Sepanjang pembukaan tempat ini , saya masih ingat ada beberapa kawasan yang dikategorikan sebagai tidak selamat untuk mandi mandi . Hari ini , kawasan tersebut seperti tiada bahaya . Apa tidaknya , perubahan pada jalur sungai akibat perubahan batu-batannya samada secara semulajadi ataupun tangan-tangan manusia . Paling ketara ialah paras ayaq Lata Sedim hari ini telah pun turun atau berkurang kedalamannya. Bagi yang arif atau sedari dulu berada di sini boleh melihat tanda pada batuan jeram Lata Sedim ini bahawa terdapat penanda aras bahawa air sungai telah berkurang/ menjadi lebih cetek .
Keindahan dan pembangunan.. 2 perkara yang sepatutnya seiring sejalan tetapi tidak berlaku di dunia nyata. Kemajuan Lata Sedim menyaksikan keindahannya tidak seperti dulu , dan tidak mungkin kembali seperti dulu . Saya rasa bertuah masih dapat menikmati dan mengingati kecantikan SEMULAJADI Lata Sedim . Sungguhpun pada suatu masa akan datang ia dipelihara dan dipulihara semula , namun saya yakin ia tidak akan sama dengan suasana Lata Sedim pada 2000 dan ke bawah .

