Cuti sekolah Jun 2013
dah bermula . Reduce , Reuse , Recyle
Pengunjung pun akan meningkat sepanjang cuti ini. Sungai Sedim luas jadi banyak
tempat untuk berkelah bersama keluarga. Bukan sekadar luas tapi kawasan
perkelahannya sepanjang Sungai Sedim memang panjang. Cuma diingatkan jangan
melepasi kawasan titi Besar . Sebab kawasan atas (hulu) tidak selamat untuk
mandi lagi baik untuk orang dewasa.
Buat masa ini , tempat ini masih
bebas dari serangan kencing tikus. Saya percaya arusnya yang deras, jernih dan
tidak bergenang menjadi faktor bebas dari jangkitan ini . Walau apa pun faktor
utamanya ialah kebersihan persekitarannya yang masih bersih walaupun tidak
ditahap optimum . ohhh.. kenapa tidak di tahap optimum ? jawapan saya :-
- Ramai pengunjung tidak mengutip semula sisa makanan yang tumpah ke tanah
- Ramai pengunjung tidak memasukkan sampah ke dalam plastik sebelum diletakkan ke dalam tong disediakan
- Apatah lagi , ramai juga yang buat BBQ terbuka di atas tanah, rajin pula kutip batu sungai . Bahan masakan/ bbq yang jatuh ke dalam arang tidak dikutip semula. Ini juga menunjukkan mereka tidak membersihkan semula tapak BBQ mereka. Aduh... rosak pemandangan, sakit mata memandang. Hitam sana sini. Umpama tompok hitam. Dah puas ,seronok mandi di sini , habis sepah dibuang. Kejamnya
- Ada juga kalangan pengunjung yang mengubah struktur sungai. Batu batu Allah jadikan terletak cantik untuk aliran sungai . Walau seketul batu diubah akan memberi impak kepada aliran sungai.. “ encik adam , satu batu jer mana ada effect?” jawab saya “ ya betul tu tuan puan , tapi cuba bayangkan seorang satu batu , kalau dah seribu orang dalam tempoh ini, dah berapa batu ?”
- Ada juga kalangan pengunjung yang mengubah struktur sungai. Batu batu Allah jadikan terletak cantik untuk aliran sungai . Walau seketul batu diubah akan memberi impak kepada aliran sungai.. “ encik adam , satu batu jer mana ada effect?” jawab saya “ ya betul tu tuan puan , tapi cuba bayangkan seorang satu batu , kalau dah seribu orang dalam tempoh ini, dah berapa batu ?”
- Diakui sistem pengurusan sampah di Sungai sedim masih belum mencapai tahap memuaskan. Pun begitu kami sedang berusaha meningkatkan perkhidmatan kami . Kami sangat mengharapkan kerjasama semua pengunjung untuk menguruskan sampah masing masing dengan baik .
Apa yang pengunjung
boleh sumbangkan. Kerjasama macam mana ?
- Menguruskan sisa makanan dengan baik . Bungkus dalam plastik sebelum dimasukkan ke dalam sampah
- Mengutip semula sisa makanan yang tumpah ke tanah. Inilah punca yang mengundang kehadiran si tikus.
- Tidak BBQ di atas tanah. Pakai dapur BBQ. Minyak kereta boleh beli , top up boleh beli , makanan enak enak berkelah boleh bawa, tak akan dapur BBQ tak mampu beli?
- Membawa balik sampah sendiri. Ini sebaiknya. Untuk pengetahuan kami di sungai sedim ini tiada tong tong recycle. Harap maaf. Botol botol air, lampin bayi , kertas bungkusan , plastik apa apa jer bawa lah balik .
- Amalkan konsep 3R : Reduce , Reuse , Recyle
No comments:
Post a Comment
Thank you , please keep reading this blog