follow me ... and i Miss u all

badan penaja

30 July 2016

Teambuilding ( 1hari ) … Fun

Fun Teambuilding boleh dilaksanakan dalam tempoh sehari . Peserta perlu datang seawal jam 9 pagi dan boleh ditamatkan sekitar jam 5 petang. Tidak semestinya perlu bermalam di sini .

Fun teambuilding sehari ( Daypack) sengaja dilaksanakan dalam suasana having fun dan tidak terikat dengan komitmen tinggi dari segi masa , dan kewangan.

antara aktiviti yang sesuai dengan fun teambuilding

  1. white water rafting ( full trip @ fun trip)
  2. Water tubing
  3. water confidence
  4. wall abseiling
  5. flying fox
  6. management games
  7. orienteering
  8. Trekking
  9. Bbq
  10. khidmat sosial kepada sungai
  11. River crossing
  12. dan lain lain

Gunung Bintang ( merdeka 2016)

ya … saya akan mendaki gunung bintang . Laluan pintu masuknya adalah melalui Hutan Lipur Sungai Sedim  , Jeram Terbaik Malaysia ini .

30 ogos – 1 september 2016  3hari 2malam .

kos seorang RM150 ( minima) . Al in kecuali khemah dan makan.

27 July 2016

Tabiat BBQ

saya mohon jasa baik dan menyeru semua pengunjung agar mematuhi etika semasa BBQ. Maksud saya ialah hendaklah menggunakan dapur BBQ dan bukannya menyalakan api , arang dan lain lain di atas tanah secara langsung.

Kesan daripada tapak bakar arang BBQ adalah berpanjangan .

  1. Tanah akan kelihatan bertompok tompok hitam di sana sini
  2. Gangguan pada kesuburan tanah
  3. Gangguan pada akar pokok seterusnya kepada pokok. Ada pokok yang mati akibat kepanasan daripada api arang bbq.
  4. Arang tidak dikumpul semula akan menjadi sampah .

Sebaiknya elakkan daripada api di atas tanah . Pakailah dapur BBQ atau paling kurang sekalipun gunakan alas seperti zink bumbung dan lain lain.

26 July 2016

Musim Buah buahan 2016

ya sekarang adalah musim buah buahan di sini .

durian , manggis , cempedak , dokong , langsat , rambutan , rambai, jering, petai … macam macam menjadi serentak tahun ini . Tahun yang penuh nikmat dan meriah kali ini .

buah di sedim (1)buah di sedim (2)

22 July 2016

Musim Water Rafting…Julai 2016

ya .. dengan ketibaan hujan setiap hari maka paras air sungai telah meningkat. Air sungai kini lebih baik dan pada tahap terbaik untuk main white water rafting. Maka saya seru agar anda segera membuat tempahan dengan pihak saya .

Untuk pengetahuan , tempahan bagi Julai kini dibuka. Anda diminta untuk hadir seawal jam 10 pagi . Waktu ini terbaik untuk main rafting. Sampai awal boleh naik tree top walk . tidak disarankan turun seawal jam 8 pagi main rafting sebab air sungai sangat sejukkkkkk .

datang lah dan sambutlah cabaran sungai sedim . White Water Rafting.
elbow fallFILE273

11 July 2016

Diskaun White Water Rafting ( jun-julai 2016)

Harga normal ialah RM180 .

Harga selepas diskaun hanya untuk sepanjang JUN-JULAI 2016 :   RM160 seorang.

05 July 2016

Dangau Durian …Peluang kutip durian

pakej saban tahun dibuat..
pakej khas masa tertentu sahaja.

Pakej “DANGAU DURIAN” . 

RM50 per person ( MINIMA 5 pax )

Pakej ini memberi peluang kepada anda untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di dangau durian dan kutip durian yang gugur. Senjata utama anda ialah lampu suluh. Setiap kali durian gugur , pergilah cari dalam kegelapan malam . Percayalah ia satu pengalalam yang unik dan pasti anda teringat dan akan kembali di musim hadapan pula.

Pakej ini juga pastinya bagi mereka yang pernah kutip durian di dangau sewaktu masa dulu atau semasa kecil . Jadi kembalikanlah pengalaman tersebut di sini.

RM50 per person ( MINIMA 5 pax )

Pihak kami akan sediakan dangau dan cahaya di dangau untuk anda bermalam . Tiada tilam empuk mahupun televion dan astro. Sebaliknya pihak kami ingin jadikan ia sebaik baik cara asal ( original way) bermalam di dangau.

Dari segi keperluan , anda cuma perlu bawa lampu suluh dan pakaian yang sesuai sahaja.

APa yang anda akan dapat ?

1- pengalaman terbaik
2- Makan durian sepuas hati
3-Makan durian yang anda kutip sendiri
4- Durian yang segar
5- Dangau ( selesa adalah seperti “jauh panggang dari api”)
6- Staff yang hensem seperti saya.

RM50 per person ( MINIMA 5 pax )

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN

SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN BERSAMA SANAK SAUDARA SEMOGA IA MENJADI HARI YANG PENUH BERMAKNA UNTUK ANDA .

BAGI SEMUA PELANGGAN YANG BERSAMA SAYA , MAAF DAN SERIBU KEMAAFAN SAYA MOHON DARIPADA KALIAN DAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN KEPERCAYAAN DIBERIKAN KEPADA SAYA. BERSAMA KITA MENJADIKAN KEHIDUPAN SEHARIAN KITA LEBIH BERMAKNA . SAYA MENDOAKAN SEMOGA KITA SEMUA DIBAWAH PERLINDUNGAN ALLAH S.W.T BAIK DARI SEGI KESIHATAN , REZEKI DAN PERLINDUNGAN TERUTAMANYA PERJALANAN KITA ATAS KENDERAAN SEPANJANG MUSIM PERAYAAN INI.

AMIN , AMIN , AMIN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator