follow me ... and i Miss u all

badan penaja

28 June 2015

PAKEJ V60 ( Promosi ) PELAJAR SEKOLAH

Pakej ini dibuka khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah sahaja bagi sepanjang tahun 2015 dan 2016.

KADAR

RM80/pax sekolah rendah
RM85/pax sekolah menengah

Harga ini termasuk :-

**PENGINAPAN : tapak khemah berbumbung
**MAKANAN : 8 kali sepanjang 3H2M
**KEMUDAHAN : Dewan , PA system , tandas , parking luas , 1 unit homestay untuk guru / pengiring / consultant .

Dewan yang luas ini dikira sebagai percuma kepada pelajar . kos sebenar RM900 3H2M- Dewan.

syarat :

***Minimum 60 pax
***Harga belum termasuk cukai GST 6%
***Deposit 30-50% diserahkan 2 minggu awal
***LO diterima .
***Cash diutamakan .

21 June 2015

Dormitory sungai Sedim

untuk pengetahuan , dormitory di hutan lipur sungai sedim ni ada 2 tempat.

  1. Di tepi sungai sedim . Kapasiti 114 orang. (8 bilik)
  2. Dalam resort , tiada sungai tetapi ada kolam renang bersih , kapasiti 56 orang( 4 bilik)

kadarnya

  1. RM30/ pax
  2. RM30/ pax @ RM720 per unit

Dorm venue D 2Dorm venue D 4paxDorm venue D 24pax

dormshowerdormsinkdorm

20 June 2015

Pakej Berbuka Puasa

dimaklumkan pakej berbuka puasa dibuka kini . Hanya melalui tempahan sahaja.
Kami mengggalakkan anda datang seramai 40 orang / pax

Ada pelbagai kemudahan dan tarikan di sini . surau yang luas, kawasan parking , tandas , anak sungai yang tenang , boleh berehat dan berbual sebelum berbuka. pengunjung boleh hadir seawal jam 4 petang. boleh berada sehingga jam 9 malam. aturcara majlis dicadangkan

  • juadah berbuka puasa
  • Solat maghrib berjemaah
  • Juadah utama selepas solat.

#

 PERKARA :  Agensi kerajaan / swasta

 peserta

Kadar ( RM)

1

Juadah Berbuka   + BBQ

40 pax

1800

2

Kemudahan asas : surau , tandas , letak kereta

 

GST 6%

 

108

 

Jumlah

 

1908

17 June 2015

Selamat Datang Ramadhan 2015

“Kami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung , peminat , pencinta hutan lipur sungai sedim . Termasuk  tuan / puan  / cik yang sedang membaca posting ini .

Semoga ramadhan kali ini memberi keberkatan kepada kita semua”

Musim Durian 2015

hari ini , 17 jun 2015 . sukahati dimaklumkan , musim durian di kampung sedim sudah bermula .

16 June 2015

Potongan Harga 20% Homestay Bulan Ramadhan

Homestay kayu kami akan buat potongan harga sehingga 20% untuk bulan ramadhan.
antara 18 Jun sehingga 15 Julai 2015 .

Kadar biasa RM280 dan RM360  ( tidak termasuk GST )

Homestay ini sangat sesuai untuk berkumpul dan berbuka puasa. Sesuai juga untuk adakan majlis berbuka untuk korporat , kompeni , jabatan kerajaa , pihak persendirian sebab ada kemudahan penginapan , dewan , ruang makan , kawasan letak kereta yang luas.

JIka ada pihak yang ingin mengadakan tadarus al quran maka homestay ini sangat sesuai .

DSC_1234homestay

04 June 2015

MUSIM DURIAN slurrppppp best !!!!

musim durian akan tiba tidak lama lagi. kata mat saleh .. it’s just around the corner.

dijangka dalam bulan puasa ni mula gugur dan sepanjang syawal nanti musim durian .. DIsamping makan kuih raya , makan durian juga. syukur.

Bagi yang nak merasa pengalaman kutip durian dan bermalam di dangau. Tunggu.
Pihak kami seperti tahun-tahun lepas , ada Pakej Bermalam Dangau Durian.

pakej ni makan ler durian / buah apa pun sepuas hati di dangau. Dari petang bawa ke malam bawa ke pagi. Bermalam di dangau di sediakan. JIka tak puas hati tak tau lah .

stay tune. tempahan awal digalakkan !

Musim Petai .. jualan kecil-kecilan

Kalau bertandang dalam cuti sekolah Jun 2015 ini bolehlah dapatkan petai segar . Dipetik secara harian dalam kuantiti terhad sahaja. Sebab nak pastikan segar. sesuai untuk yang nak berkelah , bermalam di penginapan homestay , chalet atau camping. Untuk tempahan dijual pada kadar RM5 utk 5 papan .
Tidak dijual secara borong untuk peraih. Sebab itu tidak dipetik sekaligus bagi menjamin kualiti dan kesegaran.

0136061652 whatsap availabe

IMG_20150604_132921IMG_20150604_133540

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator