follow me ... and i Miss u all

badan penaja

16 February 2022

Gunung Bintang Via Lata Sedim - Persiapan diri dan maklumat ringkas

Gunung Bintang ini terletak dalam kawasan hutan simpan kekal Gunung Inas .Hutan simpan ini sangat luas dalam kawasan Banjaran Bintang.  Maka aktiviti pendakian perlulah dengan memohon permit daripada Pejabat Perhutanan Kedah .

Banjaran Bintang . pemandangan tidak penuh. 

Persiapan mental dan fizikal adalah keperluan utama . Tak ada makanan , boleh kongsi dengan rakan , tak adah khemah , boleh tumpang pendaki lain . Tak ada stamina dan tiada kekuatan mental .. diri sendiri yang merana sengsara menanggung azab kesakitan semasa mendaki nanti .

Gunung Bintang dengan ketinggian 1862m dari paras laut . Macam rendah pula ye.. tukar ke kaki.. 6110kaki dari paras laut. Ini menjadikan ia sebagai gunung tertinggi bagi Negeri Kedah.

Nak mendaki Gunung ini

      
1.       ada kemahuan
2.       stamina fizikal dan mental
3.       permit oleh Pejabat Perhutanan Kedah
4.       Pemandu arah / malim gunung  / Guider  -  0136061652 (adam)
5.       log / makluman kepada polis di Balai Polis Sg. Kob
6.       pengangkutan ke titik mula  / starting point :- 4x4 @ motorsikal
7.       yuran penyertaan dan persiapan peralatan dan makanan

Saya adalah salah seorang daripada guider yang ada berkhidmat untuk gunung ini . Saya ahli dalam Persatuan Malim Gunung Malaysia . Dikenali sebagai PMGM. 

Yuran

Kadar yuran adalah berbeza mengikut dengan siapa anda berhubung. Para guiders di sini tidak menetapkan satu harga yang tetap . Terpulang pada kebijaksanaan anda untuk menilai apa yang anda bayar dengan apa yang bakal anda dapat nanti . 

saya sudah semestinya ada harga yang tertentu . Bagi saya , sebenarnya yuran dibayar adalah subjektif . Pada sesetengah orang saya mendapat laba atau jika sebaliknya mungkin murah daripada pasaran atau khidmat telah diberikan . Sebenarnya saya menikmati perjalan mendaki bersama pendaki. Minat yang sama membuatkan admin sudi tolong bawa pendaki ke puncak gunung ini . Nilai upah itu tidak boleh diukur apakah setimpal atau tidak .  Begitu juga apabila saya mendaki gunung lain dan bayar upah guider serba salah samada ia setimpal atau tidak.

Tiap kali saya bertugas  , safety ..safety ..safety . Going up optional, goin down MANDATORY . Itu pegangan saya semasa bertugas . 

Tugasan

Tugas sebagai guider adalah 24jam selagi mana semua pendaki / peserta saya belum sampai di parking kereta mereka . SEMUA DAH SAMPAI dan saya telah memaklumkan kepada balai polis aktiviti telah tamat dan tiada masalah barulah tugas saya sebagai guider berakhir walaupun bayaran belum diterima .

24jam bertugas ? ya ..betul.. bukan dah sampai campsite dan saya lepaskan kalian dengan hal sendiri . Kekadang ada peserta yang perlu bantuan mendirikan khemah . Nak dapatkan tapak khemah yang sesuai pun sering dibantu . Berdasarakn pengalalaman berada di tapak tersebut , saya tahu dimana kawasan rata , berair , atau bakal basah.  24 jam betul ke .. ya betul .. Hatta peserta ingin buang air di malam hari di saat orang lain tidur mati sejuknya campsite .. pendaki boleh kejut untuk teman walaupun 3 pagi . Keselamatan pendaki adalah 24jam dalam tanggungjawab saya . Dan saya terima itu sebagai arahan. bukan pertolongan.

roadmap Bintang

Pergerakan

Sepanjang perjalanan saya sentiasa pastikan pergerakan pendaki adalah lancar dan tidak berpisah jauh antara kumpulan . Pendek kata , jika di depan laju atau jenis tak boleh berhenti lama guider sentiasa pastikan jarak tidak jauh supaya masih boleh mengawal situasi semasa apatah lagi jika ada kecemasan atau kecederaan kecil sekalipun. Setiap ahli bertanggungjawab kepada diri ahli lain dan dirinya .

4x4 transfer di awal pagi untuk hantar ke starting point setelah log polis dibuat di balai polis sungai kob, 15km jauhnya.. Yuran yang saya kumpulkan sudah termasuk dengan 4x4 ini . Namun jika dalam perjalanan kita ada halangan pokok tumbang terlalu sukar utk tembus , maka perlu dibersihkan terlebih dahulu sehari awal mendaki. Untuk ini , selalunya atas budi bicara mungkin ada caj tambahan. Jika tidak , semua peserta terpaksa memulakan pendakian semata-mata ke starting point. Jaraknya 5KM mendaki bukit, baru sampai starting point. 

4x4 & team MUKMIN Backpackers

 Starting Point adalah di dalam hutan .. bukan di luar hutan tauu . Di sini , sessi taklimat oleh guider, organiser mahupun pendaki itu sendiri.... bla bla bla dan soal jawab dan akhirnya langkah dimulakan sesudah bacaan doa. Di sini juga saya akan bertanyakan status kesihatan dan memeriksa kebolehupayaan pendaki . Jika ada yang ingin berpatah balik masih boleh berbuat demikian . Saya sentiasa memastikan 4x4 tidak meninggalkan drop point sebelum langkah mula . andai masih ada apa2 yang perlu dan patut.

Checkpoint

Checkpoint adalah subjektif mengikut kumpulan guider yang bertugas . Tiada spesifik kawasan check point. Bagi saya , checkpoint adalah kawasan utk berkumpul semua semula . REGROUP. Pada setiap checkpoint saya akan berkomunikasi dengan guider lain bagi mendapatkan status pergerakan , kesihatan , kebajikan peserta dan lain-lain perkara. "Take 5 ,10" adalah berbeza dengan checkpoint. ;Take 5' tidak perlu regroup'  sebab seperti dimaklumkan di atas , guider sentiasa memastikan jarak antara kumpulan/ individu masih dalam kawalan dan pemerhatian guider.  Antara beberapa  checkpoint yang saya amalkan adalah di tempat berikut mengikut lokasi terdahulu. 

Fasa 1 anak sungai - bukit senyum - plateu- balak tumbang (anak sungai ke-2) - pokok resam&pokok kabong - Kem Waterfall .                                    

Fasa 2 Pokok buluh Beting& bertam - bukit beruang - view point kiri - view point 2 - plateu balak - hutan bonsai - Kem Bunian .

Fasa 3 Taman Bonsai - carok last waterpoint - puncak bukit 2-puncak bukit 3 - Bintang kecil - puncak bukit - Puncak Bintang.

Perjalanan turun/pulang checkpoint juga diamalkan.

kem Waterfall
 

semua nama lokasi di atas adalah mengikut amalan saya dan ia tidak tertakluk kepada guider lain.

Tapak khemah

Kem site yang pertama dilalui ialah Kem Waterfall 800m asl , Kem Bunian 1500m asl dan puncak 1862m asl . Saya biasanya menetapkan Kem Bunian dan Kem waterfall sebagai pilihan sebab di sini ada sumber air . Waterpoint  yang lumayan . Sungai yang mengalir , bukan sekadar parit atau air dari rekahan batu. Puas untuk mandi dan sebagainya.

Do's & Don'ts 

Cerita dan kenangan 
Saya katakan bahawa setiap trip hiking gunung ini saya akan ada memori . Setiap kali hiking akan ada cerita dan kenangan yang saya masih ingat . biarpun sudah 10 tahun . tak ingat lah sepanjang perjalanan tapi utk setiap trip pasti saya boleh ceritakan kenangan. 

Mukmin Backpackers dengan cerita lewat malam - gajah - ular kapak 
Team UiTM terengganu -- peserta gelak ketawa di subuh hari . Kumpulan G . 
Team kecil Atok, alia , dya , G dan .... G jatuh  duduk atas kayu . 
Team raya cina .. kita team terakhir masuk sampai kemsite penuh .sampai bunian hampir 9 malam. kemsite penuh. 
team uncle Sim .. makan kambing bakar kita .. team ni mostly usia 50an ke atas . saya ikut pace mereka yang laju ..bukan depa ikut pace saya. 
team Singapura .. terdengar suara gajah  , menapak dari parking sampai starting point 5KM tanpa henti.
team Jepun ..  hiker jepun kena jerat binatang . 
team firdiana fadil ..betul ke namanya tapi dia tak naik ... Checkpoint 2.5 baru kita berhenti ...sian depa
team Unimap .. kita masuk masa yg tak elok ..kena buka trek semula sampai kena merangkak dada atas tanah . 
Team Unimap pertama .. tidur di bunian dalam hujan .
Team UiTM Perlis .. kita  berjaya laksanakan Misi UiTM 
team lain- lain lagi .. panjang sangat nak cerita.  


to be continue.. 22 feb 2022

 Gallery di FB trip bersama saya .. KLIK FB ENCIK BEAR di BINTANG

 

Sejarah dan kisah Lata Sedim .. dari pengalaman Admin

Lata Sedim ini sudah dibuka sejak tahun 90an . Hari ini sudah 2022 . Secara kasarnya sudah 32 tahun ia dibuka kepada orang awam . Kalau bawa anak masih bayi pada 1990 hari ini dah jadi bapak / mak budak bayi tu . 

Sepanjang pembukaan tempat ini , saya masih ingat ada beberapa kawasan yang dikategorikan sebagai tidak selamat untuk mandi mandi . Hari ini , kawasan tersebut seperti tiada bahaya . Apa tidaknya , perubahan pada jalur sungai akibat perubahan batu-batannya samada secara semulajadi ataupun tangan-tangan manusia  . Paling ketara ialah paras ayaq Lata Sedim hari ini telah pun turun atau berkurang kedalamannya. Bagi yang arif atau sedari dulu berada di sini boleh melihat tanda pada batuan jeram Lata Sedim ini bahawa terdapat penanda aras bahawa air sungai telah berkurang/ menjadi lebih cetek . 

Pada awal tahun 2000 iaitu pada sekitar 2004 projek berskala besar dilaksanakan di sungai sedim dengan pembinaan bangunan penginapan 2 tingkat , titian gantung dan chalets di Lata Sedim ini . Ini menambahkan populariti Lata Sedim setelah ia siap dibina . 

Keindahan dan pembangunan.. 2 perkara yang sepatutnya seiring sejalan tetapi tidak berlaku di dunia nyata. Kemajuan Lata Sedim menyaksikan keindahannya tidak seperti dulu , dan tidak mungkin kembali seperti dulu . Saya rasa bertuah masih dapat menikmati dan mengingati kecantikan SEMULAJADI Lata Sedim . Sungguhpun pada suatu masa akan datang ia dipelihara dan dipulihara semula , namun saya yakin ia tidak akan sama dengan suasana Lata Sedim pada 2000 dan ke bawah . 

08 February 2022

Hutan Lipur Sungai Sedim dan Taman Eko RImba

Hutan Lipur Sungai Sedim atau sering dipanggil sebagai Lata Sedim kini dikenali sebagai Taman Eko Rimba Sungai Sedim . Oleh itu kedua-dua nama ini adalah tempat yang sama . Rebranding kata omputeh 


Bagaimana nak mai sini. ?


Hutan Lipur Sungai Sedim terletak dalam Hutan Simpan Kekal Gunung Inas di kaki Gunung Bintang. 

Untuk datang ke sini dari arah selatan , sebaiknya terus ke Bandar Kulim ( BAS ) . Melalui keretapi , sebaiknya turun di Bukit Mertajam berbanding Sungai Petani . Jaraknya lebih dekat. Melalui PLUS highway dari arah selatan .. boleh sahaja exit dimana-mana susur keluar bermula dari Kuala Kangsar , Changkat jering , Taiping , bukit Merah , Selama&alor pongsu , bandar bahru ..atau lajak terus ke Jawi , Seberang Perai dan option akhir melalui Highway BKE di seberang jaya. 

Nak mudah .. boleh wasap adam sungai sedim 0136061652 utk dapatkan lokasi Google Map.  klik jer Sini  https://wa.me/60136061652 @ scan jer QR code ini dan save Contact 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator