ya … saya akan mendaki gunung bintang . Laluan pintu masuknya adalah melalui Hutan Lipur Sungai Sedim , Jeram Terbaik Malaysia ini .
30 ogos – 1 september 2016 3hari 2malam .
kos seorang RM150 ( minima) . Al in kecuali khemah dan makan.
Sungai sedim, lata sedim, jeram sedim, Sedim Eco Park, kayak, picnic, berkelah, white water, falls,campsite, Kayak, jungle tracking, paintball, water rafting, tubing, hiking, teambuilding, camping, birds, tree top walk,kulim, gunung Bintang, Guide , skipper ,fishing, chalet, and villa,Hutan, Simpan, Gunung, Inas,Kampung, peta sedim, kedah , rapid fire , tree top walk, camp site , map , where to stay , travel agent , trip , consultant , route , jalan ke sedim , bunian, waterfall ,kedah
follow me ... and i Miss u all
badan penaja
30 July 2016
Gunung Bintang ( merdeka 2016)
27 July 2016
Tabiat BBQ
saya mohon jasa baik dan menyeru semua pengunjung agar mematuhi etika semasa BBQ. Maksud saya ialah hendaklah menggunakan dapur BBQ dan bukannya menyalakan api , arang dan lain lain di atas tanah secara langsung.
Kesan daripada tapak bakar arang BBQ adalah berpanjangan .
- Tanah akan kelihatan bertompok tompok hitam di sana sini
- Gangguan pada kesuburan tanah
- Gangguan pada akar pokok seterusnya kepada pokok. Ada pokok yang mati akibat kepanasan daripada api arang bbq.
- Arang tidak dikumpul semula akan menjadi sampah .
Sebaiknya elakkan daripada api di atas tanah . Pakailah dapur BBQ atau paling kurang sekalipun gunakan alas seperti zink bumbung dan lain lain.
26 July 2016
Musim Buah buahan 2016
ya sekarang adalah musim buah buahan di sini .
durian , manggis , cempedak , dokong , langsat , rambutan , rambai, jering, petai … macam macam menjadi serentak tahun ini . Tahun yang penuh nikmat dan meriah kali ini .
22 July 2016
Musim Water Rafting…Julai 2016
ya .. dengan ketibaan hujan setiap hari maka paras air sungai telah meningkat. Air sungai kini lebih baik dan pada tahap terbaik untuk main white water rafting. Maka saya seru agar anda segera membuat tempahan dengan pihak saya .
Untuk pengetahuan , tempahan bagi Julai kini dibuka. Anda diminta untuk hadir seawal jam 10 pagi . Waktu ini terbaik untuk main rafting. Sampai awal boleh naik tree top walk . tidak disarankan turun seawal jam 8 pagi main rafting sebab air sungai sangat sejukkkkkk .
datang lah dan sambutlah cabaran sungai sedim . White Water Rafting.
11 July 2016
Diskaun White Water Rafting ( jun-julai 2016)
Harga normal ialah RM180 .
Harga selepas diskaun hanya untuk sepanjang JUN-JULAI 2016 : RM160 seorang.
05 July 2016
Dangau Durian …Peluang kutip durian
pakej saban tahun dibuat..
pakej khas masa tertentu sahaja.
Pakej “DANGAU DURIAN” .
RM50 per person ( MINIMA 5 pax )
Pakej ini memberi peluang kepada anda untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di dangau durian dan kutip durian yang gugur. Senjata utama anda ialah lampu suluh. Setiap kali durian gugur , pergilah cari dalam kegelapan malam . Percayalah ia satu pengalalam yang unik dan pasti anda teringat dan akan kembali di musim hadapan pula.
Pakej ini juga pastinya bagi mereka yang pernah kutip durian di dangau sewaktu masa dulu atau semasa kecil . Jadi kembalikanlah pengalaman tersebut di sini.
RM50 per person ( MINIMA 5 pax )
Pihak kami akan sediakan dangau dan cahaya di dangau untuk anda bermalam . Tiada tilam empuk mahupun televion dan astro. Sebaliknya pihak kami ingin jadikan ia sebaik baik cara asal ( original way) bermalam di dangau.
Dari segi keperluan , anda cuma perlu bawa lampu suluh dan pakaian yang sesuai sahaja.
APa yang anda akan dapat ?
1- pengalaman terbaik
2- Makan durian sepuas hati
3-Makan durian yang anda kutip sendiri
4- Durian yang segar
5- Dangau ( selesa adalah seperti “jauh panggang dari api”)
6- Staff yang hensem seperti saya.
RM50 per person ( MINIMA 5 pax )
SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN
SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN BERSAMA SANAK SAUDARA SEMOGA IA MENJADI HARI YANG PENUH BERMAKNA UNTUK ANDA .
BAGI SEMUA PELANGGAN YANG BERSAMA SAYA , MAAF DAN SERIBU KEMAAFAN SAYA MOHON DARIPADA KALIAN DAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN KEPERCAYAAN DIBERIKAN KEPADA SAYA. BERSAMA KITA MENJADIKAN KEHIDUPAN SEHARIAN KITA LEBIH BERMAKNA . SAYA MENDOAKAN SEMOGA KITA SEMUA DIBAWAH PERLINDUNGAN ALLAH S.W.T BAIK DARI SEGI KESIHATAN , REZEKI DAN PERLINDUNGAN TERUTAMANYA PERJALANAN KITA ATAS KENDERAAN SEPANJANG MUSIM PERAYAAN INI.
AMIN , AMIN , AMIN.
23 June 2016
Ramadhan 2016…. Waktu Operasi
Untuk pengetahuan dimaklumkan bahawa Sungai Sedim Jeram Terbaik beroperasi seperti biasa sepanjang bulan puasa / ramadhan ini . Jadi adalah dialu-alukan kedatangan anda di sini .
Bagi yang ingin melaksanakan aktiviti luar / outdoors tiada masalah . Pihak kami menjalankan seperti biasa . sama seperti bulan bulan lain .
The Tree Top Walk : Canopy Walk terpanjang di dunia juga dibuka seperti biasa. Malah hari Raya aidilfitri nanti juga dibuka untuk pengunjung.
12 April 2016
Perkhabaran kencing tikus
baru baru ini ada dikhabarkan seorang pelajar meninggal akibat kencing tikus. Mengikut siasatan mangsa dan rakan rakan pernah mandi di sungai sedim seminggu sebelum kematiannya.
Namun begitu , sungai sedim tidak ditutup. Tidak ditutup kerana ternyata tiada kencing tikus yang disahkan oleh PKD / KKM . Jika ada , maka secara rasminya , dan wajib sungai sedim ditutup kepada orang ramai dan proses kuarantin dijalankan sewajarnya.
Oleh itu saya menyeru orang ramai agar mendapatkan sumber maklumat lebih tepat iaitu daripada pihak PKD dan seterusnya pada masa yang sama tidak menyebarkan berita yang tidak sahih @ daripada sumber tidak sah.
31 March 2016
Keperluan Permit Mendaki Gunung Bintang
Mendaki Gunung Bintang bermakna memasuki kawasan Hutan Simpan Gunung Inas. Jadi adalah menjadi satu kesalahan dari segi undang undang negara memasuki / mendaki tanpa permit khas yang dikeluarkan oleh Jabatan Hutan .
Kebiasaannya , pihak saya akan menguruskan permohonan permit bagi pihak peserta. Mengikut pekeliling permohonan mestilah dibuat 2 minggu awal sebelum tarikh mendaki.
11 March 2016
cuti sekolah 11-20 March 2016
untuk pengetahuan umum .
- Hutan Lipur Sungai Sedim dibuka seperti biasa .
- Semua jenis penginapan masih ada kekosongan .
- Tiada harga khas seperti cuti umum , cuti khas , cuti hujung minggu atau cuti sekolah . Harga kekal sama sepanjang tahun .
- Tiada rekod kencing tikus.
- Tiada masalah sampah yang serius.
- Tiada aral melintang , maka sampailah anda di lata sedim ini .
27 December 2015
02 December 2015
DISEMBER 2015 : MUSIM Jering
Tulisan kali ni saja nak bagitau , InsyaAllah dalam Disember 2015 ini buah jering akan matang dan sesuai untuk dipetik di sekitar Hutan Lipur dan kampung Sedim .
bagi yang suka makan jering , inilah masanya untuk bermalam di chalet , dorm , khemah hutan lipur sungai sedim sambil itu boleh melawat titi gantung terpanjang di dunia. The Tree Top Walk .
bawalah anak anak anda bercuti di sini .
21 November 2015
Guider Khas : Tree Top Walk
RM200 / jam
Satu guider maksima 10 orang sahaja .
The Tree Top Walk : Alkisah Canopy walk
sebenarnya canopy walk dan The Tree Top Walk adalah perkara yang sama di Hutan Lipur Sungai Sedim ini . Ada orang panggil canopy walk sebab sifatnya. The Tree Top Walk adalah nama khas canopy walk di sini .
Canopy walk di sini adalah yang terpanjang di dunia buat masa ini . Jadi ambillah peluang dan luangkan masa di sini sementara ianya masih terpanjang. “Rekod dibuat untuk dipecahkan” . Usah khuatir dari segi keselamatan kerana binaannya adalah kukuh. Untuk pengetahuan canopy walk di sini dibina daripada logam. Justeru itu ia selamat untuk dilalui hatta oleh insan berkerusi roda dan stroller baby .
Ambil masa dan hayati keindahan dan pemandangan sekitar paras kanopi hutan. Pastinya anda dikelilingi oleh hutan belantara. Jika anda berminat untuk mendengar penjelasan dan taklimat bolehlah mengambil guider . Sedikit sebanyak maklumat dan penerangan daripada guider semoga dapat menambah pengetahuan dan menjadikan lawatan anda lebih menarik .
ada posting khas pasal guider tree top walk ini.
14 November 2015
Pakej sehari Nature Walk + The Tree Top Walk
Kepada orang ramai , yang ingin datang untuk buat aktiviti sehari sahaja, saya cadangkan ambil Pakej NATURE WALK . Pakej ini tuan akan dibawa untuk trekking dalam hutan , air sungai dan air terjun . Pakej ini juga termasuk dengan Titi Kanopi Terpanjang di dunia. The Tree Top Walk .
pakej ini sesuai untuk semua peringkat. kanak kanak , remaja, dewasa dan orang tua.
Guider akan bersama sepanjang masa.
tempahan hubungi ADAM : 0136061652 . whatsapp availableRM350 untuk satu kumpulan. 10 Orang
05 November 2015
jangan segan silu bertanya
Walaupun saya ni bukan kaunter pertanyaan tetapi Tuan Tuan jangan pula nak tunggu saya buka kaunter .
Bertanyalah , hantarlah SMS , WhatsApp , email kepada saya .
JIka saya tahu saya akan jawab setakat saya tahu ,
Jika tak tahu saya akan katakan tidak tahu
atau saya akan merujuk kepada atasan saya atau rakan yang arif .
Kita sama-sama belajar , Tuan tuan tak tahu , tanya ajer . Jangan anggap soalan tuan itu “silly question “ . Dalam belajar tak ada istilah sebegitu .
oleh itu … grab ur handphone .. whatsapp saya .email saya
0136061652 , sungaisedim@gmail.com
27 October 2015
PAKEJ CAMPING EXPERIENCE.. anda bila lagi?
Pakej ini sebenarnya nak bagi peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman berkhemah di hutan atau di tepi hutan .
hidup di hutan memang asas ajer tapi nak pergi bermalam di hutan , penyedian barangan dan alatan khemah memang memerlukan belanja sedikit.. tapi banyak juga lah sebenarya . Jadi saya dengan ini nak kongsi pengalaman dan cuba nak menghasut tuan tuan sekalian agar datang camping di sini . Segala peralatan asas saya sediakan , jadi tak perlulah tuan beli . Nak beli kena modal lebih tinggi tau .
Pakej ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat . Keluarga dengan anak anak , individu , rakan sekerja , classmate , coursemate , pelajar dan golongan profesional .
Dapur gas ( camping stove ) + gas
Khemah
guider sepanjang masa
Makanan sehari 3X ( makan malam , sarapan dan tengahari )
semua ini hanya
RM50/pax 2H1M @ RM100/pax 3H2M
minima 10 pax .
Tunai sahaja .
13 July 2015
Internship for undergraduate
nak bagitau , sesiapa yang berminat nak posting praktikal di sini , boleh lah hubungi saya . harap faham bahawa hanya kos berkaitan sahaja yang kami terima . Niat untuk mengajar jadi kenalah tepat dengan apa yang ada disini dan apa yang kami tahu
sebarkanlah .
28 June 2015
PAKEJ V60 ( Promosi ) PELAJAR SEKOLAH
Pakej ini dibuka khas untuk pelajar sekolah rendah dan menengah sahaja bagi sepanjang tahun 2015 dan 2016.
KADAR
RM80/pax sekolah rendah
RM85/pax sekolah menengah
Harga ini termasuk :-
**PENGINAPAN : tapak khemah berbumbung
**MAKANAN : 8 kali sepanjang 3H2M
**KEMUDAHAN : Dewan , PA system , tandas , parking luas , 1 unit homestay untuk guru / pengiring / consultant .
Dewan yang luas ini dikira sebagai percuma kepada pelajar . kos sebenar RM900 3H2M- Dewan.
syarat :
***Minimum 60 pax
***Harga belum termasuk cukai GST 6%
***Deposit 30-50% diserahkan 2 minggu awal
***LO diterima .
***Cash diutamakan .
21 June 2015
Dormitory sungai Sedim
untuk pengetahuan , dormitory di hutan lipur sungai sedim ni ada 2 tempat.
- Di tepi sungai sedim . Kapasiti 114 orang. (8 bilik)
- Dalam resort , tiada sungai tetapi ada kolam renang bersih , kapasiti 56 orang( 4 bilik)
kadarnya
- RM30/ pax
- RM30/ pax @ RM720 per unit
20 June 2015
Pakej Berbuka Puasa
dimaklumkan pakej berbuka puasa dibuka kini . Hanya melalui tempahan sahaja.
Kami mengggalakkan anda datang seramai 40 orang / pax
Ada pelbagai kemudahan dan tarikan di sini . surau yang luas, kawasan parking , tandas , anak sungai yang tenang , boleh berehat dan berbual sebelum berbuka. pengunjung boleh hadir seawal jam 4 petang. boleh berada sehingga jam 9 malam. aturcara majlis dicadangkan
- juadah berbuka puasa
- Solat maghrib berjemaah
- Juadah utama selepas solat.
| # | PERKARA : Agensi kerajaan / swasta | peserta | Kadar ( RM) |
| 1 | Juadah Berbuka + BBQ | 40 pax | 1800 |
| 2 | Kemudahan asas : surau , tandas , letak kereta | ||
|
| GST 6% |
| 108 |
|
| Jumlah |
| 1908 |
17 June 2015
Selamat Datang Ramadhan 2015
“Kami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung , peminat , pencinta hutan lipur sungai sedim . Termasuk tuan / puan / cik yang sedang membaca posting ini .
Semoga ramadhan kali ini memberi keberkatan kepada kita semua”
Musim Durian 2015
hari ini , 17 jun 2015 . sukahati dimaklumkan , musim durian di kampung sedim sudah bermula .
16 June 2015
Potongan Harga 20% Homestay Bulan Ramadhan
Homestay kayu kami akan buat potongan harga sehingga 20% untuk bulan ramadhan.
antara 18 Jun sehingga 15 Julai 2015 .
Kadar biasa RM280 dan RM360 ( tidak termasuk GST )
Homestay ini sangat sesuai untuk berkumpul dan berbuka puasa. Sesuai juga untuk adakan majlis berbuka untuk korporat , kompeni , jabatan kerajaa , pihak persendirian sebab ada kemudahan penginapan , dewan , ruang makan , kawasan letak kereta yang luas.
JIka ada pihak yang ingin mengadakan tadarus al quran maka homestay ini sangat sesuai .



