follow me ... and i Miss u all

badan penaja

05 July 2016

Dangau Durian …Peluang kutip durian

pakej saban tahun dibuat..
pakej khas masa tertentu sahaja.

Pakej “DANGAU DURIAN” . 

RM50 per person ( MINIMA 5 pax )

Pakej ini memberi peluang kepada anda untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di dangau durian dan kutip durian yang gugur. Senjata utama anda ialah lampu suluh. Setiap kali durian gugur , pergilah cari dalam kegelapan malam . Percayalah ia satu pengalalam yang unik dan pasti anda teringat dan akan kembali di musim hadapan pula.

Pakej ini juga pastinya bagi mereka yang pernah kutip durian di dangau sewaktu masa dulu atau semasa kecil . Jadi kembalikanlah pengalaman tersebut di sini.

RM50 per person ( MINIMA 5 pax )

Pihak kami akan sediakan dangau dan cahaya di dangau untuk anda bermalam . Tiada tilam empuk mahupun televion dan astro. Sebaliknya pihak kami ingin jadikan ia sebaik baik cara asal ( original way) bermalam di dangau.

Dari segi keperluan , anda cuma perlu bawa lampu suluh dan pakaian yang sesuai sahaja.

APa yang anda akan dapat ?

1- pengalaman terbaik
2- Makan durian sepuas hati
3-Makan durian yang anda kutip sendiri
4- Durian yang segar
5- Dangau ( selesa adalah seperti “jauh panggang dari api”)
6- Staff yang hensem seperti saya.

RM50 per person ( MINIMA 5 pax )

No comments:

Post a Comment

Thank you , please keep reading this blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator