Tahun 2023 ini musim durian di Kampung Sedim bermula penghujung bulan 5 dan rancak di awal bulan Jun 2023. Saat posting ini ditulis , buah durian sudah melepasi waktu puncaknya . Maka durian pada hari ini jumlahnya berkurang. Masih boleh dapat tapi sedikit sahaja dan kualitinya bukan sebaik di masa puncak.
Ada pelbagai jenis durian dari baka kampung. Masing-masing dengan rasa dan bentuk yang berbeza. Satu pohon dengan pohon lain rasanya tidak sama walaupun sama-sama durian kampung.
Untuk mendapatkan durian pelawat boleh cuba dengan beberapa cara
- Tempahan dengan kenalan yang ada durian
- tempahan dengan peraih dan penjual durian di kampung
- tempahan dengan pihak kami .
- tempahan dengan operator di mana anda menginap
- beli secara langsung dengan peniaga durian di bahu-bahu jalan
Rancanglah pembelian anda.
No comments:
Post a Comment
Thank you , please keep reading this blog