follow me ... and i Miss u all

badan penaja

07 July 2013

Derma baju sekolah anak anda

OFF TOPIC .. sebab ini adalah Khidmat Komuniti.

Kunjungan saya ke pos kemar melalui bandar Grik dan jalan bengkang bengkok selepas kampung bersia lama dan menuju ke pengkalan trojan sebelum menaiki bot dan 4x4 .

Sekolah ini menempatkan pelajar dari peringkat Pra sekolah hingga darjah 6. Kekuatan guru seramai 30 orang . Jumlah yang ramai jika di sekolah perkampungan orang asli tempat lain , tetapi jika di RPS Pos Kemar ini , jumlah ini adalah rendah berbanding jumlah pelajarnya yang mencecah 800  orang .

OA

Di sini bukan kisah guru nak disampaikan tetapi nak minta anda , orang ramai especially ibu bapa andai sudi menyumbangkan pakaian persalinan uniform sekolah  anak anak yang terpakai . Semua ini bolehlah disumbangkan melalui kami dan kami akan cuba sampaikan kepada murid murid sedaya upaya kami . Biasanya akan dibawa masuk oleh guru-guru sendiri . Kehidupan anak anak murid ini sesetengahnya terpaksa tinggal di asrama memandangkan jarak perjalanan ke sekolah yang jauh . Bayangkan lah anak anak kecil pra sekolah- darjah 6 . Lihat anak anda , masih kecil dan mentah mereka bukan . Apatah lagi murid murid orang asli ini , kecil kecil lagi terpaksa berpisah dengan ibu bapa dan uruskan hidup sendiri di asrama. Memang ada guru bertugas tetapi , secara peribadi mereka masih tidak dapat menguruskan setiap murid. Lantaran masih ada murid yang tidak ada kelengkapan sekolah yang mencukupi . kasut selipar sebelah lain sebelah sana lain . Ada juga selipar besar sebelah , kecil sebelah . Itupun jika ada selipar . Baju sekolah , ada yang tidak berbasuh sebab ada 1 set salinan sahaja . Jika ada 2 atau 3 pasti guru akan basuh .

Dari segi sumbangan , kami hanya menerima uniform sekolah standard . Iaitu baju putih dan seluar biru , kain biru tua sahaja. Kasut sekolah berserta stokin juga . Selipar juga boleh.

Masuklah dan lihatlah sendiri semangat mereka untuk belajar walaupun dalam serba kekurangan termasuk dari segi kewangan, masa , bahasa , guru , kasih sayang dan masa bersama keluarga . Beruntung kita bersekolah di kampung biasa , di bandar . anak anak kita selesa belajar di sekolah yang jauh lebih baik dari mereka di perkampungan orang asli ini . Jika ingin masuk dan melihat mereka , boleh hubungi kami untuk uruskan bagi pihak anda.

Lepas ni boleh lah turut serta dalam Page FB kami .Klik , share dan menderma jika mampu.
https://www.facebook.com/pages/Derma-Uniform-Sekolah-Untuk-orang-Asli/469465843147690

No comments:

Post a Comment

Thank you , please keep reading this blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator