follow me ... and i Miss u all

badan penaja

30 December 2011

Langsungkan Kenduri Kahwin di Sungai Sedim…Pasti Mudah .


“Majlis Kenduri Kahwin di Sungai Sedim”
Pakej ini akan bermula 2012 nanti. tempahan boleh dilakukan sekarang. Pakej kenduri kendara ini akan merangkumi pelbagai kemudahan pendek kata sangat berbaloi. Kenduri ini akan dilangsungkan dalam kawasan chalet yang luas dan lengkap dengan kemudahan asas.
bunga manggar2
SEDIM- Pada masa yang sama tempat ini terletak di kaki bukit. Sumber airnya dari hutan asli . terdapat juga kolam mandi ,bilik asrama ,bilik famili , ruang solat, dewan, bilik mandi dan tandas yang mencukupi. Pasti memberi pengalaman baru kepada tetamu dan menjadi buah mulut manis bila pulang nanti.
Bandingkan jika anda melangsungkan majlis kenduri di dewan orang ramai , rumah lot , rumah teres , kawasan perumahan … lazimnya kenduri kendara akan berlaku perkara perkara berikut :- ketidakselesaan seperti rumah yang kecil tidak mampu menampung keluarga/ tetamu untuk bermalam , kawasan letak kereta yang sedikit ,jauh ,menyusahkan jiran , khemah yang dipasang di tengah jalan , panas , tiada tandas untuk tetamu , rumah agak ke dalam menyukarkan tetamu mencari jalan dan pelbagai lagi masalah lain. Itu belum lagi persiapan tempat , Pa system , senarai hotel untuk saudara mara dan 1001 lagi masalah lain.
Di sini kami bukanlah menyelesaikan masalah anda tapi memudahkan sahaja. Biasa pergi kenduri kahwin lauk disediakan oleh caterer. Agak sama di mana mana sahaja menunya. Sebaliknya di sini boleh request masakan tradisional terutamanya masakan yang lazimya dihidangkan di kampung sedim ini pabila ada kenduri kendara. Gulai batang pisang, kerabu pucuk paku , dan macam macam lagi.
  1. Penginapan 2 malam untuk 30orang –keluarga/tetamu.
  2. tempat.
  3. surau
  4. Bilik air
  5. Dewan
  6. karaoke
  7. Jamuan tetamu – 100kg daging,ayam ,dll. menu boleh bawa bincang.
  8. Penginapan tambahan pada harga menarik
Tuan rumah (pengantin) boleh add on perkhidmatan lain seperti kompang , silat , ikan talapia, ikan keli , melawat Tree Top Walk , penginapan  tambahan, catering , kuih tradisional dan lain lain lagi.
Andai kuota penginapan 30 orang penuh, tetamu lain boleh menginap di chalet lain dalam sungai sedim ini yang letaknya berhampiran sahaja dengan kenduri ini .
Harga ditetapkan bermula dari RM18000  dengan anggaran tetamu tidak kurang dari 700 orang.

26 December 2011

Extreme Water rafting - 8 Januari 2012 - Terbuka

Jemputan bagi mengikuti Water rafting Extreme di Sungai Sedim.  Semua peserta diminta sudah siap sedia rafting seawal 8 pagi. lewat kena tinggal. nak breakfast digalakkan di Kampung Sedim . kedai makan ada dibuka seawal 6.00 pagi.

Yuran penyertaan

RM280 / pax
life jacket, helmet, paddle , sijil disediakan

Ambil perhatian :-
- bawa bekal makanan semasa rafting. pasti lapar.
- Dry bag sangat digalakkan
- kasut yang sesuai dengan air/batu batuan
- sihat tubuh badan pada hari kejadian
- waterproof camera / casing.


Peserta diminta sudah siap sedia pada jam 8 pagi.
perjalanan dengan kereta dari Lembah Klang ke Sedim 5-6 jam.

deposit RM100 diperlukan ke akaun saya. no money no seat.
maklumat lanjut boleh terus hubungi saya :-

encik bear 0173727965 / 0133730964

12 December 2011

Take it Home…. pleaseeeeee !!!!!!

Saya secara terus terang ingin mengutuk perbuatan membuang sampah merata rata termasuk longgokan arang bbq , jaring panggang , polisterina , lampin pakai buang , botol minuman ringan dan tidak lupa juga sisa sisa makanan . Memang ada tong sampah , tapi tahukan anda tong tong sampah ini akan diselongkar dan ditumbangkan oleh biawak . Seterusnya akan menjemput lalat , nyamuk dan tikus. Tidak hairanlah nanti sungai sedim akan ditutup akibat penyakit bawaan binatang seperti kencing tikus dan demam kerna nyamuk.

saya menyeru agar pengunjung membawa pulang sampah-sampah tersebut. saya percaya dengan adanya sifat bawa balik sampah ini membolehkan sungai sedim terus berseri.

 Photo-0742Photo-0743Photo-0744

KEMPEN BAWA PULANG SAMPAH
TAKE IT HOME – RUBBISH

Dalam islam kita diajar dan diterapkan “ Kebersihan adalah separuh daripada iman” . Adakah masih ada iman di dada Kalian ???

Please Take It Home – Rubbish is our new campaign to raise awareness of rubbish left in Sungai Sedim Park when everyone goes home after the picnic. Abandoned food waste and rubbish blight the beautiful green pastures of the river. It really is very sad.

Please do your bit when you leave, take all your waste home and put all your rubbish in the bin bags provided by your campsite stewards. Even just five minutes of effort from each person at sungai sediml would make a HUGE difference.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator