air terjun seperti dalam gambar ini tidak dapat dilihat oleh pengunjung biasa . Anda perlu melakukan aktivit jungle trekking untuk sampai di sini . Sebenarnya bukan ini sahaja air terjun yang ada di sekitar hutan lipur sungai sedim. Jika berminat bolehlah menghubungi kami .
Sungai sedim, lata sedim, jeram sedim, Sedim Eco Park, kayak, picnic, berkelah, white water, falls,campsite, Kayak, jungle tracking, paintball, water rafting, tubing, hiking, teambuilding, camping, birds, tree top walk,kulim, gunung Bintang, Guide , skipper ,fishing, chalet, and villa,Hutan, Simpan, Gunung, Inas,Kampung, peta sedim, kedah , rapid fire , tree top walk, camp site , map , where to stay , travel agent , trip , consultant , route , jalan ke sedim , bunian, waterfall ,kedah
follow me ... and i Miss u all
badan penaja
25 April 2015
Kadar Tiket The Tree Top Walk
dibuka setiap hari dari Jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.
Jika perlukan khidmat pemandu pelancong semasa di atas canopy walk , bayaran dikenakan
Jika datang dalam kumpulan besar / rombongan bas boleh hubungi kami untuk memudahkan lawatan anda.
23 April 2015
Sila tinggalkan komen
Kami memohon jasa baik agar dapat memberikan komen , pandangan , nasihat , teguran dan cadangan agar dapat memberikan info dan seterusnya menjadikanya sebagai penambahbaik posting akan datang. Kerjasama daripada pembaca sekalian sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih . Oleh itu sila komen di posting ini atau boleh email saja kepada sungaisedim@gmail.com
16 April 2015
Gunung Bintang
Ingin mendaki Gunung Bintang maka kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal dan fizikal dan fizikal .
Diulang sekali lagi .. fizikal .. mesti mantap sebab gunung ini jaraknya jauh dan treknya pula hutan tebal . Kadang kala terpaksa merangkak di celahan rimbun buluh bukan sekali tetapi banyak kali . Adakalnya fed up sebab asik mengadap buluh sahaja.
untuk mendaki diperlukan :-
- Guider
- permit
- laporan polis
- 4x4
4 perkara di atas adalah wajib . Local guider tak akan mendaki tanpa adanya permit. Laporan polis dibuat di balai paling deka tapi jauh .. Balai Polis Sg. Kob.
4x4 diperlukan bagi menjimatkan masa pergi dan balik. begitu juga tenaga. Paling penting mental peserta.
sesekali jangan lupa bawa Headlamp kerana kebarangkalian trekking di malam hari adalah tinggi.
08 April 2015
Family Day sungai Sedim
Sungai sedim memang sekian lama menjadi destinasi pilihan untuk majlis @ acara hari keluarga / family day .
Suasana meriah dengan kunjungan orang ramai , bunyi deruan air sungai. Pelbagai aktiviti boleh dibuat sepanjang family day . Ada peserta yang mandi manda, makan , memasak , bermain dan tidak kurang juga mencuba aktiviti lasak di sini .
Tidak menjadi masalah untuk meletak kereta walaupun kehadiran ahli family day dengan kereta sendiri. 100 buah sekalipun tiada masalah . Di sini ada kawasan letak kereta yang luas. Bagi mereka yang ingin bermalam boleh saja mencuba chalet terdapat di sini . Biasanya family day pasti ada peserta yang ingin bermalam sehari lebih awal atau selepas acara. Tidak perlu tergesa gesa pulang ke rumah sebab chalet yang ada sudah pasti dapat menghilangkan letih setelah seharian memberi komitmen untuk family day .
Khidmat katering siap dengan khemah dan PA system juga disediakan malah khidmat karaoke seperti di majlis kenduri kahwin boleh diuruskan.
ADAM:
0136061652 SMS , whatsapp , call
sungaisedim@gmail.com
Kadar Bayaran Parking
Parking kereta , bas dan motosikal .
Harap maaf, pihak pengurusan telah mengenakan kepada pengunjung kadar parking tertentu. Diharap pengunjung dapat memahami bahawa kadar ini dikenakan mengikut tempat. Ada kawasan parking di dalam tanah individu. Maka adalah wajar untuk tuan tanah meletakkan harganya sendiri. Jika ada isu maka wajarlah berjumpa dengan pihak yang mengambil bayaran daripada tuan / puan / cik dan bawa berbincang dengan mereka.
Secara umum berikut kadar parking
- Motosikal RM1
- Kereta RM3
- Bas RM10
- Lori RM5
10 March 2015
Desas Desus Kencing Tikus Di sungai Sedim
Desas desus sahaja. JIka ada sekalipun , pihak kami percaya beliau dapat di tempat lain.. macam di rumah , kedai makan , kawasan berkelah lain , taman permainan , kebun bunga , sekolah dan lain lain.
Jika ada kes di sini.. maka akan tercipta Malaysia Book of record sebab ramai penduduk kampung akan kena sakit ni . Sebab ramai penduduk kampung yang gunakan air sungai ini dalam kehidupan seharian mereka.
Papan tanda kencing tikus ada didirikan di sungai sedim. Diharap pembaca / pengunjung tidak salah faham. Baca betul betul ya. Itu adalah papan tanda AMARAN betapa bahaya kencing tikus dan GALAKKAN supaya orang ramai menjaga kebersihan sungai sedim .
Air Sungai Sedim deras dan terus berlalu. Tidak ada kawasan yang seperti kolam dan membenarkan air bertakung seketika. Sebab itu tempat ini juga dikenali sebagai sungai arus DERAS
11 January 2015
Pakej Family Day kompeni dan persendirian
Di sungai sedim ni sesuai dibuat memandangkan kawasanya yang cantik dan tenang. Lagi lagi pula dikelilingi hutan serba serbi hijau . Ada pelbagai lokasi sesuai untuk family day kompeni mahupun keluarga . Ada kawasan untuk parking kereta , padang untuk bermain , sungai yang boleh dimandi . Makanan juga boleh disediakan. Jika ada yang ingin berehat , boleh check in chalet di sini sehari awal atau pada hari keluarga tersebut nanti.
10 January 2015
Musim Hujan Vs White Water Rafting
masakini monsun laut china selatan bertiup dan sebab itulah jugalah kita digemparkan dengan fenomena air sungai melimpah dan menjadi banjir di kawasan pantai timur.
Bagaimana dengan Hutan Lipur Sungai Sedim ?
Kami gembira tidak kena limpahan air hujan. Memang kerap hujan di sini tetapi amat sukar untuk sungai sedim ini banjir sebab tempat ini berada di kaki gunung. Jadi musim banjir di pantai timur tidak menjejaskan perjalanan / aktiviti white water rafting. Anda boleh terus berkunjung di sini untuk akviti outdoors. White Water Rafting diteruskan macam biasa.
Pakej Untuk Budak Sekolah Rendah & Menengah
Pihak kami ada pakej pelajar sekolah rendah dan menengah . Lokasi, aktiviti dan makanan adalah mesra pelajar. Maklumlah mereka masih muda jadi pelbagai aspek diambil berat. Pun begitu tiada masalah untuk menjalankan aktiviti outdoors. Ada pelbagai aktiviti yang menarik dan boleh dilakukan biarpun pelajar sekolah rendah . Antaranya “wall asbeilin , flying fox , water tubing , natural walk , jungle trekking , night walk , paintball , camping , basic jungle classes , management games , berjalan atas Tree Top Walk dan pelbagai lagi.
Camping experience sangat sesuai untuk mereka . Ada pelbagai jenis lokasi ( camping site) untuk dipilih antaranya di hutan , tepi sungai , di huta lipur sungai sedim , jauh dari sungai , jauh dari hutan , tepi hutan , tepi jalan dan merata tempat lagi . Yang penting , guru pengiring kena tumpang sekaki dengan mereka nanti .
29 December 2014
Share location : Sungai Sedim to get here
If you wish to get here , I shall share the location . Via whatsapp . Just text me to get the location. At least you will be here sooner than expected.
But those coming from highway – PLUS highway .- from south please do not exit Bandar Bahru& Parit Buntar ( USING WAZE/GPS) . If you do , this road will lead you into rural are. you might get boring and worrying .However you still get here .
- From north, please do not exit sungai petani ( USING WAZE/ GPS) .
Either south or north .. please use Exit as follow :
This is the fastest and easiest way to get here even with extra miles .To get our location .. drag your mouse to end of page. you will see the map . OR.. text me via whatsapp .
Kenapa mesti pilih sungai sedim
- Berada jauh dari bandar
- Sungai yang jernih
- sungai yang deras
- Keindahan sungai dan persekitaran
- Bebas daripada pencemaran
- Kepelbagaian flora
- Ada penginapan
Jika ada nak tambah , boleh tinggalkan komen
16 December 2014
Dodol
Kacau dodol traditional.
Anda akan dibawa melihat dan mencuba proses memasak. Ini sdalah perusahaan orang kampung ini.
Dodol ini juga untuk dijual.
24 November 2014
4x4 [ waterfall ] ride
4x4 ride instead of trekking.
RM100 per car . maxima 4 pax
Duration 1 hour from ,waterfall and return
13 November 2014
WWR–Paras air terbaik , book cepat
Paras air terbaik sejak oktober 2014 dan dijangka terbaik hingga Disember 2014 ini.
Jadi , jika inginkan dilambung arus sungai sedim, jemputlah datang. Booking sessi rafting anda.
kami sedia memberikan anda pengalaman dan mesti tak puas .. sebab nak lagi sekali !!!
ADAM 0136061652
Sungaisedim@gmail.com
4x4 Experience Ride
Aktiviti baru nak diperkenalkan kepada Umum.
Sebenarnya dah ada tapi tapi tidak dikomersil sahaja.
4x4 Experience Ride.
kami tawarkan aktiviti menaiki 4x4 merentasi hutan lipur sungai sedim laluan hutan dan berselut. Anda bagaikan dilambung lambung dalam kenderaan pacuan 4 roda. Salah satu destinasi dituju ialah air terjun.
Minima 3 orang . Setiap unit 4x4 hanya 3 penumpang sahaja. Kadar RM450 sebuah 4x4 .
07 August 2014
Menu Baru di Sungai Sedim
Makan makan..
ya begitu lah posting kali ni nak cakap , kami ada tempat dan perkhidmatan catering. Boleh makan di anjung dan disajikan dengan pemandangan sungai
menu utama tentulah masakan nasi campur. Sebagai tambahan , untuk tempahan khas menu baru nak diperkenalkan. Char Kuew Teow**
**Minimum order applicable ( 200 pinggan) @ RM1200
**Khas hari sabtu sahaja.
**Tempahan 2 minggu awal dengan deposit 50%.
24 May 2014
Penginapan Kami
Kalau tuan tuan ingin tahu berikut secara PURATA penginapan yang ada di sungai sedim
Campsite = RM15 / malam / pax
Dormitory = RM30 /malam / pax
Chalet = RM148 hingga RM180 per unit
Homestay = RM250 higga RM360 per unit
Jika tuan tuan tidak tahu yang mana sesuai , Jangan segan silu . Hubungi saya terus untuk dapatkan panduan . Saya akan berikan panduan terbaik dengan hasrat tuan . Yang penting saya perlu tahu
- Jumlah peserta / keluarga
- Bajet
- Lokasi dekat sungai , dekat perkampungan , dekat kedai , tertutup , semulajadi
ADAM 0136061652
sms , whatsapp , viber , line , telefon . Jangan segan silu !
Aktiviti CUTI sekolah Untuk ANAK2
Saya mencadangkan tuan tuan bagi pengalaman dan peluang kepada anak anak untuk merasai dunia “outdoor” . Sudah tentulah tempatnya di sungai sedim ini . Aktiviti yang wajar adalah camping . Jadi tuan tuan ada banyak masa untuk mereka . Rehat dan spend seluruh masa tuan tuan dengan mereka . Tiada lagi alunan musik , telefon , ipad , tab . Mereka tentu dapat melupakan seketika gadjet itu semua memandangkan masa mereka di sini nanti dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti
- Camping
- Jungle trekking
- Water rafting
- Memancing
- menangkap ikan dengan pelbagai cara.
- Belajar asas perkhemahan dan survivor seperti memasak dalam buluh / bahan semula jadi yang lain
- mengenal tumbuhan dan haiwan
- Melatih deria pendengaran dan sifat ingin tahu dalam diri
- Wall abseiling, flying fox , water tubing .
- dan lain lain lagi
06 March 2014
Single Unit Homestay @ Sungai Sedim
•RM500 2 malam ( 3h2m) ( negotiable)
•Bilik 3 + 2 .
•Terletak dalam kawasan sungai sedim
• 5 minit ke kedai makan
•30 minit ke Bandar kulim , 15 minit sg kob , 15 minit Mahang , 30 minit selama perak ,kedah
•luas
•Privacy
•setiap bilik katil queen
•peralatan asas : dapur gas , tv , peti asi , dapur BBQ .
•sesuai untuk 15 pax
•1 unit sahaja . Book cepat ( Adam 0136061652 / call /sms / whatsapp)
•Terdapat anak sungai di tepi rumah .
•2 unit astaka untuk bersantai di luar rumah
tempahan awal beserta deposit sahaja dikira confirm .
tambah nilai boleh dibincangkan seperti makan , karaoke , aktiviti dan lain lain.
12 February 2014
Waterfall Abseiling Sungai Sedim
Ya.. memang di sini boleh laksanakan abseiling ini . Pakej abseil ini wajib combo dengan jungle trekking . RM80-120 seorang bergantung kepada jumlah peserta. Minimum 15 orang
01 February 2014
Pakej “Basic Camping Experience”
Pakej ini dah lama buat cuma kali ni nak kembangkan lagi kepada pelancong ( anda) , backpackers dan keluarga di luar sana yang berminat dengan aktiviti berkhemah .







