follow me ... and i Miss u all

badan penaja

28 April 2015

Jungle Trekking special

Pakej jungle trekking special ini ditawarkan bagi mereka yang inginkan cabaran dan kelainan berbanding pakej trekking biasa. Pakej ditawarkan dalam kumpulan 10 orang maksima. Peserta akan dibawa meredah hutan . Tiada trek sebaliknya pokok pokok hutan menjadi panduan untuk mencari laluan . Hutan yang tebal dan tidak memberi keselesaan . Peserta perlu bertahan dengan cabaran , duri , akar berselirat dan tidak kurang juga permukaan tanah yang berbatu, licin , berlopak atau jerlus.

Peserta mestilah sentiasa berada dekat dengan penunjuk arah kerana keadaan hutan yang tebal memang menyukarkan anda. Destinasi akhir ialah peserta akan dibawa turun ke pinggir sungai dan disitu akan berehat sebelum bertolak mencari jalan pulang. Sekali lagi , meredah hutan yang tiada tanda tanda seperti trek .

Akan begitu tak perlu risau kerana penunjuk arah adalah berpengalaman dan tahu selok belok hutan tersebut.

Peruntukan masa 3 Jam
kadar RM40 seorang .
Minima 10 pax @ bayaran minimum RM400
Tempahan awal . Tidak boleh walk in .
Keperluan . Sila bawa makanan penambah tenaga dan air minuman.

No comments:

Post a Comment

Thank you , please keep reading this blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator