follow me ... and i Miss u all

badan penaja

25 January 2022

AKtiviti semasa menginap di sungai sedim

Semasa anda menginap di sedim tapi nak buat apa lagi selain makan dan tidur .. admin sarankan boleh buat jungle trekking .. admin bawa pergi ke waterfall .. cuma cara admin buat jungle trekking lama sikit lah berbanding orang lain buat .. sebab admin punya cara ialah ada interprestasi sepanjang perjalanan .. bercerita ! admin ceritalah sambil sulam kepentingan alam flora dan fauna . Boleh juga dipanggil educational trekking apa yang admin tawarkan ini . tak kisah di resort mana anda menginap , boleh terus berhubung dengan admin utk tempahan.

Pada malam hari , admin ada tawarkan night walk .. cuma night walk admin berbeza sedikit sebab semua peserta pakai torchlite atau headlamp . Admin dedahkan pelanggan dengan pengalaman berjalan pada malam hari , jika rezeki terjumpa binatang seperti kala jengking , labah-labah , ular , mamalia dan lain lain juga. Admin akan bercerita di sepanjang perjalanan .. tak jauh pun kira2 300 meter sahaja ..tapi sedar tak sedar sudah sejam bersama admin dalam night walk . Selama sejam berjalan dan berdiri . tak sedari masa berlalu . Dapat ilmu , pengetahuan baru , pengalaman dan kesihatan . jom bersama admin .. tempahan 0136061652

19 January 2022

Bawa pulang sampah dan kemas tempat anda

 Demi masa depan dan kesedaran awam .. Kami dengan ini menyeru agar para pengunjung mengemas kembali tempat bertandang anda sebelum pulang. Pengurusan sampah dan sisa pepejal sebaiknya dibawa pulang . Jadikan amalan membawa pulang sampah sendiri .  

anda datang untuk menikmati keindahan  , kebersihan dan keselamatan pada hari ini , pasti inginkan agar ia masih begitu atau lebih baik pada kunjungan akan datang .. Oleh itu marilah kita bersama menjadikan amalan ini di sini . 

KEMAS TEMPAT ANDA & BAWA PULANG SAMPAH . 

camping at sungai sedim

  1. Titi Cina ..aka Hutan Lipur Sungai Sedim .. or today she is renamed as Taman Eko Rimba Sungai Sedim
  2. Lubuk Buluh .. glamping park , camping site ,  open space 
  3. Lubuk Jong ... camping site .. just like pasar malam . so happening because so many lights and sound . |
  4. Private lands ....yet to be named .... quite calm and breeze spot  . Very low number of campers because of the owner philosophy or the ground size . 
  5. Remote camping site … very simple dan really back to basic camping . Which is the way I like it.
  6. Area 51  , just kiddin’ .. few more spots that I can’t really tell you here. If you wish to know ,  just ask me via phone. These undisclosed areas with significant scenery  . Basic camping , remote area , privacy assured . Price can’t  be negotiate. Perhaps not suitable for those whose aren’t  love basic camping  and  cheapskate.  

You may want to camping but too afraid to stay by yourself / small group . If you wish to choose number 5 or 6 ..then ,  i would be happy to accompanying you . lets do it together. 


18 January 2022

Jangkaan Musim Durian 2022 Sungai Sedim

 hari ini  pada bulan jan 2022 , admin perhatikan di kawasan kampung sedim ada tanda-tanda bahawa pohon durian akan berbunga. It's just around the corner . Belum berbunga, cuma ada petunjuk sahaja. 

oleh itu admin agak bunga durian akan mula pada februari atau march 2022 dan musim durian luruh pula pada Julai atau ogos 2022 nanti . 

Penginapan yang ada pokok durian , manggis , dokong , rambutan dan sebagainya , secara lazimnya membenarkan pelanggannya untuk menikmati buah-buahan tersebut. Ad

rumah besar sungai sedim

 Penginapan berskala besar  @ kapasiti muat ramai . 

ada beberapa unit penginapan jenis rumah yang boleh muat dengan kapasiti sehingga 30pax pada satu-satu masa.  Maksud boleh muat ialah rumah tersebut mempunyai saiz yang besar , kelengkapan tidur yang cukup untuk 30pax . 

ada rumah 3 bilik dan ada juga 5 bilik . semua unit dilengkapi dengan dapur yang selesa digunakan. 

admin boleh nyatakan buat masa ini pada tahun 2021 dan mungkin juga untuk sepanjang 2022 ini kadar rumah tersebut ialah RM500 - RM600 . 

Penginapan lain ada juga tetapi cerita admin di atas ini tentang rumah besar dengan kebenaran untuk 30pax ke atas . 

hubungi admin untuk tempahan. 

penuh padat penangan kelonggaran PKP

 bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan . Itulah yang boleh digambarkan dengan kehadiran pengunjung ke sini sejak sekatan PKP covid 19 dilonggarkan sejak Disember 2021 . 

saban hari kenderaan berpusu-pusu bergerak masuk ke kawasan sungai sedim . Pada pada suatu masa , tempat letak kereta penuh hingga melimpah ke jalanraya . Pada Disember lepas , bukan itu sahaja berlaku malah tempat nak bentang tikar untuk dijadikan "port" nak picnic juga tiada lagi . Habis sepanjang tebing sungai dan kawasan terbuka dipenuhi manusia . 

Khemah tak kurang juga . Dari pagi sampai ke malam hingga ke pagi esok ada di situ . Bila mereka pulang tapak tersebut didirikan khemah oleh pengunjung lain yang baru tiba. 

begitulah senario yang boleh digambarkan dengan penulisan . Tak dapat digambarkan sepenuhnya. 

21 October 2021

Guider khas tree top walk

Tiket masuk utk dewasa rm10
7-12 tahun rm6.

Itulah Kadar tujet masuk bagi the tree top walk. Anda dan keluarga anda akan dapat melihat hutan dari Paras kanopi pokok. 

Admin di sini pasti ingin sekali mencadangkan kepada anda agar berkunjung bersama pemandunarah / tourist guide , tour guide , guider khas yang bergerak secara aktif . Kenapa perlu guider ?
  1. Jalan berdua lebih baik daripada seorang , ada teman bicara
  2.  Menambahkan pengalaman dan menjadikan lawatan anda lebih kaya dengan maklumat kerana guider akan melakukan interpretasi alam sekitar  tree top walk ini. Bukankah itu lebih baik daripada sekadar melihat sahaja tetapi tidak mendapat info
  3. Kadar dikenakan berpatutan dan tempoh masa dicadangkan lebih daripada anda berjalan sendirian.  Guider tidak akan tergesa- gesa menghabiskan lawatan dengan segera. Lagi lama anda bersama guider lebih banyak anda dapat info .
  4. Dapat membantu para guider dari segi ekonomi kepada dirinya sebagai penduduk tempatan.
  5. Usia anak² yang bersekolah wajar didedahkan dengan konsep hutan, pemuliharaan dan pemeliharaan. Guider akan menerapkan unsur cintai alam dan menjaganya di sepanjang perjalanan anda. 


0136061652:: call ajer terus guider Adam utk tempahan anda. sahaja utk setiap kumpulan .Ia berbaloi dengan lawatan anda.

Penginapan 21-24 okt 2021

Hari ini khamis , 21 okt admin dapati penginapan di Sungai Sedim bagi weekend ini 21-24 okt telah pun penuh. Amboi... Penangan boleh bebas rentas memang sold out terus. 

Bagi yang ingin menginap pada tarikh 21-24 , admin masih ada beberapa kekosongan penginapan hasil risikan admin. 

Call 0136061652 utk tempahan. 

Covid19 : status pembukaan

 Syukur kepada Allah S.W.T , dengan izinnya kita semua dapat kembali beriadah . Sungai Sedim kini kembali meriah dengan suara gembira para pengunjung @ bakal pengunjung ( Anda) .

Bgi yang pernah bertamu di sini pasti akan merasai perbezaan persekitaran di beberapa kawasan sekitar atau sepanjang Sungai Sedim. Beberapa perubahan telah dan sedang dilakukan oleh para operator, pemilim tanah dan orang awam yg lain . Semuanya demi utk menyambut anda. 

Untuk pengetahuan dulu anda kenali kami dengan Hutan Lipur Sungai Sedim , hari ini dinamakan sebagai Taman Eko Rimba Sungai Sedim. 


 

Covid19 dan Sungai Sedim

  Musim yang suram.bagi aktiviti di kawasan sepanjang Sungai Sedim . Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Di sini kami melihat bahawa alam dapat berehat seketika daripada hiruk pikuk manusia. Akar-akar pokok kembali sihat , pucuk  dan seterusnya daun berkembang manjadi pokok membesar tanpa gangguan manusia. Suasana yang lepas tak mengizinkan untuk unggas seperti burung, reptilia , mamalia dan lain-lain untuk datang dekat kini mereka boleh dilihat be dilihat sekali sekala di sini. 

Apapun suasana tenang begini bagus untuk alam. Namun begitu memandang ini kawasan tumpuan manusia, apabila kelonggaran telah ada untuk beriadah semula.. pasti ada hikmah juga. 

Untuk pengetahuan umum, kini dikenali sebagai Taman Eko Rimba Sungai Sedim. 

22 May 2020

musim durian dan manggis 2020 sedim

bagi tahun ini , 2020 .. di kala wabak covid , musim durian dijangkakan awal bulan jun 2020. semoga kita dapat menikmatinya

covid19 ada hikmah tersembunyi

kami di sini akur dngan masalah covid19 . sudah 2 bulan dari tarikh tulisan ini kita sama sama berusaha melawannya.

Kami pasti ada kebaikkannya juga untuk alam ini . Sungai Sedim tidak pernah berehat.

19 April 2020

covid19 ada hikmahnya

ya kami hentikan operasi sementara

12 February 2020

Tanah lot tepi sungai sedim

Tanah lot lidi ada dijual di sedim ini. Kat sini kalau lot lidi tepi sungai memang menjadi rebutan tambahan pula yang paling rapat dengan sungai.

Buat masa ini ada satu kawasan tanah lot dibuka untuk jalan. Saiz 5000kps. Bermula rm40k. Tanah lot memang di tebing sungai dan lot lain menjauhi sungai  jarak jalan kaki ajer.

Kebiasaannya kawasan lot lidi lain yang memang  sold out sudah pun siap di dirikan rumah penginapan berkonsepkan tradisional. Selalu sahaja mendapat permintaan. Tuan tanah juga sering dilihat bermalam di rumah mereka terutamanya weekdays.

Aktiviti untuk tetamu berdua ajer

Datang 10pax, 8pax, 7pax, 3pax malah seorang sahaja maka Aktiviti apa yang sesuai.?????

:::Educational nature walk siap Interpretation oleh guider.
:::  night walk, sila bawa headlamp
::: camping together with guider
::: camping experience, guider akan sharing pelbagai info, teknik, peralatan dan pengetahuan.
::: water rafting
::: water tubing
::: hiking gunung bintang
::: memancing
::: flying fox
::: food hunting sekitar Kampung sedim
::: titi gantung Tree Top Walk.. Ada add on service iaitu boleh dapatkan guider khas memberikan penerangan sepanjang perjalanan di atas titi kanopi ini.

Musim durian 2020 sedim

Musim durian di sedim ini dijangkakan pada Jun 2020. Datang bermalam di chalets, homestay, camping dapatlah membeli daripada  tuan tanah, penjual buah-buah yang segar baru luruh.

Ada juga pelanggan yang bertuah dapat durian percuma samada pokok durian depan unit atau di berikan oleh tuan rumah rumah. "Untung la anda"

Penginapan privasi / privacy chalets

Chalets untuk privasi terutamanya hari weekdays. Rm148 untuk 2pax. Sah sepanjang 2020. Tempahan 0136061652.
Jauh dari kesibukan kota. Deruan air sepanjang masa, Suasana dikelilingi rimba, kicauan burung dan unggas. Udara segar dan nyaman.

Page FB

Penginapan terbesar


Sewa bermalam
Sewa harian
Sewa seminggu
Inilah unit terbesar homestay konsep tradisional. Boleh muat 25pax mudah ajer.
Kalau sewa harian  40-50pax pax pun boleh.
Sesuai untuk konvoi, bertandang majlis kenduri, family day, gathering, mahupun meeting.

Contact di sini wakil kami
 Adam  0136061652

gunung bintang. 1st official expidition in 2020

7-8 March 2020

this trip will be led by one of this site admin. hence a guider

24 January 2020

sungai sedim 2020

Dijangkakan akan ada perubahan di hutan lipur sungai sedim bagi tahun 2020 ini . Sama-sama kits nantikan apakah yang akan berubah . Semoga perubahan ini memberikan sesuatu yang positif untuk semua pihak

selamat tahun baru 2020

untuk tahun ini , masih tiada dalam perancangan untuk perubahan harga bagi water rafting Dan water tubing. Masih dapat dikekalkan sejak tahun awal 2000 dulu.

17 September 2019

Taman Eko RImba Sungai Sedim

Hutan lipur sungai sedim kini dikenali Taman Eko Rimba Sungai Sedim.

08 August 2019

Hari raya Haji 2019

Kawasan sungai sedim  , sedim recreational park , hutan lipur sungai sedim , Taman Eko Rimba ini akan dibuka seperti biasa sepanjang cuti sekolah bermula 9 Ogos 2019 . Pada Hari Raya Haji akan dibuka seperti biasa . Cuma Tree Top Walk tidak dibuka awal bagi memberikan laluan dan peluang kepada staff untuk menunaikan solat sunat.

Harap Maklum

27 July 2019

CUti Khas Pertabalan Agung 2019

Tarikhnya 30 Julai 2019 , hutan lipur sungai sedim dibuka seperti biasa . Dijangkakan kawasan sungai sedim akan dipenuhi pengunjung . Untung kali ini , pada masa yang sama , di sini musim buah buahan. Semoga para pengunjung beroleh pengalaman dan rehat cuti khas sebaiknya.

01 July 2019

Mendaki Gunung Bintang .. apa yang perlu .

Di sini memang sekian lama menjadi pintu masuk untuk mendaki Gunung Bintang. Para pendaki perlu meletakkan kenderaan samada di kawasan hutan lipur , tanah persendirian , rumah kenalan mahupun di perkarangan masjid.

Guider
Namun begitu , usah khuatir jika anda sememangnya menggunakan khidmat guider tempatan , maka soal meletakkan kenderaan perkara mudah sahaja. Guider ( adam ) ada sediakan tempat letak kereta di rumahnya sendiri  . keistimewaan sampingan ialah , rumah adam ada sungai . Oleh itu para pendaki tiada masalah untuk membersihkan badan sesudah tamat xpdc nanti .

Permit.
memandangkan ini adalah kawasan jajahan pejabat perhutanan , maka ada baiknya kita minta izin terlebih dahulu . Urusan permit boleh berhubung terus dengan jabatan perhutanan . Boleh juga hubungi kami untuk uruskan pada pihak anda ( kadar caj dikenakan ) . Ambil saja guider adam sebab akan pakejnya berserta urusan permit .

laporan polis.
ini bukan report polis . Ia sekadar pemberitahun kepada pihak polis yang terdekat . Makluman akan dibuat di balai polis Sungai Kob . Balai ini yang paling dekat , 15KM .. pergi dan balik dah jadi 30KM . Butiran peribadi pendaki yang penting mesti didedahkan ialah nama penuh , alamat semasa , no pengenalan , no telefon sendiri,  no telefon kecemasan .

4x4 transfer

ada pendaki yang mahu berjimat maka jalanlah kaki sejauh 5km `1 jam mendaki dan jalan kaki juga apabila pulang nanti . Sangatlah disarankan untuk ambil saja khidmat teksi 4x4 ini untuk hantar dan jemput anda di garisan mula. Jarak perjalanan untuk ke trail head sudah 5km iaitu kira-kira 1 jam berjalan kaki tanpa henti . Bayangkan berapa banyak tenaga telah dibuang sedangkan pendakian sebenar belum pun bermula.

Kadar Bayaran
Kadar bayaran adalah subjektif. Jika penulis letakkan sekarang , nilai ini mungkin tidak “reasonable ’ 4, 5 tahun lagi . Oleh itu ada baiknya berbincang lanjut dengan para guider. Sebabnya para guider yang biasanya akan aturkan untuk pendaki .

BERMINAT ?

HUBUNGI 0136061652 – adam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator