Sungai sedim, lata sedim, jeram sedim, Sedim Eco Park, kayak, picnic, berkelah, white water, falls,campsite, Kayak, jungle tracking, paintball, water rafting, tubing, hiking, teambuilding, camping, birds, tree top walk,kulim, gunung Bintang, Guide , skipper ,fishing, chalet, and villa,Hutan, Simpan, Gunung, Inas,Kampung, peta sedim, kedah , rapid fire , tree top walk, camp site , map , where to stay , travel agent , trip , consultant , route , jalan ke sedim , bunian, waterfall ,kedah
follow me ... and i Miss u all
badan penaja
30 April 2015
28 April 2015
Jungle Trekking special
Pakej jungle trekking special ini ditawarkan bagi mereka yang inginkan cabaran dan kelainan berbanding pakej trekking biasa. Pakej ditawarkan dalam kumpulan 10 orang maksima. Peserta akan dibawa meredah hutan . Tiada trek sebaliknya pokok pokok hutan menjadi panduan untuk mencari laluan . Hutan yang tebal dan tidak memberi keselesaan . Peserta perlu bertahan dengan cabaran , duri , akar berselirat dan tidak kurang juga permukaan tanah yang berbatu, licin , berlopak atau jerlus.
Peserta mestilah sentiasa berada dekat dengan penunjuk arah kerana keadaan hutan yang tebal memang menyukarkan anda. Destinasi akhir ialah peserta akan dibawa turun ke pinggir sungai dan disitu akan berehat sebelum bertolak mencari jalan pulang. Sekali lagi , meredah hutan yang tiada tanda tanda seperti trek .
Akan begitu tak perlu risau kerana penunjuk arah adalah berpengalaman dan tahu selok belok hutan tersebut.
Peruntukan masa 3 Jam
kadar RM40 seorang .
Minima 10 pax @ bayaran minimum RM400
Tempahan awal . Tidak boleh walk in .
Keperluan . Sila bawa makanan penambah tenaga dan air minuman.
Special Camping 2D1N 2-3 mei 2015
Camping special ini ditawarkan pada 2-3 mei 2015 sahaja. peserta tiba jam 2 petang , 2 mei di hutan lipur sungai sedim . Bermalam di bawah khemah , di tepian gigi air sungai. Rasaila pengalaman berkhemah . Sepanjang masa ditemani suara unggas , cengkerik , riang riang dan lotong. Bunyi deruan air sungai sedim menjadi halwa telinga sepanjang masa.
Camping ini akan dibekal dengan dapur memasak , khemah dan bahan mentah . Rasai pengalaman memasak semasa camping. Jangan lupa bawa peralatan peribadi seperti selimut atau sebaiknya sleeping bag , joran dan umpan jika ada , lampu suruh atau headlamp sebaiknya , makanan ringan untuk isi masa lapang.
sesuai untuk mereka yang berusia 3 tahun dan ke atas sahaja. Lelaki dan wanita.
Yuran RM50 seorang.
25 April 2015
Air Terjun
air terjun seperti dalam gambar ini tidak dapat dilihat oleh pengunjung biasa . Anda perlu melakukan aktivit jungle trekking untuk sampai di sini . Sebenarnya bukan ini sahaja air terjun yang ada di sekitar hutan lipur sungai sedim. Jika berminat bolehlah menghubungi kami .
Kadar Tiket The Tree Top Walk
dibuka setiap hari dari Jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.
Jika perlukan khidmat pemandu pelancong semasa di atas canopy walk , bayaran dikenakan
Jika datang dalam kumpulan besar / rombongan bas boleh hubungi kami untuk memudahkan lawatan anda.
23 April 2015
Sila tinggalkan komen
Kami memohon jasa baik agar dapat memberikan komen , pandangan , nasihat , teguran dan cadangan agar dapat memberikan info dan seterusnya menjadikanya sebagai penambahbaik posting akan datang. Kerjasama daripada pembaca sekalian sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih . Oleh itu sila komen di posting ini atau boleh email saja kepada sungaisedim@gmail.com
16 April 2015
Gunung Bintang
Ingin mendaki Gunung Bintang maka kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal dan fizikal dan fizikal .
Diulang sekali lagi .. fizikal .. mesti mantap sebab gunung ini jaraknya jauh dan treknya pula hutan tebal . Kadang kala terpaksa merangkak di celahan rimbun buluh bukan sekali tetapi banyak kali . Adakalnya fed up sebab asik mengadap buluh sahaja.
untuk mendaki diperlukan :-
- Guider
- permit
- laporan polis
- 4x4
4 perkara di atas adalah wajib . Local guider tak akan mendaki tanpa adanya permit. Laporan polis dibuat di balai paling deka tapi jauh .. Balai Polis Sg. Kob.
4x4 diperlukan bagi menjimatkan masa pergi dan balik. begitu juga tenaga. Paling penting mental peserta.
sesekali jangan lupa bawa Headlamp kerana kebarangkalian trekking di malam hari adalah tinggi.
08 April 2015
Family Day sungai Sedim
Sungai sedim memang sekian lama menjadi destinasi pilihan untuk majlis @ acara hari keluarga / family day .
Suasana meriah dengan kunjungan orang ramai , bunyi deruan air sungai. Pelbagai aktiviti boleh dibuat sepanjang family day . Ada peserta yang mandi manda, makan , memasak , bermain dan tidak kurang juga mencuba aktiviti lasak di sini .
Tidak menjadi masalah untuk meletak kereta walaupun kehadiran ahli family day dengan kereta sendiri. 100 buah sekalipun tiada masalah . Di sini ada kawasan letak kereta yang luas. Bagi mereka yang ingin bermalam boleh saja mencuba chalet terdapat di sini . Biasanya family day pasti ada peserta yang ingin bermalam sehari lebih awal atau selepas acara. Tidak perlu tergesa gesa pulang ke rumah sebab chalet yang ada sudah pasti dapat menghilangkan letih setelah seharian memberi komitmen untuk family day .
Khidmat katering siap dengan khemah dan PA system juga disediakan malah khidmat karaoke seperti di majlis kenduri kahwin boleh diuruskan.
ADAM:
0136061652 SMS , whatsapp , call
sungaisedim@gmail.com
Kadar Bayaran Parking
Parking kereta , bas dan motosikal .
Harap maaf, pihak pengurusan telah mengenakan kepada pengunjung kadar parking tertentu. Diharap pengunjung dapat memahami bahawa kadar ini dikenakan mengikut tempat. Ada kawasan parking di dalam tanah individu. Maka adalah wajar untuk tuan tanah meletakkan harganya sendiri. Jika ada isu maka wajarlah berjumpa dengan pihak yang mengambil bayaran daripada tuan / puan / cik dan bawa berbincang dengan mereka.
Secara umum berikut kadar parking
- Motosikal RM1
- Kereta RM3
- Bas RM10
- Lori RM5