follow me ... and i Miss u all

badan penaja

30 December 2011

Langsungkan Kenduri Kahwin di Sungai Sedim…Pasti Mudah .


“Majlis Kenduri Kahwin di Sungai Sedim”
Pakej ini akan bermula 2012 nanti. tempahan boleh dilakukan sekarang. Pakej kenduri kendara ini akan merangkumi pelbagai kemudahan pendek kata sangat berbaloi. Kenduri ini akan dilangsungkan dalam kawasan chalet yang luas dan lengkap dengan kemudahan asas.
bunga manggar2
SEDIM- Pada masa yang sama tempat ini terletak di kaki bukit. Sumber airnya dari hutan asli . terdapat juga kolam mandi ,bilik asrama ,bilik famili , ruang solat, dewan, bilik mandi dan tandas yang mencukupi. Pasti memberi pengalaman baru kepada tetamu dan menjadi buah mulut manis bila pulang nanti.
Bandingkan jika anda melangsungkan majlis kenduri di dewan orang ramai , rumah lot , rumah teres , kawasan perumahan … lazimnya kenduri kendara akan berlaku perkara perkara berikut :- ketidakselesaan seperti rumah yang kecil tidak mampu menampung keluarga/ tetamu untuk bermalam , kawasan letak kereta yang sedikit ,jauh ,menyusahkan jiran , khemah yang dipasang di tengah jalan , panas , tiada tandas untuk tetamu , rumah agak ke dalam menyukarkan tetamu mencari jalan dan pelbagai lagi masalah lain. Itu belum lagi persiapan tempat , Pa system , senarai hotel untuk saudara mara dan 1001 lagi masalah lain.
Di sini kami bukanlah menyelesaikan masalah anda tapi memudahkan sahaja. Biasa pergi kenduri kahwin lauk disediakan oleh caterer. Agak sama di mana mana sahaja menunya. Sebaliknya di sini boleh request masakan tradisional terutamanya masakan yang lazimya dihidangkan di kampung sedim ini pabila ada kenduri kendara. Gulai batang pisang, kerabu pucuk paku , dan macam macam lagi.
  1. Penginapan 2 malam untuk 30orang –keluarga/tetamu.
  2. tempat.
  3. surau
  4. Bilik air
  5. Dewan
  6. karaoke
  7. Jamuan tetamu – 100kg daging,ayam ,dll. menu boleh bawa bincang.
  8. Penginapan tambahan pada harga menarik
Tuan rumah (pengantin) boleh add on perkhidmatan lain seperti kompang , silat , ikan talapia, ikan keli , melawat Tree Top Walk , penginapan  tambahan, catering , kuih tradisional dan lain lain lagi.
Andai kuota penginapan 30 orang penuh, tetamu lain boleh menginap di chalet lain dalam sungai sedim ini yang letaknya berhampiran sahaja dengan kenduri ini .
Harga ditetapkan bermula dari RM18000  dengan anggaran tetamu tidak kurang dari 700 orang.

No comments:

Post a Comment

Thank you , please keep reading this blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator