follow me ... and i Miss u all

badan penaja

20 June 2023

Durian Sedim

 Tahun 2023 ini musim durian di Kampung Sedim bermula  penghujung bulan 5 dan rancak di awal bulan Jun 2023. Saat  posting ini ditulis , buah durian sudah melepasi waktu puncaknya . Maka durian pada hari ini jumlahnya berkurang. Masih boleh dapat tapi sedikit sahaja dan kualitinya bukan sebaik di masa puncak. 

Ada pelbagai jenis durian dari baka kampung. Masing-masing dengan rasa dan bentuk yang berbeza. Satu pohon dengan pohon lain rasanya tidak sama walaupun sama-sama durian kampung. 

Untuk mendapatkan durian pelawat boleh cuba dengan beberapa cara 

  1. Tempahan dengan kenalan yang ada durian 
  2. tempahan dengan peraih dan penjual durian di kampung 
  3. tempahan dengan pihak kami . 
  4. tempahan dengan operator di mana anda menginap 
  5. beli secara langsung dengan peniaga durian di bahu-bahu jalan 
Penjual di bahu jalan dalam Kampung Sedim pasti menawarkan anda dengan harga yang kebiasaannya lebih rendah daripada pasaran luar kampung sedim. Tambahan pula dari segi kualiti mereka penjual di bahu jalan menjual buah harian . Hari ini gugur  ,hari in sold out . Esok jual buah esok pula. Kais pagi makan pagi , kais petang makan petang , kais esok .. esok pula jual . Hari-hari sold out .

Rancanglah pembelian anda. 

Berjalan Bersama Nature Guide atas Titi Kanopi The Tree Top Walk

Titi kanopi The Tree Top Walk disajikan dengan pemandangan dari paras kanopi hutan . Titi ini dinobatkan sebagai yang terpanjang di dunia . Ambillah peluang bersama menikmati keindahan hutan belantara dari sudut berbeza. Pelawat boleh melihat di bawah atau erti kata dari pandangan monyet yang berada di atas pokok. Selama ini kita hanya mendongak . 


Lawatan anda wajar diperkayakan dengan maklumat berkisarkan alam sekelilingnya. Untuk itu pihak kami mengambil inisiatif menawarkan perkhidmatan juru pandu khas di atas titian ini . Kebiasaanya dipanggil sebagai tour guider @ nature guider @ pemandu alam sekitar . Pun begitu pihak kami selesa jika dipanggil  guider tree top walk.  Untuk makluman khidmat ini adalah inisiatif  dan tawaran daripada individu . Pihak pengurusan The Tree Top Walk tidak terlibat. 


Kadarnya buat masa ini  ( updated jun 2023)  


RM80 / roundtrip  Rakyat tempatan
RM150 / roundtrip  bukan rakyat Malaysia



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator