saya mohon jasa baik dan menyeru semua pengunjung agar mematuhi etika semasa BBQ. Maksud saya ialah hendaklah menggunakan dapur BBQ dan bukannya menyalakan api , arang dan lain lain di atas tanah secara langsung. 
Kesan daripada tapak bakar arang BBQ adalah berpanjangan . 
-  Tanah akan kelihatan bertompok tompok hitam di sana sini
-  Gangguan pada kesuburan tanah
-  Gangguan pada akar pokok seterusnya kepada pokok. Ada pokok yang mati akibat kepanasan daripada api arang bbq.
-  Arang tidak dikumpul semula akan menjadi sampah .
Sebaiknya elakkan daripada api di atas tanah . Pakailah dapur BBQ atau paling kurang sekalipun gunakan alas seperti zink bumbung dan lain lain.
 


No comments:
Post a Comment
Thank you , your words mean something good to me