to read info about guider CLICK HERE
Gunung Bintang, Kulim, Kedah
White Water Rafting di jeram deras Sg. Sedim
|
Basecamp I - Kg. Sg. Sedim
Basecamp I yang terletak bersebelahan tempat WWR Sg. Sedim disediakan kemudahan tapak perkhemahan bukan sahaja untuk pengiat rekreasi WWR malah pendaki G. Bintang ramai berkhemah disini. Tapak khemah yang boleh menampung ratusan orang turut menyediakan tandas dan surau selain jeram deras Sg. Sedim yang seronok dijadikan tempat mandi-manda. Dari basecamp I pendaki akan melalui trek balak.
Tapak Lombong
Pendaki boleh tiba di sini dengan menyewa 4WD atau berjalan dari basecamp I. Hanya 10 minit dari basecamp I. Peninggalan tapak lombong bijih menjadi sejarah pernah ada kegiatan perlombongan bijih disini. Dari sini pendaki akan mendaki melalui trek downhill mtb. Masa dekat dengan acara trek ini cerah sebaliknya trek ini akan dipenuhi resam hingga ada trek hutan sebelahnya bagi mengelakkan resam yang begitu tebal.
Air Terjun di Basecamp II
|
Bukit dangan trek balak yang begitu mencanak diselangi hutan belukar dan tanah gersang tanpa pokok yang melindungi dari panahan mentari. 'Senyum tak senyum' para pendaki mendaki bukit ini.
Basecamp II - Air Terjun
Terletak ditengah-tengah trail ke G. Bintang. Air Terjun yang merentangi laluan ini menjadi sumber air bekalan dan untuk kegunaan semasa berkhemah disini. Walaupun kolam air terjun ini agak kecil, kedinginan air terjun ini tetap menyegarkan.
Panorama Kiri - Panorama Kanan
Pendaki masih lagi melalui trek balak tinggal yang agak panjang dan bersimpang siur. Ada dua viewpoint yang menjadi antara petunjuk, mula dari viewpoint disebelah kiri dan kemudian viewpoint disebelah kanan dengan jarak 5 minit berjalan antaranya. Kemudian pendaki akan mula memasuki trek hutan.
Bonsai Garden,
|
Satu kawasan berpokok bonsai umpama sebuah taman, kawasan ini agak datar dan lapang.
Puncak G. Bintang Kecil
|
Anak G. Bintang dinamakan G. Bintang Kecil berada tidak berapa jauh dari Taman Bonsai. Kedudukannya bertentangan dengan G. Bintang hingga dapat dilihat beirut G.Bintang dengan binokular. Ada petunjuk arah palsu yang mengelarkan kawasan ini sebagai puncak G. Bintang. Kini papantanda yang disediakan disini dapat memberi info lokasi kepada pendaki. Trek dari sini ke Puncak G. Bintang pendaki akan melalui pokok-pokok buluh dan beberapa kubang Gajah.
Puncak G. Bintang
|
Puncak ini ditanda dengan beirut, tapi tiang beirutnya telah runtuh dikatakan ditolak oleh gajah. Tapak khemah di sini boleh menampung 15-25orang. Suhu puncak boleh mencecah 15darjah celcius.
mmg best dedim. cuma tak sempat nak x-plore habis. jambatan tuh pon tak naik lagi. nanti mmg nak pi pulak. BEST!!!
ReplyDeleteAnyway tq sebab visit blog aku.
Graciasz
biasa menyelam tngk ikan dlm sungai tu ? nak tangkap ikan tu ? emmm jom ikut balik sedim
ReplyDelete