follow me ... and i Miss u all

badan penaja

30 December 2011

Langsungkan Kenduri Kahwin di Sungai Sedim…Pasti Mudah .


“Majlis Kenduri Kahwin di Sungai Sedim”
Pakej ini akan bermula 2012 nanti. tempahan boleh dilakukan sekarang. Pakej kenduri kendara ini akan merangkumi pelbagai kemudahan pendek kata sangat berbaloi. Kenduri ini akan dilangsungkan dalam kawasan chalet yang luas dan lengkap dengan kemudahan asas.
bunga manggar2
SEDIM- Pada masa yang sama tempat ini terletak di kaki bukit. Sumber airnya dari hutan asli . terdapat juga kolam mandi ,bilik asrama ,bilik famili , ruang solat, dewan, bilik mandi dan tandas yang mencukupi. Pasti memberi pengalaman baru kepada tetamu dan menjadi buah mulut manis bila pulang nanti.
Bandingkan jika anda melangsungkan majlis kenduri di dewan orang ramai , rumah lot , rumah teres , kawasan perumahan … lazimnya kenduri kendara akan berlaku perkara perkara berikut :- ketidakselesaan seperti rumah yang kecil tidak mampu menampung keluarga/ tetamu untuk bermalam , kawasan letak kereta yang sedikit ,jauh ,menyusahkan jiran , khemah yang dipasang di tengah jalan , panas , tiada tandas untuk tetamu , rumah agak ke dalam menyukarkan tetamu mencari jalan dan pelbagai lagi masalah lain. Itu belum lagi persiapan tempat , Pa system , senarai hotel untuk saudara mara dan 1001 lagi masalah lain.
Di sini kami bukanlah menyelesaikan masalah anda tapi memudahkan sahaja. Biasa pergi kenduri kahwin lauk disediakan oleh caterer. Agak sama di mana mana sahaja menunya. Sebaliknya di sini boleh request masakan tradisional terutamanya masakan yang lazimya dihidangkan di kampung sedim ini pabila ada kenduri kendara. Gulai batang pisang, kerabu pucuk paku , dan macam macam lagi.
  1. Penginapan 2 malam untuk 30orang –keluarga/tetamu.
  2. tempat.
  3. surau
  4. Bilik air
  5. Dewan
  6. karaoke
  7. Jamuan tetamu – 100kg daging,ayam ,dll. menu boleh bawa bincang.
  8. Penginapan tambahan pada harga menarik
Tuan rumah (pengantin) boleh add on perkhidmatan lain seperti kompang , silat , ikan talapia, ikan keli , melawat Tree Top Walk , penginapan  tambahan, catering , kuih tradisional dan lain lain lagi.
Andai kuota penginapan 30 orang penuh, tetamu lain boleh menginap di chalet lain dalam sungai sedim ini yang letaknya berhampiran sahaja dengan kenduri ini .
Harga ditetapkan bermula dari RM18000  dengan anggaran tetamu tidak kurang dari 700 orang.

26 December 2011

Extreme Water rafting - 8 Januari 2012 - Terbuka

Jemputan bagi mengikuti Water rafting Extreme di Sungai Sedim.  Semua peserta diminta sudah siap sedia rafting seawal 8 pagi. lewat kena tinggal. nak breakfast digalakkan di Kampung Sedim . kedai makan ada dibuka seawal 6.00 pagi.

Yuran penyertaan

RM280 / pax
life jacket, helmet, paddle , sijil disediakan

Ambil perhatian :-
- bawa bekal makanan semasa rafting. pasti lapar.
- Dry bag sangat digalakkan
- kasut yang sesuai dengan air/batu batuan
- sihat tubuh badan pada hari kejadian
- waterproof camera / casing.


Peserta diminta sudah siap sedia pada jam 8 pagi.
perjalanan dengan kereta dari Lembah Klang ke Sedim 5-6 jam.

deposit RM100 diperlukan ke akaun saya. no money no seat.
maklumat lanjut boleh terus hubungi saya :-

encik bear 0173727965 / 0133730964

12 December 2011

Take it Home…. pleaseeeeee !!!!!!

Saya secara terus terang ingin mengutuk perbuatan membuang sampah merata rata termasuk longgokan arang bbq , jaring panggang , polisterina , lampin pakai buang , botol minuman ringan dan tidak lupa juga sisa sisa makanan . Memang ada tong sampah , tapi tahukan anda tong tong sampah ini akan diselongkar dan ditumbangkan oleh biawak . Seterusnya akan menjemput lalat , nyamuk dan tikus. Tidak hairanlah nanti sungai sedim akan ditutup akibat penyakit bawaan binatang seperti kencing tikus dan demam kerna nyamuk.

saya menyeru agar pengunjung membawa pulang sampah-sampah tersebut. saya percaya dengan adanya sifat bawa balik sampah ini membolehkan sungai sedim terus berseri.

 Photo-0742Photo-0743Photo-0744

KEMPEN BAWA PULANG SAMPAH
TAKE IT HOME – RUBBISH

Dalam islam kita diajar dan diterapkan “ Kebersihan adalah separuh daripada iman” . Adakah masih ada iman di dada Kalian ???

Please Take It Home – Rubbish is our new campaign to raise awareness of rubbish left in Sungai Sedim Park when everyone goes home after the picnic. Abandoned food waste and rubbish blight the beautiful green pastures of the river. It really is very sad.

Please do your bit when you leave, take all your waste home and put all your rubbish in the bin bags provided by your campsite stewards. Even just five minutes of effort from each person at sungai sediml would make a HUGE difference.

22 September 2011

Mendaki Gunung Bintang 29 - 31 Okt. 2011

100_5670
Seterusnya saya akan menganjurkan satu trip / xpdc  mendaki Gunung Bintang yang terletak di sungai sedim ini . Laluan masuk ke gunung bintang ini betul betul di sungai sedim. Berikut butiran ringkas aktiviti ini .
Acara :::::::: Mendaki Gunung Bintang  , gunung tertinggi di Kedah
Tarikh::::::::: 29 – 31 Oktober 2011  (3 hari 2 malam)
Tempat berkumpul ::::::Sungai Sedim
Masa berkumpul ::::::: 2300Hours , 28 september 2011
Masa mendaki  :::::::: 0730hours , 29 Oktober 2011
Yuran :::::::::::::::::::::::: RM60 / pax tidak termasuk makan (rations) , 4x4
Terbuka kepada semua orang yang free pada tarikh tersebut serta ada fitness. untuk khidmat nasihat  telefon terus saya   ADAM 017 3727965.
sila follow up berita dan updates terkini event ni di facebook . Klik SINI

18 September 2011

Cadangan maklumat diperlukan dari blog ini

Saya di sini ingin mohon agar pembaca dan pengunjung sungai sedim memberi cadangan maklumat maklumat apakah yang perlu saya tambah dalam blog ini. Ada masanya info yang kalian perlukan tiada dalam blog ini , moga selepas ini dengan cadangan dari kalian dapat saya masukkannya. Tidak kurang juga jika ada komen tentang blog ini dan sungai sedim .

saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

16 September 2011

Mohon sebut harga

Jika pembaca ingin mendapatkan sebut harga bagi penginapan , aktiviti , pakej boleh berhubung melalui email saya . nyatakan perkara berikut dalam permohonan .
  1. nama panggilan pemohon
  2. no telefon
  3. bilangan hari nak datang
  4. tarikh
  5. aktiviti dipohon
Email kepada saya di sungaisedim@gmail.com

    17 July 2011

    Packages at Sungai Sedim - FACEBOOK

    Tuan tuan mungkin sudah sedia maklum dengan aktiviti yang boleh ditawarkan di sungai sedim ini . Pun begitu, posting kali ini saya nak link dengan gambar gambar supaya anda boleh mendapat gambaran lebih baik. Saya nak letak semua gambar, tak sesuai pula di blogspot ini jadi saya link tapak ini dengan facebook rasmi blog ini. klik link tersebut.



    Untuk maklumat lanjut , perbincangan, sebut harga , guider gunung Bintang jangan segan silu berhubung terus dengan saya  samada melalui
    1. email  :sungaisedim@gmail.com
    2. facebook : http://www.facebook.com/sungaisedim
    3. Telefon : 017-3727965 , 014-9699006
    Terima kasih , jumpa kalian di Sungai Sedim

    23 June 2011

    Good Job UNIKL MiiT

    Sekalung Tahniah kepada peserta UNIKL MiiT yang berjaya menawan Gunung Bintang dalam masa ditetapkan.
    Jutaan TERIMA KASIH  kepada UNIKL MiiT yang telah membersihkan kawasan perkhemahan , denai dan seterusnya membawa turun sampah sampah tinggalan pendaki- pendaki teruk terdahulu. Satu guni sampah berisi tin tin sardin dan katrij gas sahaja . Ini menunjukkan bahawa begitu banyak sampah ditinggalkan pendaki lampau. Terima kasih kepada UNIKL MiiT atas inisiatif mereka ini.

    14 May 2011

    UNIMAP On top Of Kedah - Gunung Bintang

    Tahniah kepada peserta pendakian Gunung Bintang 10-12 Mei 2011.. tiada sebarang masalah berlaku . Trip ini bertuah kerana dapat merasa trekking dalam keadaan panas,  trek kering , hutan balak , hutan buluh besar , hutan buluh kecil , hutan rendah , hutan bonsai , trekking  dalam hujan , trek selut , trekking malam . juga merasai keseronokkan trekking turun jalan simen ...hehehe...

    juga dapat melihat waterfall di kala normal dan tenang , juga berpeluang melihat ketika ia di paras ganas !!!

    29 April 2011

    waterfall

    I would like to show waterfalls at sungai sedim RM10 / pax nearest waterfall   




    18 April 2011

    KLKM UiTM and Virgil



    Tahniah kepada KLKM UiTM Seri Iskandar yang telah berjaya melaksana program " Virgil " di Sungai Sedim ini.
    Aktiviti dilaksanakan dengan jayanya walaupun hujan turun mencurah-curah menghalang seketika peserta untuk mencabar sungai dengan aktiviti rafting. Berkali kali cubaan turun ke sungai , akhir sudah dapat berada dalam raft, tapi faktor keselamatan peserta membuatkan kami terpaksa menunda slot rafting berkenaan.
    Diharapkan peserta dapat menerima input program berkenaan sebaiknya. Moga kita berjumpa lagi di lain masa

    06 April 2011

    Panduan Berkhemah

    Sungai sedim memang cantik . Airnya mengalir deras , jernih bak kaca hinggakan boleh nampak ikan ikan berenang bebas. Kawasan tarikan utamanya terletak di dalam kawasan hutan simpan . Bebas daripada pencemaran dan udaranya segar sekali. Kawasan tarikan kedua terletak dalam kawasan kebun-kebun buah hakmilik persendirian. Setiap pengunjung yang datang pasti ingin berkunjung lagi.

    Pun begitu pasti antara pengunjung yang inginkan ketenangan dan berhasrat untuk bermalam di sini. Terdapat banyak tapak yang sesuai untuk didirikan khemah , ada yang bebas dan ada yang tertakluk di dalam kawasan persendirian . (Operator pelancongan/ kem).

    Adalah menjadi kewajipan bagi setiap orang yang berkhemah untuk terus menjaga kebersihan dan keutuhan semulajadi kedudukan flaura dan fauna Sungai Sedim. Diminta jangan membuang sampah terutamanya bekas makanan polisterina , botol minuman , tin minimum dan yang paling keji ialah lampin pakai buang bayi... memang ler namanya pakai buang tapi bukan buang dengan cara tak bermoral.

    Seperkara lagi, sentiasa berhati hati dengan cuaca. Jangan terdedah kepada kilat dan dahan patah , pokok tumbang ketika hujan. Saya juga tidak menggalakkan unggun api dibuat kerana akan mencacatkan tanah dan sakit mata memandang pabila anda berlalu pulang. Lagipun dalam kawasan hutan simpan. Nahas dan sia sia sahaja jika disaman nanti !

    Jika mandi sungai, jangan berada dalam air pabila sedang hujan. Dikhuatiri mini tsunami (kepala air) akan melanda dan kalian kami kutip sebagai mayat selepas itu.. Emmm... itupun kalau kami jumpa mayat kalian.

    Jika ingin mengadakan perkhemahan , saya sedia membantu .





    17 March 2011

    Meals - catering , BBQ

    emm... rasanya dah tiba masanya untuk maklumkan bahawa saya dah boleh offer service untuk menyediakan makanan anda di Sungai Sedim.

    Penyediaan ayam, daging, sosej untuk BBQ termasuk siap diperam . Nasi putih juga boleh disediakan bagi yang mungkin datang dalam kumpulan ramai . Termasuk juga air minuman, tak kan nak minum air sungai jer kan.. emmm memang selamat pun minum air sungai.

    so, selepas ini tak perlu susah nak bawa ayam, daging dari jauh, maklumkan saja pada saya dalam tempoh 48jam terawal.

    14 March 2011

    Kayak Sungai Merbok - Pantai merdeka- Pulau

    Sungai sedim arusnya deras, maka kalau nak berkayak sangat tidak digalakkan bagi yang beginner atau tiada pengalaman. Pun begitu masih boleh berkayak sini tapi di kawasan bukan jeram - FLAT WATER . masih menarik sebab akan menyusuri sungai sedim sejauh 5km atau kurang.

    Pun begitu bagi yang gemarkan sukan kayak , disamping di sungai sedim, saya juga tawarkan berkayak di Pantai merdeka, Sungai Petani Kedah. Antara tempat-tempat ( hala tuju) yang menarik ialah menyelusuri Sungai Merbok . Sungai ini besar dan panjang. terdapat banyak anak-anak sungai. Dari Pantai merdeka boleh juga berkayak menuju ke lautan iaitu ke Pulau Bidan , Pulau Telur dan Pulau Song Song. Trip sebegini , peserta boleh bermalam di Pulau atau di atas chalet terapung jika di Sungai merbok.

    13 March 2011

    Mendaki Gunung Bintang

    details as follow :-

    >>>>> RM80 seorang
    >>>>> 2,3,4 April 2011
    >>>>> sabtu ahad isnin.
    >>>>> TERBUKA kepada semua yg sihat dan Fit .termasuk beginner.
    >>>>> Yuran RM80 tidak termasuk makan.
    >>>>> Minimum 10 peserta.

    En. sungai sedim : 0173727965

    Jumaat
    0600 solat subuh di Sungai Sedim
    0630 Breakfast di warung kg. sedim
    0730 Bergerak ke trail head
    0830 Start trekking
    1230 sampai Waterfall dan terus lunch dengan lunch pack ( tiada masak2 )
    1300 Resume trekking
    1700 sampai ke Campsite Bunian . Solat Jamak/ asar di sini

    sabtu .
    0530 start trekking if you wanna see sunrise
    1000 start trekking if dun care about sunrise
    1400 came down from summit. arrive at campsite

    option 1- stay here again tonight or
    option 2- Go back to waterfall

    ahad
    1000 kita mula trekking keluar hutan
    1400 everyone safely arrive carpark.
    1500 Tree top walk @ rafting @ tubing @ mandi manda

    Secara keseluruhannya, hanya hari pertama bekerja keras.. Hari kedua lenggang lenggang kangkung. hari pertama tidur di Bunian ... jgn lupa sleeping bag hari kedua tidur di Waterfall...jgn lupa bawa ubat nyamuk sebab banyak betul nyamuk dan agas di sini. Tapi kalau takut nyamuk dan agas, x perlulah susah-susah follow trip ini .

    Terbuka kepada 10 orang pendaki minimum. Trip ini sengaja dibuat 3hari2malam bagi membolehkan pendaki beginner / kurang fit mendapat rehat secukup tiap kali trekking. lagipun trip yg lepas dah buat 2hari1mlm..kali ni biarlah trip rilek sikit . Pun begitu ini bukan alasan untuk tidak turun ke padang exercise badan tu. Training is must, or u be left at trail head.

    Gunung Bintang 1862M @ 6110kaki tingginya. Kaya dengan flora dan fauna. 16 darjah celcius .

    Untuk pengetahuan ,trip ini turut diiklankan di Facebook http://www.facebook.com/event.php?eid=183382961695509 . Anda dijemput untuk turut mendaki . Terbuka kepada semua.

    07 March 2011

    Great Package - Thrill for adventurer

    Hiking Gunung Bintang + White Water Rafting + Kayak

    Really recommended for those looking for challenging their body limit! 3D2N on hiking , while rafting and kayak on 4th day. You can make it fast within 3D2N , but while hiking you must move fast and can not delayed to much !

    RM350 - 3D2N hiking** + full Rafting + Kayak*
    RM450 - 3d2N Hiking** + Long Rafting + Kayak*

    Price stated for a single pax
    enquiry : adam - 0173727965 @ sungaisedim@gmail.com
    Price negotiable for large group.

    * Kayak flat water
    **Permit will be issued by Forestry

    What is White Water Rafting

    Define Whitewater Rafting
    Rafting or white water rafting is a challenging recreational outdoor activity using an inflatableraft to navigate a river or other bodies of water. This is usually done on white water or different degrees of rough water, in order to thrill and excite the raft passengers. The development of this activity as a leisure sport has become popular since the mid-1970s. It is considered an extreme sport, as it can be dangerous.

    Grades of white water
    Main article: International Scale of River Difficulty
    Below are the six grades of difficulty in white water rafting. They range from simple to very dangerous and potential death or serious injuries.

    Grade 1: Very small rough areas, might require slight maneuvering. (Skill Level: Very Basic)
    Grade 2: Some rough water, maybe some rocks, might require some maneuvering. (Skill level: basic paddling skill)
    Grade 3: Whitewater, small waves, maybe a small drop, but no considerable danger. May require significant maneuvering. (Skill level: experienced paddling skills)
    Grade 4: Whitewater, medium waves, maybe rocks, maybe a considerable drop, sharp maneuvers may be needed. (Skill level: whitewater experience)



    Grade 5: Whitewater, large waves, large volume, possibility of large rocks and hazards, possibility of a large drop, requires precise maneuvering. (Skill level: advanced whitewater experience)
    Grade 6: Class 6 rapids are considered to be so dangerous as to be effectively unnavigable on a reliably safe basis. Rafters can expect to encounter substantial whitewater, huge waves, huge rocks and hazards, and/or substantial drops that will impart severe impacts beyond the structural capacities and impact ratings of almost all rafting equipment. Traversing a Class 6 rapid has a dramatically increased likelihood of ending in serious injury or death compared to lesser classes. (Skill level: successful completion of a Class 6 rapid without serious injury or death is widely considered to be a matter of great luck or extreme skill)

    03 March 2011

    Dangerous spot to picnic and swimming

    Sungai Sedim berarus deras. Sungai ini tak pernah tenang. Untuk pengetahuan pembaca terutamanya pengunjung Sungai Sedim , ada beberapa tempat, lokasi @ lubuk yang tidak boleh mandi , berkelah atau berenang atau berada berhampiran dengannya sekali pun.

    ini bukan soal mistik tetapi secara fizikal dan geografi Sungai Sedim itu sendiri yang menjadikan tempat tempat itu berbahaya kepada anda. Ketahui lah bahawa, saban tahun, kematian yang dicatatkan di Sungai Sedim adalah di kawasan kawasan yang sememang berbahaya. Terkini , seorang pengunjung di mati lemas di kawasan yang kami panggil sebagai lubuk gua . mangsa tergelincir lalu jatuh kedalam pusaran lubuk tersebut dan tidak timbul timbul . Sebelum itu, ,pun ada mangsa meninggal di Lubuk Siku. Mangsa turut tergelincir dan tidak timbul timbul kerana terperangkap di dalam lubuk berkenaan.

    Kes- kes ini boleh dielakkan jika pengunjung sentiasa mengambil perhatian keselamatan diri dan rakan-rakan.


    14 February 2011

    Outdoor Gears for rent - tent,stove, BBQ , bike

    Sungai Sedim ni memang best tempatnya. sangat cantik dan airnya masih bersih, jernih dan yang penting terkecuali daripada masalah kencing tikus. yang ada pun kencing manusia yang berendam kesejukan tu jer. Letaknya dalam kawasan hutan simpan terpelihara dan masih utuh ekosistemnya. Ikan tengas, sebarau jelas kelihatan dalam air sungainya yang mengalir deras. Kicauan burung dan unggas sentiasa kedengaran. Hilang segala masalah pabila berada di sini.

    Bayangkan jika berada dalam khemah ketika itu, tentu seronok terutama jika bersama di sayang, keluarga dan kawan-kawan. tapi di mana nak pasang khemah, bagaimana pasang khemah dan yang penting, nak berkhemah tapi khemah tak ada. Emm..macam mana nak memasak, sedangkan Sungai Sedim ni kawasan terjaga , tentulah pembakaran terbuka atau buat tungku api, unggun api tidak dibenarkan.. Mudah, pakai saja stove dan gas. emm...mahal tu benda ni, tak kan lah nak beli semata mata nak camping di Sungai Sedim. Pasti tidak berbaloi. Bila berkhemah atau camping kata orang saleh , mesti buat BBQ kan baru best.. tapi mana ada dapur BBQ , dan BBQ waktu malam baru seronok. Sementara tunggu malam, nak buat apa ? Apa lagi selain mandi ?

    Memancing ikan. .alamak., mana ada batang pancing. Boleh ke dapat ikan ni.. dapat atau tak perkara kedua, pertama mana dia rod pancing ? atau paling sempoi, joran dari batang buluh atau batang bertam. Selain memancing, mestilah pergi melawat tree top walk yang terpanjang di dunia tu , selain tu .... ya.. berbasikal sekitar Sungai Sedim.. tapi tak ada basikal pun..tak kan nak bawa dari rumah.. ishh..susah tu nak bawa dengan kereta.. kena ada carrier baru boleh .. tapi yang paling penting. mesti ada basikal nya tu dulu .

    Sebab terpikir benda2 begitu lah,.. maka tercetus idea untuk saya sediakan perkhidmatan menyewa peralatan aktiviti riadah luar / outdoors cakap omputih.. InsyaAllah antara yang boleh saya bekalkan ialah Khemah, hammock, dapur BBQ , basikal , lampu dan dapur gas ( stove) siap dengan gas.Semua barang asas perkhemahan ini boleh disewa pada harga munasabah. Pun begitu mestilah membuat tempahan dulu .

    30 January 2011

    Guide for Gunung Bintang

    If you looking for a guider for hiking Gunung Bintang , you absolutely on right site. Guider/s for Gunung Bintang are people of Kampung Sedim. I mean local people. No outsiders for this mountain.

    Rate : RM540 / event
    duration : normal 3days 2 nite , fast 2D1N
    no.of pax : no minimum pax as long as u affordable to pay for their services
    Ratio Guider to hikers : 1 guider for 10 hikers (1:10) applied in malaysia
    Permit : RM10/pax ( will be settled by me)
    Permits are compulsory and issued by Forestry. Only early application for permit will be entertained by Forestry. If you think you kinda late to submit the application, let me know.

    NO PERMIT NO HIKING, OR YOU WILL BE FINED THOUSANDS RINGGIT !

    27 January 2011

    Explore Hidden waterfall




    For you information, there are few waterfalls in sedim forest( reserved forest). For those love to visit waterfall, you can come and I'll bring you up there.

    1. daypack or 2D1N ( camping at the waterfall)
    2. RM50/pax
    3. Minimum 4 person
    4. 2 hours trekking to the waterfall

    13 January 2011

    Panorama : Gunung Bintang

    If you wish to hike Gunung Mountain , kindly get a guider and permit issued by Forestry and log a police report before and after an event. I can arrange guider/s for you . Please do not hesitate to contact me - adam 0173727965 @ sungaisedim@gmail.com .
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator