follow me ... and i Miss u all

badan penaja

03 February 2018

Teambuilding games ringkas tetapi berkesan

Kehadiran anda di sungai sedim bagi meningkatkan kestabilan dan kekuatan hubungan diantara satu sama lain pekerja / pelajar / pertubuhan demi kebaikan organisasi .

maka kami dengan berbesar hati untuk membantu anda melalui beberapa permainan yang direka khas bagi mencapai objektif seperti ini . beberapa permainan yang menarik adalah seperti berikut.

  1. Tarantula
    permainan ini boleh dimainkan serentak seramai 40 orang dalam satu masa. Anda sebagai penganjur ( majikan / atasan ) boleh melihat , mengcungkil dan memerhati sifat , sikap dan potensi yang ada dalam diri peserta. Pelbagai karenah peserta seperti “ pak turut  , leader , tough leader , slow leaner , sleeping patner , pemarah , pendiam  dan lain lain lagi . Dengan sedikit provokasi dibantu oleh anda juga , maka anda boleh menilai kekuatan atau kelemahan peserta . Secara keseluruhannya ia dapat mengatasi masalah komunikasi sesama mereka dan mencapai objektif kerjasama.
  2. Smart Ball
    permainan ini seperti hampir sama dengan tarantula tetapi lebih mencabar sebab tugasan diberikan agak sukar . Dalam permainan ini  , jika dimainkan selepas tarantula , keberkesanan sistem kerjasama dan komunikasi dapat dilihat sebab ia harus dipraktikan dalam permainan ini  . Mustahil untuk tugasa disiapkan tanpa kerjamasa yang padu
  3. River crossing
    Tugas yang akan diberikan ialah , seorang daripada ahli kumpulan tidak boleh basah . Setiap kumpulan mesti menyeberangi sungai ke tebing seberang sungai . Agak mustahil untuk dibuat jika kita tambah faktor lain untuk menyukarkan misi mereka . Namun di akhir permainan  objektif kerjasama dapat dicapai . Pada masa yang sama  , peserta menikmati kepuasan dapat bermain dalam sungai . Siapa sudah lama tidak main sungai ?  Atau tidka pernah main sungai ?

ada banyak lagi permainan , cukup lah contoh di atas .. yang lain kita biarkan rahsia dulu . Anda datang , dapat main , dapat belajar , dapat itu ini .

semoga kita dapat berjumpa di sungai sedim ini

No comments:

Post a Comment

Thank you , please keep reading this blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator