Untuk pengetahuan.. tiada kes kencing tikus di sungai sedim.
Desas desus sahaja. JIka ada sekalipun , pihak kami percaya beliau dapat di tempat lain.. macam di rumah , kedai makan , kawasan berkelah lain , taman permainan , kebun bunga , sekolah dan lain lain.
Jika ada kes di sini.. maka akan tercipta Malaysia Book of record sebab ramai penduduk kampung akan kena sakit ni . Sebab ramai penduduk kampung yang gunakan air sungai ini dalam kehidupan seharian mereka.
Papan tanda kencing tikus ada didirikan di sungai sedim. Diharap pembaca / pengunjung tidak salah faham. Baca betul betul ya. Itu adalah papan tanda AMARAN betapa bahaya kencing tikus dan GALAKKAN supaya orang ramai menjaga kebersihan sungai sedim .
Air Sungai Sedim deras dan terus berlalu. Tidak ada kawasan yang seperti kolam dan membenarkan air bertakung seketika. Sebab itu tempat ini juga dikenali sebagai sungai arus DERAS
No comments:
Post a Comment
Thank you , your words mean something good to me