follow me ... and i Miss u all

badan penaja

13 February 2013

Cuti CNY 2013

ramai betul pengunjung sepanjang cuti CNY 2013 ni , sampaikan parking penuh dan melimpah ke jalan utama dan parking reserve juga digunakan . Lecehnya parking reserve ini ialah jauh skit dari kawasan tarikan utama walaupun ada sungai berhampiran . Pun begitu , lokasi di situ tidak selamat untuk beriadah apatah lagi mandi walaupun nampak selamat. Percayalah . saya orang tempatan . Post akan datang saya akan bercerita pula spot spot yang tidak selamat untuk mandi sambungan daripada Dangerous Spot.

tak banyak snap photo sebab saya sendiri sangat sibuk pada hari tersebut. Maklumlah ramai yang datang untuk lakukan pelbagai aktiviti termasuk yang nak menginap di chalet chalet sungai sedim ni .

Photo0307Photo0308Photo0311Photo0312Photo0313Photo0314Photo0315Photo0316

untuk tempahan apa jua servis dan aktiviti di sungai sedim hubungi
ADAM sg sedim 0136061652

07 February 2013

Water Rafting … Nak Cuba ?

iklan 2iklan
White water rafting satu sukan yang sinonim dengan Sungai Sedim ini . Seperti tidak lengkap jika datang outdoors di sini tanpa aktiviti rafting . Siapa boleh main ? Sesiapa sahaja walaupun anda tidak pandai berenang ! Pihak kami akan sediakan buoyancy aid ( life jacket ) + helmet . Jadi tiada masalah bagi yang tidak pandai berenang sebab anda akan terapung dengan selamat nanti . Layan video dibawah ini di youtube untuk format HD .
Water rafting presented by EN.Adam 013606152
Sedikit info macam mana rafting ini akan dilaksanakan .
::::::::Peserta diwajibkan memakai buoyancy aid + helmet.
::::::::Taklimat oleh skipper
::::::::Latihan keyakinan dan menyelamat wajib dilakukan setiap peserta.
::::::::Setiap raft akan disertai seorang skipper , latihan mendayung dalam sungai .
::::::::Pengalaman bermula..ayuh kayuh !
::::::: Aktiviti ini boleh bermula seawal jam 8 pagi setiap hari.
Macam mana membuat Tempahan
::::::::kami tidak menggalakkan anda “walk in” . Tak nak kecewa tak dapat main.
::::::: Sila membuat tempahan awal agar anda mendapat slot rafting pada hari diidamkan
::::::::Hubungi saya  terus 0136061652 – Adam , sungaisedim@gmail.com
::::::::Jumlah minimum 4 pax
:::::::: Deposit dikenakan bagi booking slot rafting , cara pembayaran akan dinyatakan nanti.

Full Trip ( normal trip) = RM180/pax minimum 4 pax
large group will be entitled for best offer

06 February 2013

The Tree Top Walk .. info berguna

The tree top walk ini juga dikenali sebagai canopy walk . Ianya adalah yang terpanjang di dunia . imagine berjalan kaki sejauh 500 meter , tentu rasa jauh kan .. tetapi , tree top walk ini panjangnya 925meter . Senang cakap , 1Km jauhnya .

Tree Top Walk 1Tree Top Walk 2P1050064

Apa yang menariknya canopy walk ini  ? Tentulah dari segi pemandangannya . Kita melihat hutan / alam dari tempat tinggi , 360 darjah tanpa perlu panjat pokok. Boleh sentuh daun , dahan pokok pokok balak . Sangat sesuai dijadikan program kenali dan hargai alam kepada anak anak sekolah . Boleh kenal macam macam jenis pokok hutan sebab ada diletakkan info info berkaitan di checkpoint tertentu . Sesetengah pengunjung pasti berminat dengan struktur binaan the tree top walk ini dan macam mana proses binaanya boleh dapatkan info di balai info . Menariknya  pembinaan canopy walk ini tidak menggunakan jentera berat , boleh dikatakan Men power semata mata . Ini kerana proses pembinaannya mementingkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam pada tahap maksimum disamping minimumkan kerosakkan ekosistem sedia ada.

Siapa boleh melawat ? Sesiapa sahaja boleh melawatnya . Binaan guard rail sangat tinggi , jadi selamat untuk bawa anak anak . Macam mana nak tengok kalau tinggi ? tak perlu panjat sebab lantai dan dindingnya diperbuat daripada logam dan boleh lihat terus . sila lihat foto . Bagi yang ada bayi kecil , puan puan boleh bawa bersama dengan stroller baby  . Ya.. boleh .. tolak sepanjang canopy walk ini . Risau orang belakang nak potong tak boleh , iishhh..tak perlu risau sebab akan ada checkpoint yang diberi ruang untuk berehat dan orang belakang boleh potong .

tips berguna. 

  1. Bawa payung jika berkunjung tengahari
  2. Bawa teropong , binokular
  3. Jangan lupa camera , kalau boleh ada tali ..takut jatuh lantainya berlubang.
  4. simpan bebaik barang barang kecil ..takut jatuh lantai berlubang
  5. Bawa air minuman jika jenis cepat dahaga. panjangnya 1km tau !
  6. Jangan berlari , lompat atau goncang
  7. bawa duit , tiketnya RM10 dewasa dan kanak kanak RM6 sahaja .
  8. Jika berkumpulan , boleh tempah dulu melalui saya . 0136061652 – adam sungai sedim .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator