hutan yang tebal dan tidak memberi keselesaan . Peserta perlu bertahan dengan cabaran , duri , akar berselirat dan tidak kurang juga permukaan tanah yang berbatu, licin , berlopak atau jerlus.

Peserta mestilah sentiasa berada dekat dengan penunjuk arah kerana keadaan hutan yang tebal memang menyukarkan anda. Destinasi akhir ialah peserta akan dibawa turun ke pinggir sungai dan disitu akan berehat sebelum bertolak mencari jalan pulang. Sekali lagi , meredah hutan yang tiada tanda tanda seperti trek .

Akan begitu tak perlu risau kerana penunjuk arah adalah berpengalaman dan tahu selok belok hutan tersebut.

Peruntukan masa 3 Jam
kadar RM40 seorang .
Minima 10 pax @ bayaran minimum RM400
Tempahan awal . Tidak boleh walk in .
Keperluan . Sila bawa makanan penambah tenaga dan air minuman.

Special Camping 2D1N 2-3 mei 2015

Camping special ini ditawarkan pada 2-3 mei 2015 sahaja. peserta tiba jam 2 petang , 2 mei di hutan lipur sungai sedim . Bermalam di bawah khemah , di tepian gigi air sungai. Rasaila pengalaman berkhemah . Sepanjang masa ditemani suara unggas , cengkerik , riang riang dan lotong. Bunyi deruan air sungai sedim menjadi halwa telinga sepanjang masa.

Camping ini akan dibekal dengan dapur memasak , khemah dan bahan mentah . Rasai pengalaman memasak semasa camping. Jangan lupa bawa peralatan peribadi seperti selimut atau sebaiknya sleeping bag , joran dan umpan jika ada , lampu suruh atau headlamp sebaiknya , makanan ringan untuk isi masa lapang.

sesuai untuk mereka yang berusia 3 tahun dan ke atas sahaja. Lelaki dan wanita.

Yuran RM50 seorang.

25 April 2015

Air Terjun

air terjun seperti dalam gambar ini tidak dapat dilihat oleh pengunjung biasa . Anda perlu melakukan aktivit jungle trekking untuk sampai di sini . Sebenarnya bukan ini sahaja air terjun yang ada di sekitar hutan lipur sungai sedim. Jika berminat bolehlah menghubungi kami .

IMG_20141202_130829IMG_20141202_131119IMG_20141203_134702IMG_20141203_134527

Kadar Tiket The Tree Top Walk

IMG_20140605_093949IMG_20140605_094003IMG_20140605_094637

Tree top walk sedim

dibuka setiap hari dari Jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.
Jika perlukan khidmat pemandu pelancong semasa di atas canopy walk  , bayaran dikenakan
Jika datang dalam kumpulan besar / rombongan bas boleh hubungi kami untuk memudahkan lawatan anda.

whatsapp-logo

Pakej 30 april- 3 mei 2015

  • pakej ini dibuka untuk pelajar sekolah dan orang ramai
  • minima 20 pax
  • khemah : disediakan
  • makan : 3x ( bahan mentah disediakan) , peserta akan memasak sendiri . Rasai pengalaman memasak cara camping .
  • RM56seorang.
  • Pass masuk titi kanopi terpanjang dunia. The Tree Top walk
  • camping sedim3 - Copycamping sedim2REU CHINA/camping sedim

23 April 2015

Sila tinggalkan komen

Kami memohon jasa baik agar dapat memberikan komen , pandangan , nasihat , teguran dan cadangan agar dapat memberikan info dan seterusnya menjadikanya sebagai penambahbaik posting akan datang. Kerjasama daripada pembaca sekalian sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih . Oleh itu sila komen di posting ini atau boleh email saja kepada sungaisedim@gmail.com

 komen

16 April 2015

Gunung Bintang

Ingin mendaki Gunung Bintang maka kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal dan fizikal dan fizikal .
Diulang sekali lagi .. fizikal .. mesti mantap sebab gunung ini jaraknya jauh dan treknya pula hutan tebal . Kadang kala terpaksa merangkak di celahan rimbun buluh bukan sekali tetapi banyak kali . Adakalnya fed up sebab asik mengadap buluh sahaja.

untuk mendaki diperlukan :-

  1. Guider
  2. permit
  3. laporan polis
  4. 4x4

4 perkara di atas adalah wajib . Local guider tak akan mendaki tanpa adanya permit. Laporan polis dibuat di balai paling deka tapi jauh .. Balai Polis Sg. Kob.

4x4 diperlukan bagi menjimatkan masa pergi dan balik. begitu juga tenaga. Paling penting mental peserta.

sesekali jangan lupa bawa Headlamp kerana kebarangkalian trekking di malam hari adalah tinggi.

08 April 2015

Family Day sungai Sedim

Sungai sedim memang sekian lama menjadi destinasi pilihan untuk majlis @ acara hari keluarga / family day .

Suasana meriah dengan kunjungan orang ramai , bunyi deruan air sungai. Pelbagai aktiviti boleh dibuat sepanjang family day . Ada peserta yang mandi manda, makan , memasak , bermain dan tidak kurang juga mencuba aktiviti lasak  di sini .

Tidak menjadi masalah untuk meletak kereta walaupun kehadiran ahli family day dengan kereta sendiri. 100 buah sekalipun tiada masalah . Di sini ada kawasan letak kereta yang luas. Bagi mereka yang ingin bermalam boleh saja mencuba chalet terdapat di sini . Biasanya family day pasti ada peserta yang ingin bermalam sehari lebih awal atau selepas acara. Tidak perlu tergesa gesa pulang ke rumah sebab chalet yang ada sudah pasti dapat menghilangkan letih setelah seharian memberi komitmen untuk family day .

Khidmat katering siap dengan khemah dan PA system juga disediakan  malah khidmat karaoke seperti di majlis kenduri kahwin boleh diuruskan.

ADAM:
0136061652 SMS , whatsapp , call

sungaisedim@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator