follow me ... and i Miss u all

badan penaja

17 September 2019

Taman Eko RImba Sungai Sedim

Hutan lipur sungai sedim kini dikenali Taman Eko Rimba Sungai Sedim.

08 August 2019

Hari raya Haji 2019

Kawasan sungai sedim  , sedim recreational park , hutan lipur sungai sedim , Taman Eko Rimba ini akan dibuka seperti biasa sepanjang cuti sekolah bermula 9 Ogos 2019 . Pada Hari Raya Haji akan dibuka seperti biasa . Cuma Tree Top Walk tidak dibuka awal bagi memberikan laluan dan peluang kepada staff untuk menunaikan solat sunat.

Harap Maklum

27 July 2019

CUti Khas Pertabalan Agung 2019

Tarikhnya 30 Julai 2019 , hutan lipur sungai sedim dibuka seperti biasa . Dijangkakan kawasan sungai sedim akan dipenuhi pengunjung . Untung kali ini , pada masa yang sama , di sini musim buah buahan. Semoga para pengunjung beroleh pengalaman dan rehat cuti khas sebaiknya.

01 July 2019

Mendaki Gunung Bintang .. apa yang perlu .

Di sini memang sekian lama menjadi pintu masuk untuk mendaki Gunung Bintang. Para pendaki perlu meletakkan kenderaan samada di kawasan hutan lipur , tanah persendirian , rumah kenalan mahupun di perkarangan masjid.

Guider
Namun begitu , usah khuatir jika anda sememangnya menggunakan khidmat guider tempatan , maka soal meletakkan kenderaan perkara mudah sahaja. Guider ( adam ) ada sediakan tempat letak kereta di rumahnya sendiri  . keistimewaan sampingan ialah , rumah adam ada sungai . Oleh itu para pendaki tiada masalah untuk membersihkan badan sesudah tamat xpdc nanti .

Permit.
memandangkan ini adalah kawasan jajahan pejabat perhutanan , maka ada baiknya kita minta izin terlebih dahulu . Urusan permit boleh berhubung terus dengan jabatan perhutanan . Boleh juga hubungi kami untuk uruskan pada pihak anda ( kadar caj dikenakan ) . Ambil saja guider adam sebab akan pakejnya berserta urusan permit .

laporan polis.
ini bukan report polis . Ia sekadar pemberitahun kepada pihak polis yang terdekat . Makluman akan dibuat di balai polis Sungai Kob . Balai ini yang paling dekat , 15KM .. pergi dan balik dah jadi 30KM . Butiran peribadi pendaki yang penting mesti didedahkan ialah nama penuh , alamat semasa , no pengenalan , no telefon sendiri,  no telefon kecemasan .

4x4 transfer

ada pendaki yang mahu berjimat maka jalanlah kaki sejauh 5km `1 jam mendaki dan jalan kaki juga apabila pulang nanti . Sangatlah disarankan untuk ambil saja khidmat teksi 4x4 ini untuk hantar dan jemput anda di garisan mula. Jarak perjalanan untuk ke trail head sudah 5km iaitu kira-kira 1 jam berjalan kaki tanpa henti . Bayangkan berapa banyak tenaga telah dibuang sedangkan pendakian sebenar belum pun bermula.

Kadar Bayaran
Kadar bayaran adalah subjektif. Jika penulis letakkan sekarang , nilai ini mungkin tidak “reasonable ’ 4, 5 tahun lagi . Oleh itu ada baiknya berbincang lanjut dengan para guider. Sebabnya para guider yang biasanya akan aturkan untuk pendaki .

BERMINAT ?

HUBUNGI 0136061652 – adam

04 April 2019

raining season just started , April 2019

fortunately drought season just ended. Sungai Sedim is receiving heavy rain everyday . It’s has been a week and will be continue at least fortnight as always.

this is the best time for Water Rafting.

RM180 / pax Normal package.
RM380 / pax Extreme package.


Adrenalin rush .

adam : 0136061652

08 January 2019

SELAMAT DATANG 2019 SUNGAI SEDIM TETAP TERBAIK

2019 saya mulakan dengan pelanggan yang inginkan ADRENALIN RUSH .. White Water Rafting di Sungai Sedim ini . Menjadi satu kebanggaan apabila kalian terus memilih kami sebagai host untuk anda semasa berkunjung ke sungai sedim ini . Kami akan terus memberikan perkhidmatan , pengalaman , ilmu dan kemudahan dengan lebih bersemangat . Pada masa yang sama mengekalkan cara bekerja kami “ SAFETY SAFETY SAFETY BERETIKA “ .

Matlamat kami untuk tahun 2019 ialah agar dapat memberikan pengalaman yang menarik dan kepuasan kepada semua para pelanggan.


IMG_20190105_113252IMG_20190105_113327_1IMG_20190105_123701IMG_20190105_124519IMG_20190105_163745IMG_20190105_164109

LADAP , LDP Sekolah 2019 : Teambuilding

posting kali ini nak cakap di sini sangat sesuai untuk penuhi keperluan , score , credit  , jam latihan LADAP @ LDP para guru sekolah .

Penginapan ADA
makan ADA
aktiviti ADA malah PELBAGAI
Pemandangan ADA
Suasana ADA
Line Telefon Telco ADA
Parking kereta ADA

Jemputlah Datang , Pilih Sungai Sedim sebagai Destinasi cikgu untuk LADAP mahupun kunjungan bersama keluarga dan teman.

01 January 2019

HARGA MASIH KEKAL

Walaupun sudah bertahun .. lebih dari 10 tahun  .. dan sekitar itu jugalah blog ini memasarkan program outdoors , riadah , rekreasi , penginapan , teambuilding dan sebagainya .

Untuk 2019 ini , melalui blog ini kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan setia sepanjang 2018 yang lalu . Semangat anda membuatkan kami di sini terus berupaya meneruskan 2019 dengan langkah yang lebih maju dan dinamik

untuk permulaan , suka dimaklumkan pihak kami di sini bercadang mengekalkan harga water rafting pada harga RM180 .. harga ini sejak lebih dari 10tahun lepas. Insya Allah , kami akan kekalkannya.

welcome 2019`

welcome 2019  .

we have no plan to increase our rate yet.

for 2019 .. white water rafting RM180  (standard ) . still. we promise never increase within this 1st half of 2019 .  RM180 has been for years .. more than 10 years we sticks with this rate. We will try to keep it for another years.

amazing customers.. yes.. you... You're the our amazing value customers.

thanks for support along 2018 ..we'll keep looking and  wait for you here.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator