follow me ... and i Miss u all

badan penaja

21 November 2015

The Tree Top Walk : Alkisah Canopy walk

sebenarnya canopy walk dan The Tree Top Walk adalah perkara yang sama di Hutan Lipur Sungai Sedim ini . Ada orang panggil canopy walk sebab sifatnya. The Tree Top Walk adalah nama khas canopy walk di sini .

Canopy walk di sini adalah yang terpanjang di dunia buat masa ini . Jadi ambillah peluang dan luangkan masa di sini sementara ianya masih terpanjang. “Rekod dibuat untuk dipecahkan” . Usah khuatir dari segi keselamatan kerana binaannya adalah kukuh. Untuk pengetahuan canopy walk di sini dibina daripada logam. Justeru itu ia selamat untuk dilalui hatta oleh insan berkerusi roda dan stroller baby .

Ambil masa dan hayati keindahan dan pemandangan sekitar paras kanopi hutan. Pastinya anda dikelilingi oleh hutan belantara. Jika anda berminat untuk mendengar penjelasan dan taklimat bolehlah mengambil guider . Sedikit sebanyak maklumat dan penerangan daripada guider semoga dapat menambah pengetahuan dan menjadikan lawatan anda lebih menarik .

ada posting khas pasal guider tree top walk ini.

No comments:

Post a Comment

Thank you , please keep reading this blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator