ya .. hiking di mana-mana sahaja perlukan malim gunung. Tugas malim gunung ini secara umumnya bagi memastikan arah tuju yang betul . seterusnya menjaga keselamatan peserta beliau . Lazimnya khidmat malim gunung sering dipandang “tidak wajib” bagi sesetengah pendaki atas pelbagai alasan . Alasan paling kerap digunakan ialah “sudah tahu jalan (trek) .
Malim gunung berupaya untuk mengendali sesuatu pendakian agar menjadi pendakian yang selamat. Pelbagai faktor risiko musibah diambil berat oleh malim gunung. Ancaman binatang buas, serangga berbisa , lokasi tanah jerlus , tanah runtuh , batuan keras dan peroi , berpasir dan terurai , lubang dalam , lubang tersembunyi , kawasan liputan talian telefon , kawasan sarang binatang , kehadiran binatang dan paling penting pendaki dapat masuk dan keluar hutan dengan selamat. Tidak kurang juga pengetahuan malim gunung dengan situasi kecemasan akibat kemalangan , kesihatan mahupun kelaparan .
sering kali juga malim gunung jua yang terpaksa menggalas beg peserta yang terlampau letih atau sakit. Sedikit pun malim gunung tidak berbelah bahagi semangat dan kecekalan beliau demi membantu peserta beliau .
Jadi tugas malim gunung bukan sekadar tunjuk arah tetapi lebih daripada itu . Tanpa disedari oleh kebanyakan pendaki , mereka berjaya mencapai puncak gunung bukanlah kejayaan besar bagi seorang malim gunung sebaliknya dapat menamatkan ekspedisi dan tiba di rumah dengan selamat adalah kejayaan sebenar seorang malim gunung,
ADAM
1feb2018
Persatuan Malim Gunung Malaysia
Sungai sedim, lata sedim, jeram sedim, Sedim Eco Park, kayak, picnic, berkelah, white water, falls,campsite, Kayak, jungle tracking, paintball, water rafting, tubing, hiking, teambuilding, camping, birds, tree top walk,kulim, gunung Bintang, Guide , skipper ,fishing, chalet, and villa,Hutan, Simpan, Gunung, Inas,Kampung, peta sedim, kedah , rapid fire , tree top walk, camp site , map , where to stay , travel agent , trip , consultant , route , jalan ke sedim , bunian, waterfall ,kedah
follow me ... and i Miss u all
badan penaja
02 February 2018
Hiking : satu keperluan untuk khidmat Malim Gunung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thank you , please keep reading this blog