follow me ... and i Miss u all

badan penaja

27 January 2022

chalet homestay bilik camping campsite kemsite sungai sedim

 tarikh cuti 2022 utk datang ke sungai sedim pada bulan 2 . 

28-2 feb penginapan sungai sedim memang sudah di"booking" sejak Disember 2021.. oleh itu penginapan di sini yang terkenal atau dekat dengan sungai memang sudah sold out.. bukan itu sahaja , tapak khemah di beberapa resort pun habis . 

oleh itu .. pada hari ini .. 27/1/2021 admin nak tolong para pelanggan utk menginap di sini . Ada lagi beberapa unit bilik /  chalet / penginapan yang masih ada . Tapak khemah spesial pun ada juga.. masih kosong .. malah ada yang dapat privacy . Tak hiruk pikuk dengan campers lain / tempat lain yang macam pasar malam . 

hubungi admin untuk tempahan bagi cuti raya cina 2022 ini . Maklumlah PKP dah longgar.. cucuk dah 3 kali .. pakat dok berjalan saja malaysian kita ni . 

selamat bercuti . Amalkan KEMAS TEMPAT KITA, BAWA PULANG SAMPAH. 

0136061652- aDAM SeDIM  

25 January 2022

AKtiviti semasa menginap di sungai sedim

Semasa anda menginap di sedim tapi nak buat apa lagi selain makan dan tidur .. admin sarankan boleh buat jungle trekking .. admin bawa pergi ke waterfall .. cuma cara admin buat jungle trekking lama sikit lah berbanding orang lain buat .. sebab admin punya cara ialah ada interprestasi sepanjang perjalanan .. bercerita ! admin ceritalah sambil sulam kepentingan alam flora dan fauna . Boleh juga dipanggil educational trekking apa yang admin tawarkan ini . tak kisah di resort mana anda menginap , boleh terus berhubung dengan admin utk tempahan.

Pada malam hari , admin ada tawarkan night walk .. cuma night walk admin berbeza sedikit sebab semua peserta pakai torchlite atau headlamp . Admin dedahkan pelanggan dengan pengalaman berjalan pada malam hari , jika rezeki terjumpa binatang seperti kala jengking , labah-labah , ular , mamalia dan lain lain juga. Admin akan bercerita di sepanjang perjalanan .. tak jauh pun kira2 300 meter sahaja ..tapi sedar tak sedar sudah sejam bersama admin dalam night walk . Selama sejam berjalan dan berdiri . tak sedari masa berlalu . Dapat ilmu , pengetahuan baru , pengalaman dan kesihatan . jom bersama admin .. tempahan 0136061652

19 January 2022

Bawa pulang sampah dan kemas tempat anda

 Demi masa depan dan kesedaran awam .. Kami dengan ini menyeru agar para pengunjung mengemas kembali tempat bertandang anda sebelum pulang. Pengurusan sampah dan sisa pepejal sebaiknya dibawa pulang . Jadikan amalan membawa pulang sampah sendiri .  

anda datang untuk menikmati keindahan  , kebersihan dan keselamatan pada hari ini , pasti inginkan agar ia masih begitu atau lebih baik pada kunjungan akan datang .. Oleh itu marilah kita bersama menjadikan amalan ini di sini . 

KEMAS TEMPAT ANDA & BAWA PULANG SAMPAH . 

camping at sungai sedim

  1. Titi Cina ..aka Hutan Lipur Sungai Sedim .. or today she is renamed as Taman Eko Rimba Sungai Sedim
  2. Lubuk Buluh .. glamping park , camping site ,  open space 
  3. Lubuk Jong ... camping site .. just like pasar malam . so happening because so many lights and sound . |
  4. Private lands ....yet to be named .... quite calm and breeze spot  . Very low number of campers because of the owner philosophy or the ground size . 
  5. Remote camping site … very simple dan really back to basic camping . Which is the way I like it.
  6. Area 51  , just kiddin’ .. few more spots that I can’t really tell you here. If you wish to know ,  just ask me via phone. These undisclosed areas with significant scenery  . Basic camping , remote area , privacy assured . Price can’t  be negotiate. Perhaps not suitable for those whose aren’t  love basic camping  and  cheapskate.  

You may want to camping but too afraid to stay by yourself / small group . If you wish to choose number 5 or 6 ..then ,  i would be happy to accompanying you . lets do it together. 


18 January 2022

Jangkaan Musim Durian 2022 Sungai Sedim

 hari ini  pada bulan jan 2022 , admin perhatikan di kawasan kampung sedim ada tanda-tanda bahawa pohon durian akan berbunga. It's just around the corner . Belum berbunga, cuma ada petunjuk sahaja. 

oleh itu admin agak bunga durian akan mula pada februari atau march 2022 dan musim durian luruh pula pada Julai atau ogos 2022 nanti . 

Penginapan yang ada pokok durian , manggis , dokong , rambutan dan sebagainya , secara lazimnya membenarkan pelanggannya untuk menikmati buah-buahan tersebut. Ad

rumah besar sungai sedim

 Penginapan berskala besar  @ kapasiti muat ramai . 

ada beberapa unit penginapan jenis rumah yang boleh muat dengan kapasiti sehingga 30pax pada satu-satu masa.  Maksud boleh muat ialah rumah tersebut mempunyai saiz yang besar , kelengkapan tidur yang cukup untuk 30pax . 

ada rumah 3 bilik dan ada juga 5 bilik . semua unit dilengkapi dengan dapur yang selesa digunakan. 

admin boleh nyatakan buat masa ini pada tahun 2021 dan mungkin juga untuk sepanjang 2022 ini kadar rumah tersebut ialah RM500 - RM600 . 

Penginapan lain ada juga tetapi cerita admin di atas ini tentang rumah besar dengan kebenaran untuk 30pax ke atas . 

hubungi admin untuk tempahan. 

penuh padat penangan kelonggaran PKP

 bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan . Itulah yang boleh digambarkan dengan kehadiran pengunjung ke sini sejak sekatan PKP covid 19 dilonggarkan sejak Disember 2021 . 

saban hari kenderaan berpusu-pusu bergerak masuk ke kawasan sungai sedim . Pada pada suatu masa , tempat letak kereta penuh hingga melimpah ke jalanraya . Pada Disember lepas , bukan itu sahaja berlaku malah tempat nak bentang tikar untuk dijadikan "port" nak picnic juga tiada lagi . Habis sepanjang tebing sungai dan kawasan terbuka dipenuhi manusia . 

Khemah tak kurang juga . Dari pagi sampai ke malam hingga ke pagi esok ada di situ . Bila mereka pulang tapak tersebut didirikan khemah oleh pengunjung lain yang baru tiba. 

begitulah senario yang boleh digambarkan dengan penulisan . Tak dapat digambarkan sepenuhnya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator