follow me ... and i Miss u all

badan penaja

31 January 2012

Kesedaran Alam Sekitar , Yang Boleh Kita Buat

Di sini saya menyeru supaya semua pengunjung Sungai Sedim / Lata Sedim / Jeram Sedim / lubuk sedim / Hulu Sedim mengambil berat terhadap alam. Sebagai seorang insan Allah di dunia ini kita ada diajar IHSAN terhadap alam. Yakni menjaga dan mentadbir alam ini dengan baik. Antara yang dikatakan baik ialah menjaga kebersihannya.

Balik kepada niat asal pengunjung ke mari. Bukankah nak menikmati keindahan dan keasyikan alam ? Kenapa nak mai sini. Tentu sebab faktor alam. Mahukah ke sini jika ianya di dalam kota ? Tentu lain rasanya. Jadi kalau dah diberi kesempatan untuk menikmati alam , bukah kita patut hargai tempat ini. Jadi di sini saya menyeru agar pengunjung mengubah sikap dengan mengambil berat kepentingan kebersihan. Banyak perkara yang pengunjung telah lakukan boleh mencacatkan keindahan, kesegaran dan seterusnya merosakkan faktor semulajadi Sungai Sedim. Berikut saya cuba berkongsi kerosakan / gangguan terhadap Sungai Sedim ini.

  1. Mengambil batu batu kecil
  2. Mengubah kedudukan batu batu kecil
  3. Membakar arang di atas tanah
  4. Tidak membersihkan tapak bakar arang. Tinggal tompokan hitam yang hodoh.
  5. Mematahkan ranting dan mencabut daun.
  6. Meletakkan kereta / motorsikal melampaui batasan hingga ke tebing sungai yang menajdi kawasan tapak berkelah.
  7. Meletakkan kereta / motorsikal di atas rumput.
  8. Meninggalkan sampah di kawasan mandi dan tapak berkelah.
  9. Menghasilkan deruman enjin yang kuat. Ini hutan , bukan litar / jalanraya.

saya dengan ini mengutuk dan menghina perbuatan pengunjung yang hanya mementingkan diri sendiri . Sungai sedim langsung tidak mengalu alukan kedatangan anda. Tiada faedah datang ke tempat semulajadi jika mata dan hati anda BUTA.

30 January 2012

Charity Program by URAC UMTECH

Tahniah sebab berjaya laksanakan program ini di Lata sedim ni 17,18,19 Januari 2012. aktiviti jungle trekking, waterfall , night walk , flying fox, abseiling , tubing , water tubing dan lain lain lagi. Diharap peserta membawa pulang pengalaman dan ilmu baru. Semoga berjumpa lagi rakan rakan baru dari URAC UMTECH. Sekalung tahniah kepada ahli yang bekerja keras menjayakan program ini. Saya sebutkan beberapa nama seperti Aman, aman’s mem dan amirul.
407913_1821204105215_1693561588_932078_298558342_n402143_1821090102365_1693561588_931912_517475374_nimages
P1000443431979_1839433040927_1693561588_938699_134892900_n
403240_306705999376188_100001103709506_888291_1720314799_n401177_306705962709525_100001103709506_888290_1074685462_n408874_1821145743756_1693561588_931959_1059960340_n409171_1821075381997_1693561588_931886_1010140954_n
417192_1839434280958_1693561588_938701_723033737_n427460_1839429800846_1693561588_938692_879916054_n

24 January 2012

XPDC Kayak Kuala Perlis Langkawi

OPEN INVITATION

Satu xpdc berkayak ( sea kayak double) dari Kuala Perlis ke pulau langkawi 3H2M akan diadakan sempena sea kayak yang diorder yang akan tiba dalam Feb ini. Maka dengan ini dipelawa kelab kelab kayak, rekreasi , outdoors , IPTA, IPTS untuk menghantar 2 orang peserta . Kayak disediakan. ini adalah XPDC maka peserta akan bawa sendiri peralatan khemah , makanan dan memasak dan pakaian dia atas kayak mereka sendiri.
kayak
limited 2 orang kerana terbuka kepada semua. pelbagai kelab dan universiti akan hadir. Kuota 40 orang sahaja. kuota lain sudah dipenuhi oleh UiTM. Surat jemputan rasmi akan dihantar jika pihak anda berminat.acara ini akan dirangka lengkap selepas 20 team menyatakan keinginan mereka. kayak tiba bulan feb, maka event ni paling awal pun bulan 3. terus terang ini trip promosi. Fee, pasti lebih murah berbanding kos sebenar.

Buat masa ini , saya hanya mengumpulkan peserta / kelab / persatuan yang berminat untuk disimpan rekod. Bos akan bagitau bila nak launch event ni once kayak betul2 dah sampai ke tangan kami dan pada masa yang sama jumlah peserta / kuota penuh.

sepatutnya kayak dah sampai baru announce, tapi tak pe.. dah nama kawan2 .. sy bagitau ler awal2 sebelum orang lain tau benda ni.

selalulah follow up http://sungaisedim.blogspot.com . saya akan iklankan event ni di situ once kami decide tarikhnya. pastu , team yang berminat bolehlah bagi alamat / email untuk kami hantar official invitation letter.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator