"Rumah Lindungan Raja"
...Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah...
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman
Ini pula cerita yg lebih tepat drpd berdasarkan sejarah Negeri Kedah - oleh Memori Kedah. net
...Seterusnya rombongan baginda dibawa ke Kampung Sedim. Pada ketika itu, penduduk kampung telah berpakat untuk membuat usungan daripada dua batang buluh dan apabila rombongan Sultan tiba, baginda diusung ke rumah Penghulu Sedim iaitu Haji Yassin. Di Kampung Sedim, Sultan Badlishah tinggal di rumah anak Penghulu Haji Yassin. Seramai 5 hingga 60 orang disuruh berkawal siang dan malam untuk menjaga keselamatan baginda Sultan...
Begitu lah sedikit sebanyak kisah rumah lindungan raja ini.
nak info lebih menarik lagi cuba link ini pula lebih banyak cerita beserta gambar rumah dalam dan luar tersebut oleh Multiply Azizan
No comments:
Post a Comment
Thank you , please keep reading this blog