follow me ... and i Miss u all

badan penaja

07 October 2016

Musim Hujan dan Panduan Keselamatan

Walaupun musim hujan , sungai sedim tetap dibuka seperti biasa. Air sungai akan meningkat naik tetapi masih jernih sepanjang musim hujan ini . Arus akan bertambah deras di kawasan berjeram manakala kawasan flat water tiada perbezaan ketara.

Adalah diingatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri semasa berada berhampiran air. Dalam air sudah semestinya kena jaga keselamatan . Sebagai panduan , sebenarnya adalah lebih selamat untuk memakai kasut bertutup semasa berada dalam air . Semasa berada di darat , pastikan memakai kasut yang ada GRIP pada permukaan batu .

Sentiasalah berwaspada dengan anak anak agar tidak menghampiri langsung kawasan berarus deras walaupun airnya nampak jernih dan cetek pada pandangan anda.

Kita kena fahami bahawa dan tidak boleh memandang deras kuasa air . Maksud saya kekuatan air untuk menolak kita. Kita tak mampu melawan arus .

Pada masa yang sama , kita jaga keselamatan pengunjung lain dan pengunjung di masa depan dengan tidak membuang sampah merata rata. Sebaiknya kita bawa pulang saja sampah kita . Kita boleh bawa datang sini kenapa pula masa balik tak boleh bawa bersama ? Kebersihan adalah tanggungjawab kita demi kesihatan bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia Headline Animator