Berkayak - Hubungi kami 0136061652 (adam)
ya. entry kali ni nak maklumkan aktivti kayak memang boleh dilakukan di Sungai Sedim ini .
Perjalanan menyelusuri sepanjang sungai sedim sampailah ke sempadan Baling .Perjalanan memakan masa antara 3- 4 jam . Kami panggil Kayak Flat water .
Bagi yang mahir , boleh berkayak di kawasan jeram . Pun begitu mestilah ada skill tahap Star3. Sijil tak penting , yang penting dah ada skill tahap bintang 3 tu .
Pada masa yang sama , kayak di tempat lain juga disediakan seperti sekitar Grik . Tasik Banding melewati kawasan hutan Royal Belum . Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan jika buat trip ini. Boleh memancing , melawat kawasan orang asli , jungle trekking melihat bunga terbesar iaitu Pakma (rafflesia) melihat fauna macam gajah , memerang , pelanduk dan lain lain . Semestinya segalanya boleh disediakan termasuklah penginapan khemah ataupun pondok orang asli . Memasak untuk anda pun kami boleh .
Destinasi lain seperti sepanjang sungai Perak , Sungai Merbok , Sungai Muda di Kedah . Tidak ketinggalan juga Kayak di lautan . Pantai merdeka ke pulau pulau sekitar , Pulau pinang ke pulau Jerjak , Kayak di Langkawi malah , kami mampu sediakan perkhidmatan kayak ke Siam berserta pakej menarik semasa di siam !
Berikut adalah tentatif kami.
sila hubungi saya ( adam ) untuk tempahan 0136061652
Aktiviti | kadar |
Sungai Muda,Pantai Merdeka dan Sungai Merbok Hari Pertama -Bermalam di Majid Pantai Prai(melalui Sg.Muda) Hari Kedua -Asas berkayak -Berkayak ke Jambatan Merdeka (Makan Tegah Hari) -Berkayak ke Kuala Muda (Bermalam) -BBQ Hari Ketiga -Berkayak ke Pantai Merdeka(Bermalam) Hari Keempat -Berkayak ke Batu Lintang (melalui Sg.Merbok) -Berkayak ke Titi Sebeling (Penamat) | RM250.00 |
Pantai Merdeka,Pulau Bidan,Pulan Telor dan Pulau Songsong
Hari Pertama -Berkayak ke Pulau Bidan(bermalam) -Memancing -Snorkling -Survival Hari Kedua -Berkayak ke Pulau Telor (makan Tengah hari) -Berkayak ke Pulau Songsong(bermalam) -Memancing -Snorkling -Survival Hari Ketiga -Berkayak pulang ke Pantai Merdeka (Penamat) | RM320.00 |
No comments:
Post a Comment
Thank you , please keep reading this blog