follow me ... and i Miss u all

badan penaja

31 December 2017

Aktivti malam berilmiah

Aktiviti malam dengan meredah gelap gelita. kita dapat merasai suasana di malam hari sekitar hutan lipur. Bunyi dari pelbagi jenis unggas malam . Kadangkala diselang seli dengan bunyi dari mamalia seperti musang.

Kita boleh melihat pelbagai jenis binatang yang aktif di malam hari . Namun begitu kita tidak sama sekali akan menggangu kelestarian alam. Kita menikmati keindahan malam tanpa menjejaskan hidupan mahupun tumbuhan.

sepanjang perjalanan aktiviti akan diselitkan dengan pelbagai info dan ilmu. Semoga apa yang disampaikan akan menjadi panduan atau paling kurang adalah pengetahuan am kepada semua bakal pelanggan. Aktivti ini dinamakan educational Night walk


. IMG_20171225_223516IMG_20171228_213512IMG_20171225_213318IMG_20171226_005453IMG_20171225_233215IMG_20171225_212941

25 December 2017

Sukar membuat pilihan terbaik?

Disember 2017

Anda sukar mendapatkan penginapan @ sukar membuat pilihan penginapan terbaik utk diri anda ?

Kenapa tidak hubungi kami saja ?
Biar kami uruskan dgn khidmat nasihat percuma .

Esok ( 24/12/2017 ) ada beberapa penginapan kosong.

Hari ni 23/12/2017 sold out di serata sg sedim

01 December 2017

Biggest accommodation : Sungai Sedim ( homestay kayu tradisional )

Rumah penginapan terbesar di sini.
3+³ bilik
Ruang tamu yg luas
Bersebelahan sungai sedim
Tempahan dan pertanyaan
Adam: 0136061652

homestay besar sungai sedim

20 November 2017

Kami bantu anda dalam Camping

Anda teringin sesangat nak camping ?
Jika anda dalam kumpulan kecil seperti berdua sahaja, 3 @ 4 @ berapa pun jumlahnya kami sedia membantu.

Datang seorang diri pun boleh. Kami akan teman anda. Ada pakejnya.

Tak ada peralatan khemah?
Pun tak apa, kami ada dgn pakejnya sekali

Niat kami, nak anda merasai camping !

Guider, teman borak, teman tidur sekhemah pun kami boleh bantu. Perkara kecil lain memasak , cari ikan..bisa ! Bilang saja

18 November 2017

Guider Gunung Bintang

We re please to let our value customer to know that we ‘re able to provide guider/s for hiking Mount Bintang. The tallest mount in Negeri Kedah .  We do cater for single hikers up to 100 pax .

previously we served a client from Japan . 3 guider for 1 hiker . It was exclusive and worth it for him .

servis gunung Bintang

16 November 2017

apakah aktiviti sesuai terbaik untuk pelajar sekolah

Pihak kami sangat menyarankan untuk  Educational Jungle Trekking.

Aktiviti ini pelajar akan didedahkan dengan suasan hutan khatulistiwa kita sebenar. Pembelajaran dapat dilakukan oleh para guru sendiri dan juga daripada pihak kami . Aktiviti ini pelajar akan belajar tentang flora dan fauna . Melihat sendiri rupa bentuk hutan dan belajar sedikit tentang ekosistem setempat yang ada. Para pelajar juga dapat belajar dan melihat sendiri bagaimana sungai mendapat bekalan  , flora dan fauna sungai itu sendiri. Secara keseluruhannya pelajar dapat ditanam perasaan cinta dan sayang kepada hutan ,tumbuhan dan haiwan yang ada di muka bumi ini . Konservasi merupakan satu konsep yang mungkin baru kepada pelajar tetapi ia diharap dapat diamalkan dalam kehidupan mereka di masa hadapan .

Sepanjang masa aktiviti ini akan ditemani oleh para staff / malim gunung / guider yang sentiasa sudi menyampaikan ilmu untuk para pelajar. Sesi perbincangan , soal jawab sepanjang aktiviti antara pihak kami dan para pelajar.

aktiviti ini bukanlah sesuatu yang mencabar fizikal . Denai dan laluan yang dipilih adalah bersesuaian dengan para pelajar . Maka dengan itu tiada halangan untuk para pelajar dan para guru menjalankan aktiviti ini .

Safety , safety , safety adalah perkara utama kami .

Kadar Harga White Water Rafting

Kadar yang telah ditetapkan bagi aktiviti water rafting seperti yang diketahui oleh semua komuniti sungai sedim dan para agen adalah seperti berikut.

RM180 seorang untuk trip normal .
RM100 seorang untuk trip pendek .
RM360 seorang untuk trip extreme .

Adalah menjadi amalan kami untuk berlaku adil dengan semua pihak dengan menawarkan pada kadar premium kepada semua pelanggan yang dihormati . Juga terhadap semua operator sungai sedim dan para agen , konsultan dan kompeni yang berminat untuk jual pakej water rafting .

Terpulang pada para pelanggan untuk menilai dan memilih untuk mendapatkan tawaran daripada mana-mana orang perseorangan , kumpulan atau syarikat yang menawarkan pada kadar selain ini . Kepuasan pelanggan adalah hak mutlak pelanggan .

Kami menawarkan khidmat pada kadar premium dan akan sentiasa mengamalkan konsep beretika dalam berniaga dan semasa berkerja. 

How Much White Water Rafting & The Tree Top Walk

The Best Thing To do @ Sungai Sedim

  1. The Tree Top Walk : This is the longest canopy walk in the world.
    MYR10 Adult , MYR6 kid ( 7-17) , FOC for 6and below .
    We have additional service as below :
    A Tour Guider For at least an hour  ( maximum 10 pax / guider )
        MYR150 (Malaysian)
        MYR 200 / passport holder

  2. The Outstanding White Water Rafting
    EXTREME COURSE : MYR360 / pax
    PREMIUM / STANDARD COURSE : MYR180 / pax
    SHORT / FUN COURSE : MYR100 / pax

13 November 2017

Camping Experience : affordable & worth it

Pakej camping experience

Anda akan ditemani sepanjang masa perkhemahan di kalangan guider yg berpengalaman.

Ada antaranya
x -army
Guider gunung
Jurulatih plkn
Jurulatih rekreasi
Explorer hutan
Dan lain lain background

Objektif utama untuk deliver pengalaman berkhemah untuk para pelanggan

Memasak
Memasang khemah
Belajar menggunakan peralatan camping.

Jadi, jika anda hanya ada masa, curiosity dan ingin belajar , kami sudi teman anda !

Psss.... Ini cuma skrip.
Nak realisasi.. Kena bawa bincang lah.
Ni no telefon, malu nak cakap, wasap jer.

0136061652
Nak kami call anda, boleh tinggalkan no telefon

camping experience sedim

Budaya Kerja Kami : BERETIKA

Seperti memilih makanan

Walaupun hidangannya sedikit janji sedap,
Bukannya banyak tapi rasanya ke "laut".
Kualiti bukan kuantiti yg dicari biarpun bayar lebih.

Selalu dengar mcm itulah kan?

Kami di sini, berusaha memberikan pengalaman dan khidmat terbaik yg kami mampu kepada semua pelanggan .

Soal harga, apa yg kami tawarkan adalah " fair price" dgn mengambil kira pelbagai faktor termasuk keadilan dlm bersaing dgn agen dan konsultan setia kami. BerETIKA adalah budaya kerja kami di sini.

Pertanyaan dan tempahan
0136061652
sungaisedim@gmail.com

chalet kecil 2 unit sahaja

Chalet kecil ini ada 2 unit sahaja.
Sesuai untuk pelanggan yg berdua , sweet couple , atau bertiga.

Kelebihan lain ialah :-
1-Ada anak sungai jernih dan selamat utk anak anak
2- suasana aman damai
3- kawasan private, bukan awam.
4- keselamatan harta benda termasuk kereta
5- Amalan budaya kerja BerETIKA.
6- catering boleh ditempah siap dewan makan
7- unit-unit rumah kayu cantik lain sebagai option penginapan .

Tempahan @ hanya pertanyaan
013606165

chalet kecil sedim

GUiders now available for Tree Top Walk ( free lance)

Guider akan bercerita dan menyampaikan maklumat sebanyak mungkin mengenai tree top walk ini. Kandungan penceritaan guider termasuk mengenal tumbuhan, kegunaan, habiata dan pada masa yg sama menerapkan semangat untuk cintakan alam. Isi cerita lain termasuk konservasi alam itu sendiri. Tidak lupa juga tentang haiwan di air, udara, tanah, pokok hatta di kanopi hutan itu sendiri.

Tanpa guider pelanggan akn ambil masa sekitar 20 minit sahaja. Guider yg bersama akan menyampaikan info sekurangnya selama 1 jam. Bayangkan banyak mana info beliau sampaikan. Jika anda nak kurang dari 1 jam, cakap saja.

Guider juga sangat sesuai untuk rombongan sekolah , universiti , tadika dan org dewasa

IMG_20140605_093917IMG_20160705_093331

tourist attraction at sungai sedim for Negeri Kedah

The river “strong current but crystal clear water” .  One of the best river for water rafting and rapid kayaking .

Furthermore this is the place where the longest canopy walk in the world situated .
IMG_20150517_105350IMG_20140605_093949

Educational For School : Let’s outdoor @ sungai Sedim

Guru-guru
Cikgu-cikgu
Yg dihormati dan dimuliakan semua.
Nak share bahawa di sini, pihak kami dari sungai sedim boleh membantu anak didik , anak murid cikgu dengan pelbagai ilmu luar kelas yang bermanfaat di sini.
Antaranya menganjurkan kelas dan kursus untuk kemahiran pengakap dan badan beruniform sekolah. "Badge hunter mode". Kayak, buat rakit, kompas , orienteering, perkhemahan, tali, abseiling, berenang dan lain lain lagi.
Aktiviti dengan alam semulajadi seperti mengenali sungai , arus, punca airnya, kegunaan, sistem pengairan sungai, flora dan fauna sungai.
Di samping itu , aktiviti jungle trekking @ nature walk untuk menerapkan keberanian, jati diri, semangat setiakawan dan ilmu tentang hutan, fungsi hutan , khazanah hutan , dan tidak ketinggalan menekankan konsep konservasi dan cinta pada "mother earth".

sungai sedim _ belalangIMG_20150815_111041

Temporary Post Used For Theme Detection (fbb36f3f-06ab-46f8-a646-1206828c2cd2 - 3bfe001a-32de-4114-a6b4-4005b770f6d7)

This is a temporary post that was not deleted. Please delete this manually. (3b253c55-5077-4d2b-82ed-7f7463897210 - 3bfe001a-32de-4114-a6b4-4005b770f6d7)

12 November 2017

Flying Fox @ sungai Sedim

amazing and adrenalin rush !
flying fox sedim

29 March 2017

Lawatan Sambil Belajar Pelajar

adalah menjadi kesukaan bagi pihak kami andai dapat menerima pelajar sebagai tetamu . Datanglah untuk mempelajari sesuatu di luar bilik darjah . Pihak kami di sini boleh berkongsi mengenai alam sekitar terutama hutan dan sungai .

Bagi para guru dan ibu bapa , di sini terdapat hutan simpan kekal , sungai yang bersih dan pelbagai jenis flora. Jika berkelapangan diharap para ibu bapa dapat membawa anak anak ke sini .

Para petugas / guider pasti berbesar hati untuk berkongsi cerita dan pengetahuan dengan para pelajar .

alamai pengalaman berjalan dalam denai hutan , di atas jambatan gantung terpanjang dunia dan sepanjang tebing sungai ( laluan selamat) .

jika ada halangan untuk turun sungai , masih boleh belajar sesuatu dari sungai . ada jalan dan caranya .

23 March 2017

Teambuilding : Pelajar Sekolah Rendah

 

RM100 seorang merangkumi  :-

  1. Makan 3kali sehari
  2. Dewan besar
  3. padang rumput
  4. Penginapan pelajar dan guru pengiring
  5. kawasan riadah termasuk sungai yang bersih
  6. kawasan persekitaran yang selamat dan selesa untuk pelajar
  7. Dewan makan
  8. Aktiviti OUTDOORS  ( upon discussion akan diberitahu) 
  9. Pa system
  10. Kemudahan letak kereta yang luas
  11. Peluang , ruang , rumah penginapan untuk para ibu bapa yang hadir bersama boleh melihat pergerakan aktiviti anak anak mereka dari jauh ( dari rumah penginapan)

 

  • Kadar ini adalah harga promosi untuk tempoh sehingga 31 ogos 2017 .
  • Sah untuk pelajar sekolah rendah sahaja ( termasuk guru pengiring)
  • Tidak sah bagi pelajar sekolah menengah . ( Berunding andai berminat)
  • Minima bilangan peserta  / bayaran untuk 60 pax ( 60 pelajar termasuk guru)
  • Deposit Minima RM1000 adalah wajib .

22 March 2017

Penginapan Untuk Keluarga Besar

akan datang , akan dibuka .
Sebuah rumah  daripada kayu  , dengan rekabentuk tradisional , bersebelahan sungai .
boleh memuatkan sehingga 20 orang pada satu masa. Dilengkapi katil dan peralatan asas sebuah rumah , unik dan luas.

sewa sehari RM600 .. mahal .. tunggu sehingga anda bermalam dan selepas itu baru nilai murah atau mahal dengan pengalaman tersebut dan bandingkan dengan quality time berkumpul bersama ahli keluarga anda.

06 March 2017

Survival course

siapa boleh ambil course ini ? Sesiapa sahaja yang sihat dan berminat
Di mana course ini? Dalam hutan simpan kawasan hutan lipur sungai sedim
Berapa RM : RM380 seorang maksima 15orang sahaja. 10 orang terbaik
Apa perlu dibawa ?  : Parang sahaja
Berapa hari? : 3Hari 2malam
Apa manfaat ? : dapat kemahiran survival dalam hutan yang boleh membantu kita untuk terus hidup dan selamat .

20 February 2017

Bagaimana buat tempahan Water Rafting

  1. Hubungi pihak kami .
  2. nyatakan tarikh dan masa
  3. Buat bayaran deposit
  4. datang pada hari dicadangkan . 

adam
marketing unit.
Hutan Lipur Sungai Sedim
0136061652 whatsapp available
.

19 February 2017

Light & Easy outdoors di Sungai Sedim : Keluarga

Aktiviti mudah untuk kunjungan keluarga adalah seperti berikut :-

Walk on the longest tree top walk in the world bersama jurupandu . Jangkamasa minima 1 jam sebab ada sessi bercerita, pengenalan , info , intepretasi daripada jurupandu . Berbeza dengan kunjungan biasa di mana pengunjung biasa hanya melihat pemandangan .

bawalah anak anak bersama , mereka tentu teruja untuk belajar sesuatu yang baru .

Jika ada sanak saudara yang menggunakan kerusi roda dan stroller baby tuuu.. jangan khuatir . Tree top walk ini mesra untuk mereka. Boleh dilalui dengan kerusi roda dan stroller baby .

tiket masuk dewasa RM10
tiket masuk kanak-kanak RM6

Jika perlukan khidmat jurupandu  , sila berhubung dengan Adam 0136061652 untuk tempahan . Khidmat ini adalah secara “ freelance” .  Bukan disediakan oleh tree top walk itu sendiri. Harap maklum.

Kadar jurupandu
***** Biasa RM150 per sessi : maksima 10 peserta : tempatan
***** Biasa RM200 Per sessi : Maksima 5 peserta : Pelancong luar negara
***** Rombongan sekolah RM50 per sessi : Maksima 10 pelajar
***** Keluarga bersama anak anak RM60 per sessi : Maksima 10 ahli keluarga

  • Khidmat ini adalah secara freelance
  • minima 1 jam
  • Kadar jurupandu tidak termasuk tiket .
  • Tiada GST .

tree top walk Adam 2tree top walk Adam

17 February 2017

Water Tubing

sukan water tubing boleh dilaksanakan sebagai salah satu modul untuk teambuilding. Atau boleh saja main sebagai outdoors .

RM35 seorang. Minima 1 jam main . Mainlah berapa pusingan yang anda mampu

Anda dibekalkan Water tubing tersebut + jaket + helmet + guider .

RM35 minima 10 orang. Jika anda kurang dari 10 orang .. jangan segan silu bawa berbincang.

0136061652 no telefon ini save tau … ada whatsapp …

TBL tubing_sungai sedim 2TBL tubing_sungai sedim(5)TBL tubing_sungai sedimTBL tubing_sungai sedim22

Teambuilding games 1 hari

untuk tempahan
adam 0136061652

boleh dilaksanakan daypacak / 1 hari /  sepetang / sepagi

management games (4)management games (1)management games (2)

RM40 per pax  + entrance ke Tree Top Walk

(kami sarankan anda berikan TTW ini sebagai reward kepada peserta anda setelah menjalani teambuilding sehari ni… credit goes to you )

16 February 2017

White Water Rafting Berbaloi

Sebelum datang dan buat Water Rafting ini rasa macam takut takut . Dah buat rasa nak lagi .
Begitulah selalunya yang berlaku kepada kebanyakan pelanggan kami .

jadi anda bila lagi ?

RM100 : short route
RM180 : Standard
RM380 : EXTREME


jangan berlengah untuk tempahan .

water rafting sedim adamwater rafting sedim adam2

09 February 2017

Makanan istimewa di Kampung Sedim

Mee Rebus …
ya .. mee yang direbus dulu sebelum dihidangkan .

Nama lain mee kuah … ia bukan mee kari .

Kedai ini dah lama beroperasi . Tahun ini 2017 akan menjadi tahun ke-48 ia beroperasi. Menu dan resepi tidak pernah berubah . Maka rebutlah peluang menjamu selera di Kampung Sedim ini untuk Mee Rebus . Jangan risau pasal harga , sudah pasti jauh lebih rendah dari mee udang kuala sepetang.

Unik dan lama . Maintain sama . untuk tahun ke-48 . Jangan lupa makan bersama cabai jeruk .

Lokasi : Kepala titi , Kg Sedim . 09700 karangan kedah . Berdekatan Hutan Lipur Sungai Sedim Jeram Terbaik .

Mee rebus kg sedim

08 February 2017

Dormitory Terbaik di Sungai Sedim

Dorm venue D 2Dorm venue D 4paxDorm venue D 24paxDorm venue D

dormitory ini ada kemudahan tanda yang bersih dan luas . Cafeteria  .surau. Kolam renang dewasa dan kanak kanak . Jika peserta ramai , boleh tambah unit unit chalet .

kapasiti dormitory seperti berikut :-
bilik #1:::24 pax  kadar sebilik RM720
bilik #2::: 24 pax kadar sebilik RM720
bilik #3::: 4 pax kadar sebilik RM120
bilik #4::: 4 pax kadar sebilik RM120

 

di atas itu adalah dormitory terbaik yang ada di sedim ini .
dormitory lain ada juga. RM30 per pax harga untuk dorm lain.

07 February 2017

Pendaki Gunung Bintang

insya Allah  .. posting ini ada dikemaskini selalu dengan gambar2 menarik pendaki gunung Bintang ini dengan kerjasama guider tempatan ..Adam 0136061652.. ada banyak lagi tapi utk kali ni banyak ini dulu .. akan update dari masa ke semasa
IMG_20170129_121520IMG_20161129_102808IMG_20161111_124144G.Bintang 31 ogos 2016 (45)IMG_20160529_105400

06 February 2017

Pakej 1 hari sungai sedim

Pakej ini minima 10 pax
white water rafting
+
water tubing
+
flying fox
+
water confidence & rescue
+
Tree Top Walk
+
Lunch pack .

RM225 sahaja.

harga asal lebih tinggi !

Pakej ini sah sehingga 31 MEI 2017 sahaja

05 February 2017

Aktiviti Pelajar Sekolah

Educational Nature Walk
pelajar didedahkan dengan pelbagai spesis flora dan fauna . Mempelajari konsep konservasi , pemeliharan dan pemuliharaan hutan . Ditemani pemandu arah yang mencukupi bagi setiap perjalanan dan sentiasa bersama.

Mini Orienteering
Pelajar akan mempelajari konsep asas kompas , arah dan pemainan orienteering . Peserta juga akan diberikan peluang mempraktik teori yang diajar .

 Tree Top Walk
Ini adalah titi gantung paras kanopi hutan yang dibina agar menjadi yang terpanjang di dunia. Dibina menggunakan bahan yang kukuh . Jika para pelajar dari kalangan berkerusi roda sukacita dimaklumkan bawalah mereka bersama . Samada berkerusi roda atau stroller bagi bayi dibenarkan masuk . Malah ia mesra untuk mereka .

Berikut adalah cadangan harga bagi pelajar sekolah sahaja.   ( minimum 10 pax )

<15 pax ::::::RM56/pax
16-30pax::::: RM50/pax
>30 pax ::::: RM40/pax

31 January 2017

Pakej Gunung Bintang

Mendaki gunung adalah salah satu cabang aktiviti yang menyihatkan badan . Oleh itu sungai sedim sangat mengalu-alu peminat rekreasi untuk mendaki Gunung Bintang. Perkhidmatan disediakan seperti berikut andai memilih guider seperti saudara Adam . Pelanggan boleh mendaki secara berkumpulan kecil mahupun besar . Jika pelanggan seorang atau 2 orang sahaja pihak kami tetap terima.

parking kereta : Disediakan
Bas : Turun di rumah guider ( Adam )
Tapak khemah : tepi sungai , rumah guider

Pakej disediakan : -

  1. Malim gunung ( Guider )
  2. Dokumentasi permit
  3. Dokumentasi polis
  4. Makanan
  5. pengangkutan pacuan 4 roda / 4x4 / powil  ( round trip)
  6. Porter makanan
  7. Porter barang perkhemahan
  8. Khemah
  9. Porter persendirian
  10. tukang masak

sleeping bag , sleeping mat , headlamp dan aksesori lain buat masa ini TIDAK disediakan.

dari segi kadar caj adalah dipelawa untuk hubungi kami bagi perbincangan lanjut.

Paling utama , walaupun kita mampu bayar apa jua nilai dikenakan , namun faktor stamina adalah perkara utama dititik berat. Oleh itu , dinasihatkan walaupun sudah bersedia dari segi kewangan mesti membuat latihan untuk stamina sebelum mendaki .

safety safety safety

Lite and Easy 1 day trip


Lite&Easy Trip package  :  ( 3-4 hours)

RM55 / pax ( minima 6 pax )

  1. Lunch pack x 1
  2. Water Tubing
  3. Tree Top walk : longest in the world

Gunung Bintang info

Peninsular Malaysia ::::  Northern region.
state  ::::  Kedah .
District :::: Kulim
Height :::: : 1862m  @ 6110f A.S.L
Guider :::: : Adam and friends 
Contact :::: :  0136061652 call / whatsapp
Email :::: : sungaisedim@gmail.com
Duration :::: : 4D3N  slow and steady pace  / 3D2N normal pace
Trail : Jungle trail 100%
Difficulties :::: : Medium
Distance  ::::: 42KM roundtrip
Permit :::: Compulsory ( will be handled by Adam )
Rate ::::: RM1500 – 2500 ( local , RM2000-4000 foreigner )
temperature :::: :  15 degree celcius  ( campsite) 1500m a.s.l
4x4 transfer ::::: Yes .. roundtrip
Packages ::::  meals and tent can be arranged ( surcharge) . Negotiable.

20 January 2017

PENGINAPAN 20-21 Januari 2017

 Masih ada kekosongan untuk penginapan
20-21 Januari 2017 .
Harap maklum

 Chalet sungai sedim outside viewchalet twin sharing sungai sedim

16 January 2017

PENGINAPAN RAYA CINA 2017

Penginapan untuk Raya Cina tahun ini .. 2017 masih ada . Pun begitu , jangan berlengah . Tempahlah awal bagi mendapatkan penginan terbaik untuk anda.

UNIKNYA .. kami tidak mengenakan sebarang caj tambahan atas faktor cuti umum . Harga adalah flat Rate sepanjang tahun . Menarik  kan

Share pengalaman pengunjung

Kali ini cuma nak kongsi satu video yang dibuat oleh seorang pengunjung Sungai Sedim ini .
Beliau merupakan seorang guru bersara. Saya bagi link  ye .

https://www.youtube.com/watch?v=Zi6fI2HV4pM

Kami mengalu alukan komen dan link kepada pengalaman anda semasa di sini . silakan ..

13 January 2017

Cuti 13-15 Januari 2017

Sepanjang cuti khas .. negeri Kedah 2017 . antara 13-15 Januari 2017 masih ada kekosongan untuk penginapan.

Chalet RM150-180
Homestay RM250-280-360-400-500 dan 600
dormitory RM30 seorang
tapak khemah RM10 @ RM15 seorang.

pakej Camping Experience RM50 2H1M , RM100 3H2M .

lain lain perkhidmatan dan aktiviti dibuka seperti biasa.

10 January 2017

Aktiviti Untuk Kumpulan Kecil

Jika datang dalam kumpulan kecil sesuai untuk beberap aktitviti bergantung kepada kehendak dan niat asalk bertandang sini . Ada antara pelanggan dihormati datang untuk beriadah , expose outdoors kepada anak anak , teambuilding , nak erat @ bonding sesama colleagues , reunion dengan kawan kawan belajar , kawan semaktab , seuniversiti dan lain lain sebab .

kumpulan kecil macam bawah 15 pax .  ada yang datang 4pax , 5 pax , 6 pax hinggalah 15 pax . Kumpulan kecil saya namakan . Jadi tak semua aktiviti di sungai sedim ini boleh dilakukan oleh itu kita rangka aktiviti khas kumpulan kecil begini .

Water Rafting , Tree top walk , Nature Walk , Night Walk , Water Tubing ,river crossing, Flying fox , Wall abseiling , Paintball target shooting only , Mini Teambuilding games , Camping in jungle , camping 2D1N @ 3D2N , survivor course 3D2N , 4D3N  ..

disarankan whatsapp ADAM 0136061652 untuk bantuan merangka aktiviti sesuai kumpulan anda .

Hiking Gunung selain Bintang

Sebenarnya saya juga aktif mendaki gunung selain gunung bintang.. Saya ada juga melayan kawasan perak dan pahang .

Ada masanya wakil sungai sedim ini pergi hiking ke Yong Belar , Yong Yap , korbu , CBL , Stong dan lain lain . Ada tempat jadi guider , ada tempat lain jadi organiser  pula .

Hiking itu sebahagian daripada jiwa raga warga sungai sedim

Outdoor Gathering ( Kaki Gunung Nuang)

Satu acara Outdoor Gathering 7 dan 8 Januari 2017 telah berlangsung di Hutan Lipur Gunung Nuang, Selangor. Pihak Sungai Sedim Jeram Terbaik juga telah melibatkan diri . Wakil dari sini dihantar jauh ke sana bagi bersama penggiat rekreasi luar memeriahkan lagi acara . Booth sungai sedim juga telah dibuka .
Outdoor gathering 2017 Nuang (1)Outdoor gathering 2017 Nuang (2)Outdoor gathering 2017 Nuang (3)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator