follow me ... and i Miss u all

badan penaja

08 February 2017

Dormitory Terbaik di Sungai Sedim

Dorm venue D 2Dorm venue D 4paxDorm venue D 24paxDorm venue D

dormitory ini ada kemudahan tanda yang bersih dan luas . Cafeteria  .surau. Kolam renang dewasa dan kanak kanak . Jika peserta ramai , boleh tambah unit unit chalet .

kapasiti dormitory seperti berikut :-
bilik #1:::24 pax  kadar sebilik RM720
bilik #2::: 24 pax kadar sebilik RM720
bilik #3::: 4 pax kadar sebilik RM120
bilik #4::: 4 pax kadar sebilik RM120

 

di atas itu adalah dormitory terbaik yang ada di sedim ini .
dormitory lain ada juga. RM30 per pax harga untuk dorm lain.

07 February 2017

Pendaki Gunung Bintang

insya Allah  .. posting ini ada dikemaskini selalu dengan gambar2 menarik pendaki gunung Bintang ini dengan kerjasama guider tempatan ..Adam 0136061652.. ada banyak lagi tapi utk kali ni banyak ini dulu .. akan update dari masa ke semasa
IMG_20170129_121520IMG_20161129_102808IMG_20161111_124144G.Bintang 31 ogos 2016 (45)IMG_20160529_105400

06 February 2017

Pakej 1 hari sungai sedim

Pakej ini minima 10 pax
white water rafting
+
water tubing
+
flying fox
+
water confidence & rescue
+
Tree Top Walk
+
Lunch pack .

RM225 sahaja.

harga asal lebih tinggi !

Pakej ini sah sehingga 31 MEI 2017 sahaja

05 February 2017

Aktiviti Pelajar Sekolah

Educational Nature Walk
pelajar didedahkan dengan pelbagai spesis flora dan fauna . Mempelajari konsep konservasi , pemeliharan dan pemuliharaan hutan . Ditemani pemandu arah yang mencukupi bagi setiap perjalanan dan sentiasa bersama.

Mini Orienteering
Pelajar akan mempelajari konsep asas kompas , arah dan pemainan orienteering . Peserta juga akan diberikan peluang mempraktik teori yang diajar .

 Tree Top Walk
Ini adalah titi gantung paras kanopi hutan yang dibina agar menjadi yang terpanjang di dunia. Dibina menggunakan bahan yang kukuh . Jika para pelajar dari kalangan berkerusi roda sukacita dimaklumkan bawalah mereka bersama . Samada berkerusi roda atau stroller bagi bayi dibenarkan masuk . Malah ia mesra untuk mereka .

Berikut adalah cadangan harga bagi pelajar sekolah sahaja.   ( minimum 10 pax )

<15 pax ::::::RM56/pax
16-30pax::::: RM50/pax
>30 pax ::::: RM40/pax

31 January 2017

Pakej Gunung Bintang

Mendaki gunung adalah salah satu cabang aktiviti yang menyihatkan badan . Oleh itu sungai sedim sangat mengalu-alu peminat rekreasi untuk mendaki Gunung Bintang. Perkhidmatan disediakan seperti berikut andai memilih guider seperti saudara Adam . Pelanggan boleh mendaki secara berkumpulan kecil mahupun besar . Jika pelanggan seorang atau 2 orang sahaja pihak kami tetap terima.

parking kereta : Disediakan
Bas : Turun di rumah guider ( Adam )
Tapak khemah : tepi sungai , rumah guider

Pakej disediakan : -

  1. Malim gunung ( Guider )
  2. Dokumentasi permit
  3. Dokumentasi polis
  4. Makanan
  5. pengangkutan pacuan 4 roda / 4x4 / powil  ( round trip)
  6. Porter makanan
  7. Porter barang perkhemahan
  8. Khemah
  9. Porter persendirian
  10. tukang masak

sleeping bag , sleeping mat , headlamp dan aksesori lain buat masa ini TIDAK disediakan.

dari segi kadar caj adalah dipelawa untuk hubungi kami bagi perbincangan lanjut.

Paling utama , walaupun kita mampu bayar apa jua nilai dikenakan , namun faktor stamina adalah perkara utama dititik berat. Oleh itu , dinasihatkan walaupun sudah bersedia dari segi kewangan mesti membuat latihan untuk stamina sebelum mendaki .

safety safety safety

Lite and Easy 1 day trip


Lite&Easy Trip package  :  ( 3-4 hours)

RM55 / pax ( minima 6 pax )

  1. Lunch pack x 1
  2. Water Tubing
  3. Tree Top walk : longest in the world

Gunung Bintang info

Peninsular Malaysia ::::  Northern region.
state  ::::  Kedah .
District :::: Kulim
Height :::: : 1862m  @ 6110f A.S.L
Guider :::: : Adam and friends 
Contact :::: :  0136061652 call / whatsapp
Email :::: : sungaisedim@gmail.com
Duration :::: : 4D3N  slow and steady pace  / 3D2N normal pace
Trail : Jungle trail 100%
Difficulties :::: : Medium
Distance  ::::: 42KM roundtrip
Permit :::: Compulsory ( will be handled by Adam )
Rate ::::: RM1500 – 2500 ( local , RM2000-4000 foreigner )
temperature :::: :  15 degree celcius  ( campsite) 1500m a.s.l
4x4 transfer ::::: Yes .. roundtrip
Packages ::::  meals and tent can be arranged ( surcharge) . Negotiable.

20 January 2017

PENGINAPAN 20-21 Januari 2017

 Masih ada kekosongan untuk penginapan
20-21 Januari 2017 .
Harap maklum

 Chalet sungai sedim outside viewchalet twin sharing sungai sedim

16 January 2017

PENGINAPAN RAYA CINA 2017

Penginapan untuk Raya Cina tahun ini .. 2017 masih ada . Pun begitu , jangan berlengah . Tempahlah awal bagi mendapatkan penginan terbaik untuk anda.

UNIKNYA .. kami tidak mengenakan sebarang caj tambahan atas faktor cuti umum . Harga adalah flat Rate sepanjang tahun . Menarik  kan

Share pengalaman pengunjung

Kali ini cuma nak kongsi satu video yang dibuat oleh seorang pengunjung Sungai Sedim ini .
Beliau merupakan seorang guru bersara. Saya bagi link  ye .

https://www.youtube.com/watch?v=Zi6fI2HV4pM

Kami mengalu alukan komen dan link kepada pengalaman anda semasa di sini . silakan ..

13 January 2017

Cuti 13-15 Januari 2017

Sepanjang cuti khas .. negeri Kedah 2017 . antara 13-15 Januari 2017 masih ada kekosongan untuk penginapan.

Chalet RM150-180
Homestay RM250-280-360-400-500 dan 600
dormitory RM30 seorang
tapak khemah RM10 @ RM15 seorang.

pakej Camping Experience RM50 2H1M , RM100 3H2M .

lain lain perkhidmatan dan aktiviti dibuka seperti biasa.

10 January 2017

Aktiviti Untuk Kumpulan Kecil

Jika datang dalam kumpulan kecil sesuai untuk beberap aktitviti bergantung kepada kehendak dan niat asalk bertandang sini . Ada antara pelanggan dihormati datang untuk beriadah , expose outdoors kepada anak anak , teambuilding , nak erat @ bonding sesama colleagues , reunion dengan kawan kawan belajar , kawan semaktab , seuniversiti dan lain lain sebab .

kumpulan kecil macam bawah 15 pax .  ada yang datang 4pax , 5 pax , 6 pax hinggalah 15 pax . Kumpulan kecil saya namakan . Jadi tak semua aktiviti di sungai sedim ini boleh dilakukan oleh itu kita rangka aktiviti khas kumpulan kecil begini .

Water Rafting , Tree top walk , Nature Walk , Night Walk , Water Tubing ,river crossing, Flying fox , Wall abseiling , Paintball target shooting only , Mini Teambuilding games , Camping in jungle , camping 2D1N @ 3D2N , survivor course 3D2N , 4D3N  ..

disarankan whatsapp ADAM 0136061652 untuk bantuan merangka aktiviti sesuai kumpulan anda .

Hiking Gunung selain Bintang

Sebenarnya saya juga aktif mendaki gunung selain gunung bintang.. Saya ada juga melayan kawasan perak dan pahang .

Ada masanya wakil sungai sedim ini pergi hiking ke Yong Belar , Yong Yap , korbu , CBL , Stong dan lain lain . Ada tempat jadi guider , ada tempat lain jadi organiser  pula .

Hiking itu sebahagian daripada jiwa raga warga sungai sedim

Outdoor Gathering ( Kaki Gunung Nuang)

Satu acara Outdoor Gathering 7 dan 8 Januari 2017 telah berlangsung di Hutan Lipur Gunung Nuang, Selangor. Pihak Sungai Sedim Jeram Terbaik juga telah melibatkan diri . Wakil dari sini dihantar jauh ke sana bagi bersama penggiat rekreasi luar memeriahkan lagi acara . Booth sungai sedim juga telah dibuka .
Outdoor gathering 2017 Nuang (1)Outdoor gathering 2017 Nuang (2)Outdoor gathering 2017 Nuang (3)

24 December 2016

WWRafting Musim Hujan Disember 2016

Musim hujan adalah musim terbaik untuk main WWR ini . terutamanya di sungai sedim ini . Walaupun kerap hujan tetapi peluang untuk air masih jernih semasa main WWR ini adalah cerah  biarpun langit mendung .

jadi tempahlah sekarang slot anda.

Short Trip RM100/ pax  minima 8 pax
Full Trip RM180/ pax Minima 4 pax
Extreme Trip RM380/pax Minima 8pax

FILE273

Mudahnya nak Ke sungai sedim

Jalan mudah dari semua arah seluruh negara.

Jika anda dari utara mahupun selatan . disarankan gunakan lebuhray PLUS.

Andai datang dari Shah Alam , gunakan highway dan drive sehingga Tol Juru , pulau pinang . Selepas tol Juru , dalam 10km ada Exit Kulim dan Gerik .

Ikut laluan Gerik , kulim ini . Anda masih berada atas highway .. lebuhraya BKE .

pandu sehingga bayar 2 kali tol .. pandu terus sehingga masuk ke Taman Perindustrian Tinggi Kulim ( Kulim Hi-Tech Park) .

Dari Hi-Tech cuma 20km sahaja lagi .

Shah ALam ---> Exit Kulim / Gerik ( Highway PLUS)
Exit Kulim/ Gerik ----> Hi-tech Park ( Highway BKE)
Hi-Tech Park ----> Sungai Sedim ( jalan dalam) 20km ajer ( tiada traffic jam)

Kekosongan Penginapan chalet, homestay , camp sungai sedim Disember 2016

adalah dimaklumkan bahawa sempena cuti berturut turut 24,25,26 disember 2016 ini masih ada kekosongan unit untuk penginapan  . Begitu juga pada 31Disember 2016 dan 1 Januari 2017

bawalah keluarga dan anak anak bercuti . Terokai alam semulajadi , hayati sungai dan alunan deruan air sungai .

untuk tempahan chalet , dormitory, homestay dan tapak khemah .

ADAM 0136061652

22 December 2016

Gunung Bintang : Keperluan Utama

Bagi mendaki Gunung Bintang yang letaknya dalam Negeri Kedah , boleh diakses melalui Hutan Lipur Sungai Sedim  , Kulim Kedah .

Untuk mendaki , keperluan utama adalah permohonan permit daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah , Khidmat malim gunung tempatan , pengangkutan pacuan empat roda ( 4x4 ) dan mestilah membuat pemberitahuan kepada balai polis terdekat.

secara teknikal , pihak kami menyediakan malim gunung , permohonan permit , 4x4 dan log polis. 

Bayaran adalah bergantung kepada perbincangan . Untuk ulasan lanjut diminta jasa baik hubungi pihak kami .

sungaisedim@gmail.com , whatsapp , call 0136061652 ADAM



nota: adam adalah salah seorang guider , malim gunung yang aktif.

19 December 2016

Ustaz Kazim di Sedim

ya.. Satu ceramah Perdana akan dilangsungkan di kg sedim ini . Ceramah sebelah malam , jadi bagi tuan tuan , puan puan yang ingin bermalam di chalet , homestay sungai sedim boleh mula booking sekarang. Almaklumlah ceramah habis dekat lewat malam , jadi nak balik atau stay sini .

ceramah kazim elias di sedim

harga bermula dari : -

chalet RM150
homestay RM250

hubungi ADAM :0136061652

07 October 2016

Musim Hujan dan Panduan Keselamatan

Walaupun musim hujan , sungai sedim tetap dibuka seperti biasa. Air sungai akan meningkat naik tetapi masih jernih sepanjang musim hujan ini . Arus akan bertambah deras di kawasan berjeram manakala kawasan flat water tiada perbezaan ketara.

Adalah diingatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri semasa berada berhampiran air. Dalam air sudah semestinya kena jaga keselamatan . Sebagai panduan , sebenarnya adalah lebih selamat untuk memakai kasut bertutup semasa berada dalam air . Semasa berada di darat , pastikan memakai kasut yang ada GRIP pada permukaan batu .

Sentiasalah berwaspada dengan anak anak agar tidak menghampiri langsung kawasan berarus deras walaupun airnya nampak jernih dan cetek pada pandangan anda.

Kita kena fahami bahawa dan tidak boleh memandang deras kuasa air . Maksud saya kekuatan air untuk menolak kita. Kita tak mampu melawan arus .

Pada masa yang sama , kita jaga keselamatan pengunjung lain dan pengunjung di masa depan dengan tidak membuang sampah merata rata. Sebaiknya kita bawa pulang saja sampah kita . Kita boleh bawa datang sini kenapa pula masa balik tak boleh bawa bersama ? Kebersihan adalah tanggungjawab kita demi kesihatan bersama.

25 September 2016

This Is Gunung Bintang

31 ogos 2016 . Kumpulan dari UUM . trip Khas untuk 5 orang peserta sahaja . 3hari 2malam .

20 Sept : Bermula musim terbaik WWR

memandangkan sekarang musim hujan , maka adalah masa terbaik untuk memilih White Water Rafting . Paras air sungai telah meningkat naik . Bukan menjadi keruh , tetapi masih jernih . Maka air sungai dan jeram menjadi lebih deras , padu , dan nampak ghairah untuk aktivit ini .

Full trip RM180 . minima 4 pax
extreme RM380 Minima 8 pax

Hubungi Adam : 0136061652 . Whatsapp dan call .

14012830_1041292119257904_1797503638_o

08 August 2016

Nak cuba rafting ..tapi nak sekejap jer

Ok .. jika nak main rafting tapi tak nak main yang biasa punya .. boleh .. anda boleh cuba main yang short route .

walaupun short route namun aspek keselamatan , taklimat dan safety check adalah seperti biasa.

estimate masa diperlukan dalam 1-1.5 jam untuk selesai .
Jumlah minima 8 Orang @ payment minima
RM80 seorang .

Hubungi no ini untuk maklumat lanjut. 0136061652

Short Route RM80 seorang 1-1.5 jam minima 8 orang

Full Course RM180 seorang 2-3 jam minima 4 orang

Extreme Trip RM380 seorang 5- 8 jam minma 8 orang

 

“i do outdoors to live my life”

05 August 2016

OGOS-SEPT 2016 sahaja : Pakej sekolah rendah

  • Pakej ini khas untuk pelajar sekolah rendah sahaja .
    maaf .. sekolah menengah tak dapat pakej ini .
  • Jumlah minima ialah 60 peserta @ bayaran minima utk 60 peserta.
  • Sah untuk sepanjang OGOS dan SEPTEMBER 2016 sahaja
  • Deposit tunai 50%

RM120          kini RM80 sahaja

pakej pelajar ogos sept 2016

30 July 2016

Teambuilding ( 1hari ) … Fun

Fun Teambuilding boleh dilaksanakan dalam tempoh sehari . Peserta perlu datang seawal jam 9 pagi dan boleh ditamatkan sekitar jam 5 petang. Tidak semestinya perlu bermalam di sini .

Fun teambuilding sehari ( Daypack) sengaja dilaksanakan dalam suasana having fun dan tidak terikat dengan komitmen tinggi dari segi masa , dan kewangan.

antara aktiviti yang sesuai dengan fun teambuilding

  1. white water rafting ( full trip @ fun trip)
  2. Water tubing
  3. water confidence
  4. wall abseiling
  5. flying fox
  6. management games
  7. orienteering
  8. Trekking
  9. Bbq
  10. khidmat sosial kepada sungai
  11. River crossing
  12. dan lain lain
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator