recent tragedy !
3 Pelajar Utar dikhuatiri lemas ketika berkelah
Harian MEtro
KAMPAR: Tiga pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di sini, dua lelaki dan seorang perempuan, dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan arus deras ketika berkelah di Air Terjun Batu Berangkai di sini hari ini...............
Seorang saksi, Syed Sarudin Syed Shamsuddin, 41, berkata kejadian berlaku sejurus selepas hujan lebat di kawasan perkelahan itu pada kira-kira jam 5 petang.
"Saya bersama tiga anak saya naik berteduh di sebuah pondok di tebing sungai apabila hujan turun, manakala mereka (penuntut) bersama beberapa yang lain terus mandi," katanya.
Beliau berkata, ketika hujan, air mulai naik perlahan-lahan sebelum tiba-tiba terdengar bunyi kuat air menghempas batu.
"Empat pelajar itu tidak sempat berbuat apa-apa kerana arus deras terus
menghanyutkan mereka di celah-celah batu...arus menolak mereka mengikut aliran air yang menjunam ke bawah bukit," katanya.
Seorang penduduk kampung, Razali Abdullah, 32, berkata dia yang berada
berhampiran tempat kejadian tidak sempat menghulurkan bantuan kerana
penuntut-penuntut itu hanyut dengan laju.
"Saya mendengar jeritan minta tolong dan sebaik berlari ke tebing, saya
nampak tiga orang terkapai-kapai dan tengelam timbul di dalam air yang ketika itu mengalir laju," katanya.
Menurut Razali, penuntut berkenaan serta beberapa kumpulan lain yang
berkelah ke situ pada kira-kira jam 3 petang dinasihati oleh penduduk
supaya balik kerana air terjun itu berbahaya pada musim hujan.
"Air yang mengalir dari bukit sering turun dengan banyak secara mendadak
setiap kali selepas hujan lebat," katanya.
To get more info about kepala air kindly visit an entry by LUSUH
idup lagi x?
ReplyDelete