follow me ... and i Miss u all

badan penaja

06 April 2011

Panduan Berkhemah

Sungai sedim memang cantik . Airnya mengalir deras , jernih bak kaca hinggakan boleh nampak ikan ikan berenang bebas. Kawasan tarikan utamanya terletak di dalam kawasan hutan simpan . Bebas daripada pencemaran dan udaranya segar sekali. Kawasan tarikan kedua terletak dalam kawasan kebun-kebun buah hakmilik persendirian. Setiap pengunjung yang datang pasti ingin berkunjung lagi.

Pun begitu pasti antara pengunjung yang inginkan ketenangan dan berhasrat untuk bermalam di sini. Terdapat banyak tapak yang sesuai untuk didirikan khemah , ada yang bebas dan ada yang tertakluk di dalam kawasan persendirian . (Operator pelancongan/ kem).

Adalah menjadi kewajipan bagi setiap orang yang berkhemah untuk terus menjaga kebersihan dan keutuhan semulajadi kedudukan flaura dan fauna Sungai Sedim. Diminta jangan membuang sampah terutamanya bekas makanan polisterina , botol minuman , tin minimum dan yang paling keji ialah lampin pakai buang bayi... memang ler namanya pakai buang tapi bukan buang dengan cara tak bermoral.

Seperkara lagi, sentiasa berhati hati dengan cuaca. Jangan terdedah kepada kilat dan dahan patah , pokok tumbang ketika hujan. Saya juga tidak menggalakkan unggun api dibuat kerana akan mencacatkan tanah dan sakit mata memandang pabila anda berlalu pulang. Lagipun dalam kawasan hutan simpan. Nahas dan sia sia sahaja jika disaman nanti !

Jika mandi sungai, jangan berada dalam air pabila sedang hujan. Dikhuatiri mini tsunami (kepala air) akan melanda dan kalian kami kutip sebagai mayat selepas itu.. Emmm... itupun kalau kami jumpa mayat kalian.

Jika ingin mengadakan perkhemahan , saya sedia membantu .





No comments:

Post a Comment

Thank you , please keep reading this blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator